Kisah
Remaja Mualaf Teruja Untuk Sambut Bulan Ramadan Yang Akan Datang, Tengok Video Saharul Ridzwan Berzikir Dan Berselawat Memberi Impak Besar Dan Positif Kepadanya, Pendakwah Seperti Ustaz Wadi Annuar Dan Ustaz Azhar Idrus Sebagai Inspirasinya.

Remaja Mualaf Teruja Untuk Sambut Bulan Ramadan Yang Akan Datang, Tengok Video Saharul Ridzwan Berzikir Dan Berselawat Memberi Impak Besar Dan Positif Kepadanya, Pendakwah Seperti Ustaz Wadi Annuar Dan Ustaz Azhar Idrus Sebagai Inspirasinya.
Umat Islam pastinya tidak sabar untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bermula pada awal April ini. Perasaan sama turut dirasai oleh Rayyan, remaja berbangsa Cina berusia 19 tahun yang baru sahaja memeluk Islam pada 26 Julai tahun lalu.
Rayyan, pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang menetap di Kajang, Selangor itu mengakui gementar bercampur teruja untuk mengharungi bulan mulia Ramadan secara rasmi sebagai seorang Muslim.
“Saya anggap Ramadan tahun lepas sebagai tempoh percubaan. Saya dah pernah berpuasa, tapi biasanya saya bersendirian. Sunyi makan seorang diri. Tapi kali ini, saya secara rasminya akan berpuasa sebagai orang Islam.
“Saya rasa gementar bercampur seronok. Kita pun dah boleh rentas negeri, jadi saya merancang untuk melawat kawan-kawan di negeri lain seperti Kelantan, Perak dan Pahang untuk berpuasa beramai-ramai dengan mereka,” ujarnya.
Bercerita mengenai perjalanannya sehingga memeluk Islam pada tahun lalu, Rayyan akui ada beberapa faktor yang memberi pengaruh besar terhadap dirinya.
Selain itu, Rayyan turut menamakan pendakwah seperti Ustaz Wadi Annuar dan Ustaz Azhar Idrus sebagai inspirasinya dalam proses memeluk agama Islam.

Rayyan tak sabar untuk menunaikan ibadah puasa pada Ramadan kali ini
“Ramai orang tanya perkara ini sampai sekarang. Ceritanya panjang tapi saya cuba ringkaskan. Sebenarnya saya mula berminat dengan Islam sejak sekolah menengah.
“Masa sekolah menengah, saya belajar subjek Pendidikan Moral. Kelas subjek ini biasanya habis awal, jadi saya akan balik ke kelas asal yang mana ia digunakan untuk subjek Pendidikan Islam.
Saya tengok video Saharul Ridzwan berzikir dan berselawat. Ia memberi impak yang besar dan positif kepada saya.
RAYYAN
“Sementara nak tunggu habis subjek itu, saya berdiri di pintu kelas untuk dengar ustazah mengajar. Saya juga banyak terpengaruh dengan kawan-kawan Melayu di sekolah.
“Selain itu, saya juga suka tengok video dakwah Ustaz Wadi Annuar dan Ustaz Azhar Idrus,” ujar penuntut semester dua bidang Perakaunan dan Pengurusan itu.
Jelas Rayyan lagi, kisah penghijrahan selebriti seperti Saharul Ridzwan dan Nabil Ahmad turut menjadi daya penarik untuk dia mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam.
“Saya juga mendapat inspirasi daripada artis Melayu. Di aplikasi TikTok misalnya, saya tengok video Saharul Ridzuan berzikir dan berselawat. Ia memberi impak yang besar dan positif kepada saya. Saya sendiri tak tahu macam mana nak ungkapkan keindahannya.

Video selawat pelakon Saharul Ridzwan banyak memberi inspirasi kepada Rayyan untuk mendalami Islam
“Seronok tengok termasuklah kisah Nabil Ahmad. Saya juga ada tengok video ustaz-ustaz lain berzikir, bukan artis saja. Sejujurnya hati saya rasa tenang,” ujar Rayyan yang suka menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV3.
Tambah Rayyan lagi, dia juga pernah berasa ‘cemburu’ melihat umat Islam menunaikan solat berjemaah secara beramai-ramai sehingga ia menjentik hatinya untuk mendalami agama Islam.
Dalam pada itu, Rayyan turut berterima kasih kepada netizen di TikTok yang banyak memberikan sokongan buatnya selepas dia berkongsi video di aplikasi tersebut.
Pesan Rayyan kepada mana-mana individu yang mahu berhijrah ke jalan Allah, pedulikan kata-kata orang, sebaliknya teruskan usaha dengan penuh cekal dan sabar.
Rayyan merupakan penuntut Utar
“Majoritinya di TikTok, mereka berikan sokongan moral. Mereka minta saya teruskan berusaha dan jaga hubungan baik dengan keluarga.
“Pesanan saya kepada semua orang yang nak berhijrah untuk jadi orang yang lebih balik, paling penting jangan pendulikan kata-kata yang toksik.
“Teruskan usaha anda untuk berjihad jadi orang yang berakhlak mulia. Kalau ada yang mengecam, biarkan. Tunjukkan potensi anda, buktikan bahawa anda juga boleh buat.
“Jadi paling penting dalam kehidupan penuh cabaran ini, kita kena bersabar. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar,” ujarnya yang menetap di Kajang, Selangor.
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah









