Kisah
Sanggup Bela Kucing Jalanan 30 Ekor Walaupun Cuma Ambil Upah Sebagai Pemotong Rumput

Sanggup Bela Kucing Jalanan 30 Ekor Walaupun Cuma Ambil Upah Sebagai Pemotong Rumput
Berapa ramai orang dekat dunia ini yang kaya tetapi masih merasa dirinya serba kekurangan, tidak puas masih belum cukup dengan harta yang melimpah-ruah. Berapa ramai juga orang yang hidup dengan kemiskinan dan sederhana tetapi bahagia dan tenang walaupun perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ini adalah kisah seorang pemotong rumput yang memiliki jiwa yang cukup besar sehingga sanggup bela kucing jalanan dengan rela hati.
Sanggup bela kucing jalanan, jalan kaki untuk beli makanan kucing
Dari perkongsian seorang pengguna Facebook, Jah Awg Kenit menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang mencari pendapatan sebagai seorang pemotong rumput, namun sanggup bela kucing jalanan 30 ekor dengan duit gajinya itu.
Pada mulanya tiada siapa yang tahu kebaikan lelaki tersebut. Namun, apabila lelaki itu datang dan menghampiri mereka untuk meminta pertolongan membelikannya stok makanan kucing di sebuah pasaraya barulah terbongkar segalanya.
Dia tidak dapat memasuki pasaraya tersebut kerana tidak mempunyai telefon bimbit untuk mengimbas kod MySejahtera, aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara.
“Dia cakap dia tak dapat masuk pasaraya. Jadi minta tolong untuk belikan stok makanan kucingnya yang berjumlah 30 ekor keseluruhannya disebabkan dia tak ada handphone. Dia tak boleh scan MySejahtera”, kata individu yang diminta pertolongan ini.
Malah katanya lagi, lelaki itu ada tunjukkan contoh makanan kucing yang diperlukannya. “Dia tunjuk plastik contoh makanan kucing yang dia perlukan.”
Melihat kesungguhan lelaki itu, siapa yang tidak tersentuh. Kata individu itu yang juga merupakan salah seorang dari sukarelawan dari Darul Jariyah memberitahunya untuk ambil sahaja stok makanan kucing yang disediakan oleh pihaknya mulai esok secara percuma.
Darul Jariyah adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan seperti membantu anak-anak yatim, anak-anak asnaf, warga emas, memberi makan kucing jalanan, ada apa-apa sahaja bentuk bantuan yang bersesuaian.
Guna gaji ambil upah potong rumput untuk sara hidup dan kucing
Lelaki yang tidak didedahkan identitinya ini rupa-rupanya hanya bekerja mengambil upah potong rumput. Bahkan setiap hari kelibatnya sering dilihat berjalan dari taman ke taman perumahan untuk mencari rezeki sebagai pemotong rumput bagi meneruskan kehidupannya dan kucing belaan di jalanan.
Dengan gaji serendah itu lelaki tersebut masih memikirkan tentang ihsan kepada makhluk lain sedangkan mungkin dirinya juga serba kekurangan.
Ketika tempoh kawalan pergerakan dulu, sesiapa sahaja tentunya akan terkesan sama ada golongan kaya atau miskin. Yang kaya berfikir untuk elak perniagaan terus menjunam jatuh maka wujudlah pelbagai inisiatif seperti berbelanja dari atas talian dan food delivery untuk memastikan bisnes mampu bertahan di tengah pandemik.
Sedangkan yang miskin sama ada bekerja makan gaji atau sendiri sudah tentu cabarannya lagi luar biasa sehingga ada yang pulang dengan tangan kosong tanpa membawa apa-apa.
Nikmat merahsiakan kebaikan dari orang lain
Ibnu Hajar Al-Atsqalani menjelaskan dalam kitabnya Nashaihul Ibad bahawa amal baik seseorang itu haruslah dengan niat yang ikhlas. Tanpa niat yang ikhlas, maka amal itu tidak akan diterima meskipun banyak.
Salah satu cara untuk membentuk keikhlasan yang istiqamah adalah dengan menyembunyikan amalan dan kebaikan dari pandangan manusia seperti mana kita sendiri menyembunyikan aib dan kekurangan diri.
Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil berkata, kebaikan itu tidak sempurna kecuali dengan tiga perkara iaitu menyegerakannya, beranggapan ianya kecil, dan menyembunyikannya.
Begitu besar nikmat membuat kebaikan yang istiqamah dan bertambah nikmat apabila ianya tidak mengharapkan akan ada mata yang memandang, ada telinga yang mendengar, dan bibir yang memuji.
Tips pelihara keihlasan diri
Ini adalah tips untuk membantu kita belajar dan melatih diri membentuk rasa ikhlas dalam hati. Antara tips tersebut seperti:
- Sentiasa mengagungkan Allah SWT dan menyakini bahawa hanya kepada Nya untuk disembah dan memohon pertolongan
- Faham dan sedar bahawa manusia adalah makhluk yang lemah dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa tanpa kekuasaan dan izin dari Allah SWT
- Tahu tentang nafsu yang menjadi sumber segala kejahatan dalam jiwa
- Sentiasa merendah diri dan jauhi perasaan riak atau suka menunjuk-nunjuk
- Ingat tentang kematian
Kisah ini mengajar kita banyak perkara tentang makna ihsan kepada makhluk ciptaan Allah SWT dan keikhlasan dalam beramal. Sebaik-baik amal yang baik itu adalah amal yang tetap istiqamah dilakukan. Dan sebaik-baik keikhlasan adalah ikhlas yang disimpan dan dirahsiakan segala kebaikan.
Sumber: Jah Awg Kenit
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah










