Kisah
Respek Kaedah Gadis Ini Urus Gaji RM2.3K Sebulan, Baki Hanya Tinggal RM248 Untuk Keperluan Sendiri

Respek Kaedah Gadis Ini Urus Gaji RM2.3K Sebulan, Baki Hanya Tinggal RM248 Untuk Keperluan Sendiri
Assalamualaikum. Terima kasih ad min, benarkan post ini berlalu di wall anda. Straight to the point. Tengok tajuk korang dah tau aku nak cerita apa. Baru-baru ni aku terbaca pasal budak ni gaji 1.6k tapi dapat simpan 1k every month. Aku terpanggil nak expose financial arrangement of my salary every month.
Aku nak responds korang on my arrangement duit ni, in terms of aku membazir kat mana2, any tips nak prevent pembaziran yg aku buat (jika ada), or ada suggestion nak bagi ada lebihan duit daripada kebiasaan.
Seperti budak yg dapat simpan 1k tu, aku juga bujang, tinggal dengan family, anak bongsu, satu-satunya yang belum berkahwin dan tinggal dengan mak ayah aku. Tapi, Alhamdulillah aku bergaji 2.7k. (Baru tukar kerja mac lepas). Tapi…….. walaupun aku bujang, aku juga ada komitment yang perlu aku bayar every month.
Menjadi prinsip aku, benda hutang, aku bayar dulu. Pada aku, biar baki duit aku dalam akaun hanya 100, asalkan, segala bil2, dan keperluan rumah aku dah langsai.
Here aku buat details apa aku buat dengan duit gaji bersih aku yang sebanyak 2.3k:
1) RM550
a) RM300 aku bagi mak aku. Aku tahu duit ni mak aku mesti akan buat belanja dapur. Aku tak pernah tengok mak aku habiskan duit pi beli barang kemas or berjoli sakan. Sepanjang aku kerja, sekali je aku tengok mak aku beli beg tangan baru dan aku tahu tu duit dividen asb dia.
b) RM250 aku bagi ayah aku. Oh lupa nak cakap yang mak ayah aku dah tak kerja. mak aku suri rumah sejak dahulu kala. Ayah aku pencen swasta. So, memang 100% bawah tanggungan kami 3 beradik. Duit aku bagi ni, biasanya bapak aku buat isi minyak kereta, maintenance, beli sarapan tiap hari, beli ubat.
Baki: RM2300 – RM550 = RM1750
2) RM610
Bayar kereta RM360. Kereta kecil je.
Minyak kereta aku bajet every month RM250. Tempat kerja aku 25km jauhnya dari rumah. Semua orang pertikai kenapa aku mintak kerja jauh. Jawapan aku simple je. Itu rezeki untuk aku. Bukan aku tak minta kerja area dekat rumah aku, tapi tak dapat. Amount ni include jugak bajet kalau aku balik kampung tengok nenek aku. Paling busuk, sebulan mesti sekali balik.
Oh ya. Masa kecik, aku tinggal dengan nenek aku. So, amatlah tak mengenang budi, kalau sebagai cucu yang pernah tinggal dengan nenek, tak pi jenguk dia setiap bulan. Kalau aku balik kampung, akan menjadi kewajipan aku, hulur sikit duit kat nenek aku buat jajan dia. Bajet ni, kita masuk akhir-akhir nanti. Aku nak cerita yang main part dulu.
Baki: RM1750 – RM610 = RM1140
3) RM692
RM100 untuk MARA. Almaklum, bila dah berhutang, kena bayar, ye dak? Jumlah ni akan meningkat kepada RM150 pada feb’19.
RM100 untuk astro. mesti nanti akan ada orang yang kata ni suatu bentuk pembaziaran kan? Tapi aku rasa ini satu bentuk entertainment untuk kami sekeluarga. Sejak dari zaman bapak aku masih kerja, dia boleh je afford bayar astro, takkan bila dia dah berhenti, aku nak kata kita kena stop kan? So, aku sambung je bayar.
RM40 untuk bil air. Ni aku aku round off je. tapi tak pernah sampai 40 pun. Bil elektrik, kakak aku tolong bayar. Kami adik beradik akan ada part masing-masing bayarkan bil-bil rumah.
RM70 untuk bil telefon mak aku. Bil telefon bapak aku, kakak aku bayarkan.
RM80 untuk bil telefon aku.
RM70 bil internet kat rumah. Yang ni jangan kata membazir. sebab aku kena buat kerja dari rumah. Internet is a must.
RM202 untuk insurans. Ni insurans peribadi aku.
RM30 untuk aku derma. Kenapa jumlah ni wajib masuk? sbb aku ada join macam kutu derma bagi satu badan kebajikan.
Baki: RM1140 – RM692 = RM448
4) RM200
Ha ni la part saving aku. Aku hanya mampu simpan RM200 setiap bulan. Sebab tu tajuk post aku ni, ‘Celah Mana Simpan 1k?’
Baki: RM448 – RM200 = RM248
5) RM248
Ha dengan duit ni aku belanja setiap bulan untuk keperluan diri aku, belanja mak ayah aku makan, belanja anak-anak sedara aku or anything la. Aku bukan kaki make up. Pencuci muka pun aku beli 2-3 bulan sekali. Aku bukan kaki shopping mahupun kaki travel. Sarapan pagi kat rumah, balik kerja pkul6 baru makan kat rumah. Seminggu sekali je aku makan kat office sebab kang kata aku tak nak bergaul dengan yang lain pulak. Diorang selalu ajak aku makan, tapi selalunya aku tipu kata aku kenyang lagi. Padahal, Tuhan je la tahu. Sebab nak ikat perut sikit. Nak survive sampai cukup bulan.
Seperti aku cakap kat atas tadi, kalau aku balik kg, bukan balik dengan tangan kosong ya. Dengan duit ni jugak aku guna. Nampak macam banyak kan baki? Tapi, cuba ko pergi kedai beli barang masak, sekali ko pergi, note RM50 ko tu macam RM10 je. Part yang aku paling terkilan ialah, kadang bila aku tengok mak ayah aku nk pi beli ubat tapi tak cukup duit. Alahai, sedihnya wei. rasa tak bergunanya aku sebagai anak tak boleh nak cukupkan keperluan mak ayah aku.
Sejak ada kereta ni, kadang ada bulan yang langsung aku tak dapat belanja mak ayah aku makan luar, sebab nk pi servis kereta. Hujung tahun ni, nak renew roadtax and insurance. Korang tahu-tahu jelah insurance kereta baru berapa kan.
Aku bukan nak mengeluh duit tak cukup ke apa. Berbalik pada tajuk aku tadi, aku tak boleh nak brain macam mana mamat tu boleh simpan 1k setiap bulan dengan gaji yang lebih rendah dari aku. Sebab pada aku, aku dah utilize habis dah segala keperluan aku. Ni pun, aku tak tanggung sepenuhnya mak ayah aku.
Ada pertolongan dari kakak aku jugak. Aku tak pernah rasa mak ayah aku suatu beban untuk aku. Cuma lebih kepada rasa terkilan sebab tak dapat cukupkan keperluan mak ayah aku. Bukan aku tak pernah cuba nak buat side income. Tapi tak berjaya. Aku realize yang aku ni jenis kena fokus pada satu pekerjaan sahaja.
Mungkin ada yang bergaji sama dengan aku and dapat simpan lebih dari 1k every month. Boleh la share tips macam mana korang simpan. Tapi, seriously aku rasa dah tak boleh minimize kan lagi kos-kos dalam hidup aku sekarang ni. Macam dah fixed. For your information, masa aku bergaji 1.6k 10 bulan yang lepas, komitmen aku juga tetap sama (kecuali part kereta and bil telefon mak aku. Dulu mak aku pakai prepaid. Kadang tu aku tengok dia tak dapat telefon nenek aku kat kampung sebab habis topup. So, bila dah naik gaji sikit ni, aku sara la duit telefon dia)
Tu je la aku nak share. Apa kata anda?
Sumber : Ano Ny Mous via IIUM
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah









1 Comment