Connect with us

Kisah

berpisah Hanya Kerana Isteri Makin Gemuk, Lelaki Ini Tanggung Akibat Yang Tak Disang ka

Published

on

berpisah Hanya Kerana Isteri Makin Gemuk Lelaki Ini Tanggung Akibat Yang Tak Disang ka

berpisah Hanya Kerana Isteri Makin Gemuk, Lelaki Ini Tanggung Akibat Yang Tak Disang ka

Seperti diceritakan oleh seorang lelaki, lepas ngorat di fcbk, dia akhirnya dapat kahwin dengan wanita yang cantik. Tetapi sebab isterinya tiba-tiba jadi berisi, lelaki tu layan sambil lewa isterinya, nafkah zahir ba tin buat tak tahu je.

Akhirnya berce rai.

Tapi lepas berce rai, isterinya terus kahwin baru dan lelaki tu menyesal bila dapat tau …

Teruskan baca cerita beliau ini.

Kahwin Selepas Ngorat Isteri di FB

Salam, saya guna akaun lain untuk privacy. Saya nak berkongsi cerita saya untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Saya berkenalan dengan isteri dalam waktu yang sekejap. Saya add dia di Fa ce bo ok. Dari situ saya tengok dia memang ramai peminat.

Ada saja kawan lelaki yang komen dia canti, lawa dan macam-macam lagi pujian, tapi dia tak layan. Sememangnya isteri saya ini ada rupa. Saya pun tak tau macam mana dia setuju untuk berkawan dan dalam masa yang sekejap kami sudah bertunang dan berkahwin.

Tak Bagi Nafkah

Lepas kahwin, memandangkan saya banyak tanggungan dan hutang, saya tak bagi isteri duit nafkah dan dia juga bekerja dimana gajinya lebih tinggi dari gaji saya. Dia tak pernah meminta dari saya. dia cukup baik dengan mak ayah saya dan melayan saya dengan baik.

Di tempat kerja dia selalu cerita kat saya yang ramai lelaki mengacaunya dan cuba mengajak keluar namun saya buat bodoh saja dengan cerita dia. Bagi saya selagi dia tak layan takkan ada apa terjadi. Isteri selalu mengajak saya solat berjemaah tapi saya suruh dia solat dulu.

Tak Selera Buat Hubu ngan In t1m

Makin lama saya merasakan yang isteri semakin naik berat dan jadi gemuk. Apabila isteri mahukan layanan di malam hari dan cuba meme luk saya, saya tepis kerana saya tiada selera untuk menyen tuh dirinya. Lama-kelamaan isteri minta saya berterus-terang.

Saya katakan yang saya suka perempuan yang kurus macam bks-girlfriend saya dulu. isteri sudah gemuk dan badannya berbau, maka buat saya hilang selera. Isteri senyap dan berjanji akan cuba berubah.

Isteri Usaha Untuk Kurus

Sejak itu saya tengok dia cuba kuruskan badan dan rajin ke gym. Dia minta duit dari saya untuk ke pusat kecantikan dan jamu tapi saya suruh dia guna duit sendiri. Isteri hanya diam dan tidak membantah.

Setelah isteri kuruskan badan, isteri mengan dung tetapi kerana kesibukan di tempat kerja, isteri gu gur. Saya terlalu kece wa dan saya salahkan dirinya. Sejak itu saya menjauhkan diri dari isteri. Apabila saya balik ke rumah, saya langsung tidak mahu bercakap dengan isteri dan hanya main telefon.

Isteri cuba mengajak saya berbual namun saya hanya menjawab sepatah dua. Saya juga suka buka fcbk dan Insta gram melihat gamar-gambar perempuan kurus dan cantik. apabila isteri sudah tidur saya akan membuka laman web lu caah. isteri sedar akan hal ini namun dia tidak membantah.

Saya langsung tidak menyen tuh dirinya sejak dia gu gur kerana saya merasa geli dengan dirinya. Dia cuba untuk meme luk saya dan cuba untuk bertanyakan kenapa saya menjauhkan diri dari dirinya tapi saya diam dan terus berpaling. Sejak itu hubu ngan kami makin jauh sehingga saya tidak perasan lama kelaman isteri pun sudah berubah.

Isteri Mula Berubah

Isteri makin lama sibuk dengan telefon apabila saya pulang ke rumah. Dia sudah tidak kisah apabila saya terpaksa outstation. Kalau saya tak call dia pun tak call saya. Malam-malam kalau saya tak pe luk dia, dia juga tak pe luk saya. Saya nampak dia sibuk melayan What sapp tapi saya buat bodoh kerana ego dan saya pun layan telefon.

Akhirnya saya dapat tahu isteri sedang bercinta dengan rakan sekerjanya. Mereka sudah banyak kali keluar bersama. Saya confront isteri saya dan dia mengaku. dia terus terang mengatakan kenapa dia berbuat sebegitu. Dirinya sunyi dan dia merasakan seperti disisih oleh saya sedangkan dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik.

Lelaki ini memberi perhatian yang penuh kepadanya dan buat dia lupa akan kesunyian dalam diri. Baru saya tersedar betapa buruknya sikap saya sebagai seorang suami selama ini. Saya janji kepada dirinya yang saya akan berubah.

Peluang Kedua Tapi Akhirnya Berce rai

Dia kata akan beri saya peluang dan saya cuba menjadi lelaki yang terbaik. Saya mula beri nafkah, belikan baju dan barang-barang, balik awal dan belanja makan, ajak dia solat berjemaah, puji dirinya macam-macam. namun setelah beberapa minggu, dia mengakui yang dirinya sudah tidak dapat terima saya lagi.

Hatinya sudah tawar dan dia sudah terlalu sayangkan rakan sekerja. Dia meminta saya melepaskan dirinya supaya dia dapat berkahwin dengan rakan sekerjanya. Akhirnya dengan berat hati saya mence raikan dirinya dengan ta lak satu. Sepanjang iddah saya seperti gi la talak, kerap datang ke tempat kerja si dia dan merayu-rayu.

bks-Isteri Bahagia Lepas Kahwin Lain

Saya mesej dia minta maaf dan mahu merujuk. Setelah habis iddah, saya dapat tahu dia terus dipinang oleh lelaki itu dan kini mereka hidup bahagia dan ada anak satu, sedangkan saya masih seorang diri.

Pengajaran

Janganlah melayan isteri kita acuh tak acuh. Ingat yang kalau kita tak layan isteri kita dengan baik, ramai lagi yang boleh layan dia sewajarnya.

Hargailah isteri sementara mereka masih milik kita dan pastikan kita melakukan segala tanggungjawab kita sebagai seorang suami. Jangan fikir ingat kita dah kahwin, isteri itu milik kita sampai bila-bila. Kita tak tahu jodoh macam mana.

Ingat lelaki je ke boleh cari lain. Perempuan pun boleh cari lain jugak.

Sumber : viralkami via Sumber: myinfomaya.com

Apa Kata Anda? Lontar kan pendapat dan pandangan anda di ruang komen dibawah. Segala pandangan dan pendapat anda kami hargai. Terima kasih. @Majalah ilmu.

Advertisement
2 Comments

2 Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kisah

    Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

    Published

    on

    Denda RM50 Air Mata Seorang Nenek Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

    Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.

    Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.

    “Saya Cuma Jual Sedikit…”

    Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

    Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.

    Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.

    Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.

    “Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.

    Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.

    sayur

    Rayuan Yang Menjadi Tindakan

    Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.

    Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.

    Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.

    sayuran

    Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu

    Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:

    • Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu

    • Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut

    • Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik

    “Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.

    jual

    Lebih Daripada Sekadar Denda

    Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.

    Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.

    Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.

    Continue Reading

    Kisah

    “Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

    Published

    on

    Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

    “Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

    Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

    Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

     Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

    Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

    Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

    Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

    “Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

    @ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

    Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

    Antara komen yang mencuri tumpuan:

    komen

    • Bukan main garang bini kau, bang…

    • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

    • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

    • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

    Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

    Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

    Sumber: TikTok @ashraffkamal_

    Continue Reading

    Kisah

    “87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

    Published

    on

    Rumah Warga Emas

    “87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

    Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

    “Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

    Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

    “Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

    Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

    Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

    “Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

    Rumah Warga Emas

    Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

    Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

    Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

    “Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

    @mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

    Pengajaran buat semua

    Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

    Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

    “Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

    Continue Reading

    Trending