Connect with us

Kisah

Kisah Pengajaran Seorang Anak Jaga Mak Ayah Walaupun Dulu Sering Dihina SPM Cukup Makan & Kerja Kilang

Published

on

anak jaga mak ayah

Kisah Pengajaran Seorang Anak Jaga Mak Ayah Walaupun Dulu Sering Dihina SPM Cukup Makan & Kerja Kilang

Kehidupan ini mengajar kita untuk sentiasa menunduk ke tanah bukan selamanya-lamanya mendabik dada ke langit. Adakalanya sesuatu yang kita tidak sangka dalam fikiran akan berlaku, hadir tiba-tiba untuk menguji kita sendiri. Kisah seorang anak jaga mak ayah yang sudah tua walaupun dulu dihina dan dibanding-badingkan dengan adik-beradiknya, mengajar kita tentang erti sebuah keikhlasan dalam menerima apa jua ketentuan Tuhan.

Dapat SPM cukup makan, adik beradik lain semua straight A

anak jaga mak ayah

Dikongsikan sebuah kisah dari seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak. Seorang engineer, seorang doktor, dan seorang lagi hanya mampu capai cukup makan sahaja dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketika ibu ini mendapat tahu keputusan anak bongsunya itu, hancur luluh hatinya sungguh kecewa. Tidak dapat digambarkan bagaimana kecewanya hati seorang ibu sehingga diungkit segala kebaikan dan pengorbanannya selama ini kepada si bongsu.

“Tuisyen beratus ringgit sebulan. Tapi hasil tak ada. Tak macam abang, akak, dan adik dia. Dapat straight A”, luah si ibu.

Anak itu hanya berdiam tidak mampu bersuara. Ingin membalas tetapi dia sendiri tidak mahu buah bicaranya makin membuatkan emosi ibu semakin meluap-luap. Cukuplah amarah dan penghinaan itu ditelan dalam sanubarinya paling dalam. Jauh sekali ingin menuangkan minyak tanah dalam api yang sudah sekian maraknya.

Ibu kena serangan strok, anak-anak tak balik menjenguk

Waktu demi waktu, masa terus berlalu. Tanpa sedar anak yang kecil sudah meningkat dewasa, bahkan sudah bergaji besar di ibu kota. Kesibukannya sehingga menyebabkan mereka jarang sekali berkesempatan untuk menjenguk ibu bapa di kampung.

Takdir Allah SWT, si ibu ini tiba-tiba terkena serangan strok lalu lumpuh. Hanya tinggal berdua suami isteri tua ini di rumah usang sendirian. Masing-masing sudah tidak larat untuk menguruskan diri sendiri. Yang si isteri mengharapkan suami menjaganya, tetapi kudrat tua sudah tentu tidak larat lagi. Manakala si suami pula yang mengharapkan isteri menguruskan dirinya terpaksa redha kerana isteri yang sedang diuji dengan sakit.

“Saya ingat, ada anak yang jadi doktor mudah sikit. Tak juga. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Susah nak tanya khabar. Kalau datang pun lawat sekali sekala, itu pun cepat-cepat nak balik semula”, kata si bapa dengan nada sayu seperti jauh menerawang memikirkan kenangan lalu bersama mereka semasa kecil.

Entah di mana anak ketiga yang bekerja kilang itu, tidak sesekali mereka ambil tahu apatah lagi memikirkannya. Dalam fikiran hanya anak-anak yang bekerjaya di bandar.

Anak jaga mak ayah walaupun dulu sering dihina macam-macam

anak jaga mak ayah

Beberapa hari kemudian, pulang anak ketiga semula ke rumah dengan sebuah beg besar. Pasangan suami isteri tua itu hairan dengan tingkah anaknya. Pelik tetapi mengagahkan diri untuk bertanya.

“Kenapa bawa beg besar-besar macam ni?”, tanya si bapa ingin tahu.

Jawapan anak cukup ringkas tetapi sungguh membuatkan air mata jatuh menitis tiba-tiba, “Berhenti kerja, nak jaga mak abah.”

Dalam hati saya menangis, “Ya Allah anak ini Ya Allah. Anak ini yang aku hina, aku keji, aku banding-bandingkan dia dengan orang lain. Tapi hari ini dia datang dan menghulurkan tangan untuk jaga kami yang sudah tua. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu.”

Kelu lidah tidak mampu berkata-kata. Allah seakan-akan menarik nikmat bercakap saya sebentar. Fikiran menjadi kosong, air mata deras tidak berhenti mengalir sedari tadi mendengar jawapan itu.

Kifarah itu ada dan Allah menunjukkan ia jelas di mata saat si ibu bapa ini ketika sudah dihujung hayat di dunia.

Dosa ibu bapa kepada anak-anak sehingga dewasa

anak jaga mak ayah

Selalu kita terdengar anak perlu taat pada ibu bapa. Seorang anak juga perlu sentiasa berbuat baik kepada mereka kerana ibu sudah berkorban nyawa melahirkan, sedangkan ayah berbanting tulang mencari rezeki membesarkan kita. Namun tanpa kita sedar, anak juga mempunyai hak kepada ibu bapanya selain tanggungjawab hakiki itu diberikan iaitu menjaga perasaan dan tidak mengecilkan hati dengan membanding-bandingkan.

Benar, setiap ibu bapa inginkan anak yang berjaya kerana kita mungkin tiada harta untuk diwariskan tetapi dengan ilmu dan kerjaya yang baik masa depan mereka akan cerah di kemudian hari. Mendorong usaha jangan sampai mengecilkan harga diri. Memotivasikan dengan keazaman jangan sampai melemahkan semangat yang kian luntur diherdik dan dikeji.

Tanpa sedar ibu bapa kadang kala suka membanding-bandingkan anak-anak dengan anak lain atau anak orang lain. Setiap anak berbeza tidak sama antara satu sama lain. Mereka mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Yang kembar seiras pun boleh berbeza, inikan pula yang sangat jauh berbeza. Anak ini terasa, dan dia simpan di dalam hati. Mungkin dia tidak membalasnya tetapi dia akan ingat sampai bila-bila.

Tidak jatuh maruah seorang ibu bapa yang memintak maaf akan kesalahan mereka kepada anak. Tidak jatuh maruah seorang ibu bapa yang mahu mengakui kesalahannya sendiri. Kerana kita hanyalah manusia yang lemah dan penuh khilaf. Berdamailah dengan takdir dan ikhlaskanlah segala yang telah Allah SWT tetapkan pada perjalanan cerita setiap anak kita. Sesungguhnya yang baik di mata kita sebagai ibu bapa belum tentu baik di mata pencipta Yang Maha Esa.

Sumber: Negeri Sembilan Kini

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kisah

“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

Published

on

Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang

Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!

Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”

 Isteri Cemas Kereta ‘Hilang

Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.

Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu

Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!

“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur

@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال

Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

komen

  • Bukan main garang bini kau, bang…

  • Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.

  • Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.

  • Doakan saya pun dapat surprise macam ni.

Bahagia Itu Bila Saling Menghargai

Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.

Sumber: TikTok @ashraffkamal_

Continue Reading

Kisah

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

Published

on

Rumah Warga Emas

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak

Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.

“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”

Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.

“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.

Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri

Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.

“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.

Rumah Warga Emas

Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu

Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.

Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.

“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.

@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa

Pengajaran buat semua

Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.

Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.

“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.

Continue Reading

Kisah

“Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur” – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Published

on

Dapat RM30 Sehari Pun Saya Bersyukur – Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dalam kesibukan dunia hari ini, kisah seorang ibu muda dari Melaka ini menjadi bukti bahawa kasih seorang ibu dan semangat mencari rezeki demi keluarga tiada tandingan.

Baru berusia 23 tahun, Noryani Syakira Yaakob tidak pernah menjadikan kemiskinan alasan untuk berputus asa. Setiap hari, beliau menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecilnya yang berusia antara 10 bulan hingga lima tahun, demi mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

“Saya tak ada pilihan, tiada siapa nak jaga anak-anak”

Kata Noryani, dia tiada pilihan lain kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anak-anaknya sementara suami bekerja di bengkel dengan gaji sekitar RM1,200 sebulan.

“Kadang-kadang kasihan tengok mereka, berpanas atas motor. Tapi kalau saya tak kerja, macam mana nak cukup belanja?
Sekurang-kurangnya bila saya hantar makanan, dapatlah RM20 atau RM30 sehari untuk beli susu dan lampin,” katanya.

Beliau yang menetap di Bukit Lintang, Melaka, kini sudah dua bulan bekerja sebagai penghantar makanan (p-hailing). Biasanya, beliau bekerja dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, sebelum pulang untuk menguruskan anak-anak.

 Ibu Muda Gagah Hantar Makanan Sambil Bawa Tiga Anak Kecil

Dapat RM5 pun rezeki besar

Noryani turut menceritakan detik di mana gambarnya bersama anak-anak tular di media sosial — sebenarnya dirakam dua minggu lalu, ketika dia menghantar pesanan nasi goreng dari Bukit Katil ke Hospital Melaka.

“Upahnya cuma RM5, tapi saya tetap bersyukur. Dapat beli sedikit barang dapur pun dah cukup.”

Anak sulungnya, Muhammad Rayyan Iskandar (5 tahun) dan Rayyan Rayfal (2 tahun) duduk di bahagian belakang motosikal, manakala si bongsu, Rayyan Maleeq (10 bulan) dikendong di bahagian depan.

559892881 794121526590583 4849861813037129326 n

“Saya lebih tenang kerja sendiri”

Sebelum ini, Noryani pernah bekerja di kedai ayam gunting, namun terpaksa berhenti kerana tidak sanggup meninggalkan anak-anak di rumah.

“Kalau hujan saya tak keluar, risau keselamatan mereka. Tapi bila cuaca baik, saya gagahkan diri.
Sekurang-kurangnya mereka depan mata, saya pun lebih tenang,” katanya.

Warganet sebak, ramai mahu bantu

Tindakan berani Noryani menarik perhatian ramai di media sosial. Netizen memuji ketabahannya sebagai ibu muda dan menyeru agar pihak berwajib turun padang memberikan bantuan sewajarnya.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke akaun BSN 0299541000567835 (Noryani Syakira Yaakob).

Continue Reading

Trending