Connect with us

Kisah

“Sakit saya ni sampai terpaksa jumpa doktor selalu, kadang tu sampai kena bermalam di wad” Gadis Nekad P0t0ng Kaki Selepas SPM, Walaupun Sedih Tapi Terpaksa Berbuat Demikian Demi Kebaikan Dan Masa Depannya

Avatar of kidin

Published

on

wgdv

“Sakit saya ni sampai terpaksa jumpa doktor selalu, kadang tu sampai kena bermalam di wad” Gadis Nekad P0t0ng Kaki Selepas SPM, Walaupun Sedih Tapi Terpaksa Berbuat Demikian Demi Kebaikan Dan Masa Depannya

wanita ini nampak normal dan boleh memandu kereta seperti orang lain. Tapi siapa sangka, Ummi Nadhira Abdul Jabar, 27, sebenarnya kudung kaki kanannya dan terpaksa memakai kaki palsu.

video yang dimuat naik di laman sosial mengundang rasa kagum netizen, malah ada dalam kalangan mereka mengagumi kemampuan wanita ini melakukan aktiviti harian seperti insan biasa.

c1 15

Berkongsi cerita dengan mstar, dia yang mesra disapa Ummi ini mendedahkan membuat keputusan untuk memotong kaki dan memakai kaki palsu sejak usia 17 tahun pada 2011.

“Sejak kecil selepas saya dapat penyakit Arteriovenous Malformation (AVm), saya terpaksa bergantung hidup dengan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak disebabkan sebelah kaki saya ada urat saraf terlebih. Jadi saya susah nak bergerak tanpa bantuan.

“Tapi kawan-kawan cakap dekat saya sampai bila nak hidup macam ni sebab nanti nak sambung belajar susah pula nak bergerak. Sakit saya ni pula sampai terpaksa jumpa doktor selalu, kadang tu sampai kena bermalam di wad. Hospital dah jadi rumah kedua saya.

c2 18

Ummi sewaktu dirinya terpaksa bermalam di hospital.

“Jadi lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya terus buat keputusan nak potong kaki. Orang lain semua pergi bercuti, saya habiskan masa kena belajar biasakan diri pakai kaki palsu,” ujar Ummi.

Imbas wanita yang bekerja sebagai Pembantu Khidmat Pelanggan di Menara Berkembar Kuala Lumpur ini, semenangnya dia berasa sedih ketika mahu membuat keputusan untuk memotong kakinya tetapi terpaksa berbuat demikian demi kebaikan dan masa depan dirinya.

Saya ada terfikir juga ada ke orang nak dekat aku nanti kan dengan keadaan macam ni tapi saya reda.
UMMI

Menurut wanita yang menetap di Gombak, Selangor ini juga, dia memperoleh keyakinan dengan mendapat sokongan keluarga juga kawan-kawan.

c3 11

Ummi berkerusi roda ketika di zaman persekolahan.

“Tak kisah kita ni siapa pun, macam mana ada kekurangan sekali pun, terima sahaja. Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak terima diri kita kan.

“Bila kita dah belajar sayang diri sendiri, terima kekurangan diri sendiri, pasti orang sekeliling pun akan terima diri kita seadanya,” katanya.

Sudah mendirikan rumah tangga sejak Ogos tahun lalu, wanita ini bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan kehidupan bersama pasangan yang boleh menerima dirinya seadanya.

Ummi bagaimanapun mengakui adakalanya tetap berasa ‘insecure’ apabila berjalan berdampingan dengan suami di khalayak ramai kerana kaki palsu membuatkan dirinya terpaksa berjalan tempang.

c4 8

Ummi bersama ahli keluarganya.

“Sebelum saya jumpa suami saya, ada terfikir juga ada ke orang nak dekat aku nanti dengan keadaan macam ni tapi saya reda, kalau ada tu, ada la.

“Tapi Allah dah atur elok jodoh untuk saya. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan insan yang baik hati boleh terima saya seadanya walaupun dia normal je.

“Saya kenal suami melalui seorang kawan. Selepas setahun lebih kenal, kami cadang nak kahwin. Saya pernah tanya dia dulu kenapa boleh terima saya. Dia cakap sebab hati saya yang sabar boleh terima diri saya sendiri yang serba kekurangan,” imbas Ummi.

Tidak menyangka videonya di TikTok menjadi perhatian ramai, Ummi berkata dia sekadar mahu menyampaikan mesej positif terutama kepada golongan yang menerima nasib seperti dirinya.

c5 9

Wanita ini melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun lalu.

“Saya nak ambil peluang ni, saya nak tekankan dekat sini tak perlu rasa rendah diri sebab kekurangan kita. Biasanya saya tengok orang lelaki yang berani share pasal kecac4tan diri mereka, orang perempuan jarang sebab tu saya beranikan diri share dekat media sosial saya.

“Harapan saya semoga persepsi masyarakat terhadap golongan OKU (orang kurang upaya) bersifat lebih terbuka. Biarlah layanan yang diberikan sama rata sebab kami pun mampu untuk hidup dan lakukan kerja seperti insan normal lain juga,” tambahnya lagi.

Sumber : mStar

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.