Resepi Viral
Resepi Masak Percik Ikan Kembung Kuah Meleleh Yang Sedap

Resepi Masak Percik Ikan Kembung Kuah Meleleh Yang Sedap
Masakan ikan percik ini memang popular disajikan lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Percik ikan macam ni selalu jadi tumpuan kita di bazar Ramadan terutama di gerai lauk pauk dari Kelantan. Aroma ikan yang dibakar memang mengundang untuk kita beli tambah pula tengok kuahnya yang pekat meleleh.
Untuk makan seorang dua mungkin boleh beli, tapi kalau ahli keluarga ramai elok sangat kalau buat sendiri. Jimat dan acara bakar ikan pun boleh jadi aktiviti dengan famili hujung minggu. Suhasnida Ismail berkongsi caranya jika nak mencuba.
Kaedah buat percik ikan kembung ‘sedak dooh’
Bahan A: Perap Ikan
8 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 tbsp cili kering kisar
2 inci kunyit hidup
Sedikit serbuk perasa
1 tbsp garam
1/2 tbsp jintan manis
Secubit belacan (jika suka)
Sedikit air untuk kisar
Bahan B: Bahan Kuah
8 ulas bawang merah (saiz syiling 50 sen)
2 ulas bawang putih
sehiris halia
1 tbsp ketumbar biji (sangai)
secubit belacan
3 tbsp cili kering
900ml santan pekat
2 hiris asam limau/asam keping
Bahan C: Bahan Perasa
2 tbsp garam bukit
2 tbsp gula pasir
2 tbsp gula kabung thai
1 tsp serbuk perasa/aji/pasti sedap
Cara penyediaan:
1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam. Boleh juga jika nak guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak.
2. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk.
4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa.
5. Masak sampai mendidih & pekat.
6. Bakar ikan atau ayam sampai masak (boleh cucuk ikan dengan lidi, buluh).
7. Salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar. Buat 4 kali salutan baru percik lagi sedap.
8. Kuah percik ini untuk 5 ekor ikan atau 1 ekor setengah ayàm 2kg.
Selamat Mencuba
Sumber: Suhasnida Ismail
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.