INFO
Bukan sekadar sayur kampung, Pucuk ubi mempunyai khasiat yg kita tak tahu

Bukan sekadar sayur kampung, Pucuk ubi mempunyai khasiat yg kita tak tahu
Pucuk Ubi… siapa yang tak kenal dengan pucuk ubi. Ada yang kata pucuk ubi adalah sayur kampung. Tak kisah la sayur kampung pun kan tapi tahukah anda, pucuk ubi yang anda makan adalah sayuran organik 100% kerana pokok ubi kayu boleh ditanam dihampir semua tempat tanpa memerlukan penjagaan yang khusus, malahan tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun. Ini menjadikan sayuran pucuk ubi ini amat tinggi nilainya.
Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan. Protein sayuran yang terkan dung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim. Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.
Kandungan protein dalam daun ubi disebut-sebut setara dengan protein pada telur, dan mengandungi lebih dari 60% a sid amino esensial. Kerana kelebihannya ini, daun ubi sangat baik untuk mence gah sembelit, baik untuk kesihatan mata, dan mampu meningkatkan kekebalan tu buh.
A sid amino dalam daun ubi kayu juga berguna untuk:
- Pemulihan luka dan kulit yang bermasalah serta rosak.
- Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak,
- Menguatkan tulang dan
- Membantu daya ingatan yang baik.
- Selain itu juga ia membantu memulihkan sistem metabolisme tubuh. Klorofil dalam daun juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kansyer.
Daun ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat badan. Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman.
Tu buh kita memang memerlukan semua khasiat yang terkandung dalam daun ubi ini tapi mampukah kita untuk makan pucuk ubi dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan tu buh. Bagi orang macam saya yang kurang gemarkan sayur memang tidak akan cukup segala khasiat yang diperlukan. Dan disebabkan itu saya menambah keperluan nutrisi dengan pengambilan supplemen seperti ESP. ESP juga mempunyai khasiat yang hampir sama dengan pucuk ubi.
Bagaimana anda ingin menikmati keenakkan pucuk ubi terpulang kepada anda. Ada yang suka rebus dan cicah dengan sambal tumis atau sambal belacan, mungkin boleh dimasak lemak atau di buat urap atau kerabu.
Sumber : mamazarasofia via majalahperdana
INFO
Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

INFO
Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat
Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.
Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.
Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.
Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.
LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR
Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:
- Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
- Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
- Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.
PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN
- Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
- Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
- Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.
Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.
Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia
INFO
Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi
Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.
Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.
Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.
Tangan Terkeluar Dari Kotak
Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.
Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.
Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam
Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.
Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.
Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah



