INFO
Bantuan Musim Tengkujuh 2023: Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Bantuan Musim Tengkujuh 2023: Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Bantuan Musim Tengkujuh 2023 ~ BMT RISDA adalah merupakan bantuan yang disalurkan kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah seperti tahun-tahun sebelum ini.
Bagi tahun 2023 ini, berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai bantuan ini dan garis panduan pelaksanaan pemberian BMT RISDA 2023 untuk rujukan semua.
Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2023

Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2023 adalah merupakan salah satu inisiatif pihak RISDA untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah.
Bantuan ini disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk meringankan beban pekebun kecil terutamanya apabila berhadapan bencana di musim tengkujuh.
Jumlah Bantuan BMT RISDA 2023
Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM800 setiap seorang bagi tahun 2023 berbanding RM600 pada tahun sebelumnya. Ini bermakna bantuan ini telah ditambah RM200 untuk tahun ini.
BACA JUGA: BISTARI 2023 – Bantuan Tabung Simpanan Anak Sabah RM100
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 15 Jun 2023 hingga 15 September 2023.

Syarat Kelayakan Penerima BMT RISDA
SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA:
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK:
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Cara Permohonan
Permohonan dibuat melalui portal Pekebun Kecil RISDA di pautan berikut: https://pekebunkecil.risda.gov.my/
Untuk permohonan secara manual, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda. Anda perlu mengisi borang permohonan dan bawa sekali dokumen berkaitan.
Rujuk dokumen yang diperlukan dengan memuat turun file di bawah mengikut kategori anda sebagai pemohon:
Bil | Perkara | Tindakan |
| 1 | Manual Pengguna – Pekebun Kecil | Muat Turun |
| 2 | Manual Pengguna – Penoreh | Muat Turun |
| 3 | Manual Pengguna – Ahli Isi Rumah | Muat Turun |
NOTA:
- Bagi Penerima BMT2022 (penerima tahun lepas), anda boleh log masuk ke portal Pekebun Kecil seperti biasa. Sekiranya ada sebarang perubahan alamat, no telefon, akaun bank, emel atau lain², boleh kemaskini di Profil Pengguna (hijau), sekiranya ada perubahan maklumat tanah, kemaskini di Profil Tanah (merah), sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat, klik Mohon Bantuan BMT (Jingga). Pastikan akaun bank anda masih aktif untuk menerima bantuan masuk kelak.
- Bagi pemohon baharu, sila daftar akaun dahulu.
Semakan Status Bayaran
Semakan kelulusan bantuan juga boleh dilakukan di pautan berikut: https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Atau, hubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan.
Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
NOTA:
Terdapat 3 status permohonan yang akan dipaparkan iaitu:
- Dalam Proses: Permohonan telah diterima dan dalam proses kelulusan
- Layak: Permohonan telah diluluskan, dalam proses untuk bayaran
- Tidak Layak: Permohonan ditolak, hubungi pejabat RISDA berdekatan untuk semakan terperinci
Jika anda mengalami masalah untuk membuat semakan status atau bayaran, sila hubungi pejabat RISDA.
Maklumat Lanjut
Sila hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023 untuk keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 ini.
INFO
Tragedi KKEC UiTM Jengka: Seorang Pelajar Meninggal Dunia, 8 Tidak Sedarkan Diri

INFO
Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat

Kanak-Kanak 2 Tahun Berlumuran Darah Digigit 5 Anjing Liar Di Batu Pahat
Tragedi menyayat hati menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Hairah Watikah Mohammad Hamizi, selepas ditemui berlumuran darah akibat diserang lima ekor anjing liar.
Kejadian yang amat membimbangkan itu dipercayai berlaku di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat. Menurut sumber, mangsa ditinggalkan sementara di bawah jagaan neneknya kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut mempunyai urusan kerja di Johor Bahru.
Sungguh tidak disangka, dugaan berat melanda keluarga ini apabila kanak-kanak sekecil itu terdedah kepada ancaman kawan anjing liar.
Insiden ini menjadi peringatan mendalam buat kita semua tentang bahaya haiwan liar yang berkeliaran di kawasan kediaman.
LANGKAH KECEMASAN JIKA DIGIGIT ANJING LIAR
Sekiranya berdepan situasi digigit atau diserang anjing, tindakan pantas amat penting untuk mengelakkan risiko jangkitan serius atau rabies:
- Cuci Luka Segera: Basuh kawasan gigitan menggunakan air mengalir dan sabun selama sekurang-kurangnya 15 minit.
- Kawal Pendarahan: Tekan bahagian luka dengan kain bersih untuk menghentikan pendarahan.
- Dapatkan Rawatan Segera: Bawa mangsa terus ke hospital atau klinik terdekat bagi mendapatkan suntikan rawatan tetanus, vaksin rabies, dan rawatan pembersihan luka secara profesional.
PERANAN KOMUNITI DAN KESELAMATAN
- Pastikan Pintu Pagar Sentiasa Ditutup: Awasi pergerakan anak-anak kecil dan pastikan persekitaran rumah selamat.
- Laporkan Anjing LiarBerkeliaran: Hubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan kawalan anjing liar di kawasan perumahan.
- Didik Langkah Keselamatan: Ingatkan ahli keluarga agar tidak mendekati, mengusik, atau berlari secara mendadak apabila ternampak kumpulan anjing liar.
Sama-sama kita mendoakan agar adik Nur Hairah Watikah diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Semoga keluarga beliau diberikan ketabahan hadapi ujian ini.
Kredit: Portal Buletin TV3 via kisah dunia
INFO
Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi

Misteri Parcel Berbau Busuk: Jiran Minta Tolong Angkat, Rupanya Berisi Mayat Wanita Dibalut Rapi
Pengalaman diminta membantu jiran pada awal pagi bertukar menjadi detik paling mengerikan apabila sebuah parcel yang kelihatan biasa rupa-rupanya menyembunyikan rahsia satu kes pembunuhan kejam.
Kejadian yang gempar ini bermula apabila seorang jiran mengetuk pintu rumah untuk meminta bantuan memindahkan sebuah parcel yang panjang dan sangat berat. Pembungkusannya kelihatan agak mencurigakan kerana dibalut rahim dengan pita pelekat (sellotape) berlapis-lapis.
Bila ditanya mengenai isi kandungan parcel berkenaan, jiran tersebut hanya menjawab dengan tenang bahawa ia hanyalah besi dan pakaian-pakaian lama.
Tangan Terkeluar Dari Kotak
Satu lagi pendedahan daripada pemandu yang diminta menghantar barang tersebut menyatakan bahawa dia sudah terhidu bau busuk yang amat menyengat sepanjang perjalanan. Kerana rasa takut dan ragu-ragu untuk membukanya sendiri, pemandu berkenaan bertindak meninggalkan parcel tersebut di tepi jalan.
Namun, misteri itu akhirnya terbongkar sepenuhnya apabila tangan mangsa tiba-tiba terkeluar dari kotak berkenaan. Identiti mayat wanita yang sudah membusuk itu kemudiannya disahkan sebagai Siti Maimunah, berumur 41 tahun.
Suspek Berjaya Ditangkap Dalam Masa 6 Jam
Bertindak atas maklumat dan penemuan ngeri itu, pihak polis segera menjalankan siasatan secara pantas. Hasil kecekapan pasukan keselamatan, suspek utama kes pembunuhan ini berjaya ditangkap hanya dalam tempoh 6 jam selepas mayat mangsa ditemui.
Kejadian ini menjadi peringatan keras kepada masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan persekitaran dan tidak mudah terpedaya dengan permintaan bantuan yang mencurigakan.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga proses keadilan untuk mendiang dapat ditegakkan dengan seadil-adilnya.
Kredit Infomasi: Portal Liputan6 & Detik News via kisah dunia
Keluarga7 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA7 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA7 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah


