INFO
Hanya sekadar bekerja sebagai mekanik bengkel, Berkat jujur jual isi durian membuatkan pemuda ini berjaya jual 200 biji durian sehari

Hanya sekadar bekerja sebagai mekanik bengkel, Berkat jujur jual isi durian membuatkan pemuda ini berjaya jual 200 biji durian sehari
Heboh di media so si al kisah seorang pemuda ini yang telah menjual durian, ditimbang tanpa kulit. Pemuda ini dipuji akan kejujurannya dalam menjual raja buah kegemaran ramai tersebut.
Pengalamannya dalam membeli buah durian tersebut membuka mata serta memberi pengajaran yang hebat susulan kekecewaan dan perasaan marah apabila sering mendapat buah durian yang isinya buruk dan tidak boleh dimakan.
Alhamdulillah!
Susulan itu, pemuda yang bernama Mohd Izzuwan Ismail, 30, mengambil keputusan untuk menjual isi durian yang elok sahaja supaya pelanggan lebih berpuas hati.
Anak kedua daripada lapan beradik ini yang juga seorang mekanik motosikal menjual durian yang diisi dalam bekas dengan harga RM25 sekilogram (kg), manakala sebiji durian pula akan dijual bermula dari harga RM8 hingga RM25 sekilogram.
Izzuwan akan memastikan isi buah durian yang dijual dalam berkeadaan baik dan sekiranya dia berasa was-was, buah tersebut akan terus dibuka dan diperiksa terlebih dahulu. Gerai jualan yang dibukanya di bahu jalan di Batu 15, Jalan Sintok, berhampiran Universiti Utara Malaysia (UUM) itu dibuka dari 10 pagi sehingga stok durian habis dijual.
Bukan itu sahaja, Izzuwan juga berjaya menjual dan membuat penghantaran jualan durian sehingga ke Pulau Langkawi dan beberapa daerah lain di sekitar Kedah dan juga Perlis.
Semoga niat baik dan kejujuran pemuda ini membuka peluang rezeki yang banyak kepadanya.
Sumber: Harian Metro via myinfomaya
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral10 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
Keluarga3 months ago
Caranya ‘Packing’ Duit Baki Beli Lauk Ikut Tarikh, Elak Boros Berbelanja.