INFO
Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0: Pemohonan Pengambilan Pekerja Asing
Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0: Permohonan Pengambilan Pekerja Asing
Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023 (RTK 2.0) ~ Untuk pengetahuan anda, pihak kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan semula Program Rekalibrasi Tenaga Kerja serta mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sejak 10 Januari yang lepas.
Ini adalah sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing. Perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai program ini.
BACA JUGA: Program Academy in Industry (Ail) 2023: Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2023
Bermula 27 Januari, pihak majikan boleh memohon pengambilan pekerja asing menerusi program RTK 2.0 ini.
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja adalah merupakan suatu program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syarat-syarat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Syarat Permohonan (Majikan)
Majikan daripada sektor yang dibenarkan boleh memohon, manakala majikan daripada sektor beku tidak dibenarkan untuk memohon. Berikut adalah senarai sektor dan sub-sektor yang dibenarkan serta sebaliknya:
Sektor + sub sektor (Dibenarkan):
- Perkilangan
- Pembinaan
- Perlombongan & kuari
- Pengawal keselamatan
- Perkhidmatan
- Pertanian
- Perladangan
- Pembantu Rumah Asing (Sektor baru yang ditambah)
Sektor Beku (Tidak Dibenarkan):
- Perniagaan tekstil
- Tukang emas
- Tukang gunting rambut
- Rumah kebajikan
- Kitar semula
BACA JUGA:Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Syarat Kelayakan (Pekerja Asing)
Syarat kelayakan bagi pekerja asing adalah seperti berikut:
- Mempunyai majikan yang sah
- Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam
- PATI yang telah mendaftar di dalam Program Rehiring dan Program 6P
- Mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan
- Telah menjalani saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) dan diperakui (fit to work)
Senarai Negara Asal Pekerja Asing Dibenarkan
15 NEGARA SUMBER LAIN-LAIN SEKTOR:
- Thailand
- Kemboja
- Nepal
- Myanmar
- Laos
- Vietnam
- Filipina
- Indonesia
- Sri Lanka
- Bangladesh
- Turkmenistan
- Uzbekistan
- Kazakhstan
- Pakistan
- India
9 NEGARA SUMBER UNTUK PRA SAHAJA
- Thailand
- Kemboja
- Nepal
- Laos
- Vietnam
- Filipina
- Sri Lanka
- India
- Indonesia
Permohonan & Proses Kerja
- Untuk memohon, permohonan boleh dilakukan melalui laman sesawang Jabatan Imigresen (JIM) melalui pautan berikut: https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main – Majikan daftarkan maklumat PATI secara online.
- Penetapan tarikh temujanji.
- Majikan hadir bersama PATI
- Proses verifikasi
- Sekiranya lulus, kelulusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan dikeluarkan
- Pemeriksaan kesihatan FOMEMA dijalankan
- Sekiranya lulus, majikan perlu membayar di rekalibrasi Visa, PLKS, pemprosesan dan levi.
- Setelah mendapat kelulusan muktamad, majikan boleh mencetak PLKS.
Kos / Fi
Bayaran yang dikenakan untuk setiap pekerja asing ialah RM1,500 untuk setiap sektor.
Permohonan Verifikasi PATI RTK 2.0
Permohonan tarikh verifikasi PATI RTK 2.0 boleh dibuat bermula 15 Ogos 2023 melalui e-mel: rekalibrasiv2@imi.gov.my
Majikan perlu mengemukakan Slip Portal Pendaftaran RTK 2.0 dan senarai pekerja melalui emel tersebut.
Dokumen Diperlukan
Majikan perlu membawa dokumen original dan salinan seperti berikut semasa hadir verifikasi bersama pekerja:
- Slip Portal Pendaftaran RTK 2.0
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Kad pengenalan majikan
- Sekiranya wakil, surat wakil beserta kad pengenalan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini 3 bulan bagi wakil
- E-mel dan nombor telefon
- Bagi sektor pembinaan perlu lampirkan dokumen Letter of Award (LoA) yang telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), slip bayaran levi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan kontrak kerja yang telah dimatikan setem hasil
- Bagi sektor pencucian perlu dilampirkan dokumen Letter of Award (LoA) dan telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Hadir mengikut slot janji temu dan jumlah PATI yang dipohon janji temu. Sekiranya lebih perlu mohon janji temu lain.
Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing
Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dilaksanakan untuk menyegerakan proses permohonan serta kelulusan penggajian pekerja asing bagi lima sektor dan subsektor kritikal. Rujuk infografik di bawah.
Soalan Lazim (FAQ)
Maklumat Lanjut
Sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) di pautan berikut untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut: https://eapp.imi.gov.my
Ikuti media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk maklumat terkini:
- Facebook: Jabatan Imigresen Malaysia
- Telegram: Jabatan Imigresen Malaysia
- Twitter: imigresenmy
- Tik Tok: imigresenmy
- Instagram: Imigresen
- YouTube: Imigresen TV
- Portal: Jabatan Imigresen Malaysia
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.