INFO
Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor RM100 (PINTAS) – Cara Memohon
Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor RM100 (PINTAS) – Cara Memohon
Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor ~ Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, telah mengumumkan insentif yuran pendaftaran taska sebanyak RM100 secara one-off.
Insentif ini akan diberikan bagi setiap kemasukan anak-anak 4 tahun dan ke bawah yang terdiri dari keluarga berpendapatan dari RM 5001 hingga RM 8000. Pengumuman ini dibuat menerusi belanjawan Selangor 2023.
Jom baca info lebih lanjut mengenainya di bawah.
Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor (PINTAS)
Ibu bapa di Negeri Selangor berpeluang untuk mendapat bantuan yuran pendaftaran TASKA secara one-off bagi kemasukan anak mereka ke TASKA Melalui Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA (PINTAS) ini.
Secara tidak langsung, insentif ini akan membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu pendidikan anak bangsa.
BACA JUGA: Bantuan Musim Tengkujuh 2023: Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dilakukan oleh ibu bapa bermula 1 September 2023.
Jumlah Insentif PINTAS
Ibu bapa yang layak akan menerima insentif sebanyak RM100 secara one-off bagi setiap kemasukan anak-anak 4 tahun dan ke bawah.
Syarat Permohonan
- Pemohon (Ibu/Bapa) warganegara.
- Pemohon (Ibu/Bapa) pengundi Selangor.
- Anak berumur 4 tahun ke bawah.
- Menetap di Selangor.
- Ibu & Bapa sedang bekerja.
- Pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM8,000.
- Terhad kepada 2 orang anak sahaja 1 keluarga.
- Bukan penerima bantuan Asuh Pintar.
- TASKA dihantar perlu berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Selangor sahaja.
Cara Memohon Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor (PINTAS)
- Sila layari laman sesawang berikut: https://pintas.yawas.com.my.
- Klik butang ‘Pendaftaran.’
- Muat naik dokumen sokongan (pastikan dalam tempoh 21 hari selepas pendaftaran dibuat) – rujuk senarai dokumen yang diperlukan di bawah.
- Proses semakan kelulusan akan dijalankan.
- Jika permohonan lulus, ibu bapa akan menerima RM100 yang akan disalurkan kepada akaun pemohon.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan
- Salinan Daftar Pengundi Pemohon (MYSPR)
- Penyata Gaji Pemohon & Pasangan/Akuan Pendapatan
- Salinan Surat Beranak Anak
- Salinan Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat (sekiranya berkaitan)
- Salinan Penyata Akaun Bank Pemohon (tertera nama & nombor akaun)
- Resit pembayaran yuran pendaftaran taska bagi kemasukan tahun 2023
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA (PINTAS), sila layari pautan berikut: https://pintas.yawas.com.my/Hubungi.html
>> Di ruangan yang disediakan, sila Isi nama penuh, subjek/perkara dan mesej dan klik “Hantar” <<
Anda juga boleh hubungi talian berikut: +03 5481 8800, atau emelkan pertanyaan anda ke: pertanyaan.yawas@gmail.com
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.