Connect with us

SEMASA

Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen – RM300/bulan

Published

on

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen 1

Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen – RM300/bulan

Sukacita dimaklumkan, bermula September 2023 Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai bantuan ini. 

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen 1

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen

Hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan kepada Veteran Tidak Berpencen pada usia 60 tahun berbanding sebelum ini hanya dinikmati pada usia 80 tahun.

Pemanjangan BSH ini akan memberi faedah kepada lebih kurang seramai 41,970 golongan tersebut dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.

Bantuan ini adalah sebagai salah satu cara untuk mengiktiraf sumbangan perkhidmatan Veteran Tidak Berpencen atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Bantuan ini juga merupakan kesinambungan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang sebelum ini menerusi Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan RM200 kepada pesara semasa pembentangan Ekonomi Madani yang akan dibayar pada 10 Ogos 2023, Khamis ini. 

BACA JUGA: Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara Kerajaan 2023

Tarikh Bayaran BSH Veteran Tidak Berpencen

Permanjangan BSH ini berkuat kuasa pada bulan September 2023. Ini bermaksud pembayaran akan mula dilakukan pada bulan tersebut. 

Jumlah Bayaran

Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 setiap bulan. 

Cara Semakan 

Untuk membuat semakan penyata dan bayaran pencen, sila layari Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0 di pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/portal/login.asp

 

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen 1

NOTA: 

Untuk pengguna pertama kali, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Rujuk langkah-langkah di bawah:

  • Layari: https://vibes.jhev.gov.my/portal/
  • Klik “Daftar Pengguna”
  • Pilih “Jenis Pengguna”
  • Isi semua maklumat berkaitan
  • Tanda persetujuan “ Terma & Syarat”
  • Klik “Hantar Permohonan”. 
  • Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen 1

Anda juga boleh rujuk video tutorial yang teah dimuat naik oleh JHEV ATM untuk panduang yang lebih jelas:https://www.facebook.com/watch/?v=404817521632137  

Kepada veteran ATM yang belum mendaftar, anda dipohon untuk mendaftar dengan kadar segera bagi mengemaskini data peribadi anda untuk memudahkan sebarang urusan pada masa akan datang.

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen 1

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan Malaysia di pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/portal/ 

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen 1

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

“Pernah Terpalit Kontroversi, Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato’ Aliff”

Published

on

“Pernah Terpalit Kontroversi, Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato’ Aliff”

“Pernah Terpalit Kontroversi, Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato’ Aliff”

Malam ini, ramai netizen mengaku mereka tidak mampu menahan air mata selepas menonton live melibatkan Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dan pelakon Azar Azmi.

Pada awalnya, ramai menyangka Azar hanya dijemput untuk membantu packing barang dan memeriahkan live jualan seperti biasa.

Namun siapa sangka, di sebalik live tersebut, Dato’ Aliff sebenarnya sudah merancang sesuatu yang jauh lebih besar.

Pernah Terpalit Kontroversi Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato Aliff

Dalam siaran itu, Dato’ Aliff dan Datin memaklumkan bahawa setiap barang yang terjual, sebanyak RM5 akan diberikan khas kepada Azar.

Apa yang membuatkan ramai lebih tersentuh, Azar kini dilihat sedang melalui fasa sukar dalam hidup selepas namanya terpalit dengan kontroversi dan kes polis sebelum ini.

Sebab itu, apabila melihat dirinya duduk menahan sebak sambil mendengar pengumuman tersebut, ramai netizen mengaku mereka sendiri turut menangis.

Pernah Terpalit Kontroversi Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato Aliff 3

Baru beberapa minit live berlangsung, jumlah jualan sudah mencecah puluhan ribu ringgit.

Malah, ada yang mendakwa jumlah yang berjaya dikumpulkan untuk Azar melebihi RM20,000 dalam tempoh singkat.

Bagi ramai orang, bantuan itu bukan sekadar tentang wang.

Tetapi ia seolah-olah memberi peluang kepada Azar untuk bangkit semula selepas melalui pelbagai ujian dan kecaman.

Pernah Terpalit Kontroversi Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato Aliff 2

Ruangan komen pula dipenuhi dengan kata-kata sebak daripada netizen.

“Menangis tengok Azar tahan air mata. Dia nampak terlalu penat.”

“Kadang-kadang orang cuma perlukan seseorang untuk hulur tangan bila dia jatuh.”

“Patutlah rezeki Dato’ Aliff dan Datin tak pernah putus. Mereka suka bantu orang.”

“Apa pun yang jadi sebelum ini, semua orang layak diberi peluang kedua.”

Ramai juga menyifatkan tindakan Dato’ Aliff dan Datin itu sebagai satu bentuk bantuan yang sangat bermaruah.

Pernah Terpalit Kontroversi Kini Ramai Sebak Tengok Azar Azmi Menangis Dapat Bantuan Dato Aliff 20

Bukan sekadar memberi wang, tetapi membuka ruang rezeki untuk seseorang berdiri semula dengan cara yang baik.

Di saat ramai sibuk menghukum dan bercakap tentang kesilapan orang lain, masih ada insan yang memilih untuk membantu tanpa mengungkit masa lalu.

Mungkin sebab itulah live malam ini membuatkan ramai sebak.

Kerana kadang-kadang, satu peluang kecil dan satu tangan yang ikhlas dihulur mampu mengubah hidup seseorang untuk selamanya.

Video Penuh :

 

Continue Reading

SEMASA

“Baru Nak Mulakan Langkah Sebagai Guru” – Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

Published

on

Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

“Baru Nak Mulakan Langkah Sebagai Guru” – Guru Pelatih Maut Dalam Perjalanan Pulang Dari Sekolah

Hasrat seorang guru pelatih wanita untuk meneruskan perjalanan hidup dan kerjaya sebagai pendidik berakhir dengan tragedi apabila dia dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Bandar Sri Indah, Tawau pada Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Amierah Aqeelah Arbin, 25, yang juga merupakan penuntut tahun akhir di sebuah universiti.

670419466 122162933582849525 4908508634077403177 n

Difahamkan, Amierah ketika itu sedang menjalani latihan praktikum sebagai guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Balung.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum kereta jenis Perodua Kenari yang dipandunya terbabas ke tepi jalan.

668311622 1465914515576649 5083682331491315429 n

n sumber : bomba

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.26 tengah hari.

Seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau.

668580380 122162907692849525 6755510757597094303 n

“Menurut laporan, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang telah terbabas sendiri ke tepi jalan.

“Terdapat seorang mangsa dikeluarkan oleh pasukan perubatan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian. Mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Perkongsian berita itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib menimpa mangsa.

Ramai menyifatkan pemergian Amierah sangat menyedihkan kerana dia baru sahaja memulakan langkah untuk menjadi seorang guru.

Lebih menyentuh hati, mangsa dikatakan sedang menjalani latihan praktikum dan berada di fasa akhir pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

668769810 1465914918909942 8631912035095801737 n

Ramai turut menitipkan doa agar roh Amierah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang berat ini.

Kadang-kadang, ada insan yang pergi terlalu awal ketika mereka baru sahaja mahu memulakan perjalanan hidup yang sebenar.

Continue Reading

SEMASA

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

Published

on

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April, Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik

PUTRAJAYA – Bermula 1 April ini, penggunaan kad kredit dan kad debit asing di pam petrol RON95 akan disekat secara berperingkat di seluruh negara.

Langkah baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu dilihat sebagai usaha memperketat kawalan subsidi bahan api serta mengelakkan ketirisan yang berlaku selama ini.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, sistem baharu tersebut akan menghubungkan pam minyak dengan pangkalan data identiti seperti MyKad serta sistem perbankan bagi menapis transaksi secara automatik.

Kad Asing Di Pam RON95 Disekat Mulai 1 April Sistem Baharu Akan Tapis Transaksi Secara Automatik 1

Menurut beliau, pendekatan itu membolehkan transaksi menggunakan kad asing terus dikesan tanpa memerlukan pekerja stesen minyak memantau setiap pam secara manual.

“Selepas 1 April ini, sistem secara automatik akan menapis transaksi. Ini juga dapat mengurangkan beban pekerja stesen untuk ‘menjaga’ pam secara fizikal,” katanya.

Beliau menjelaskan, beberapa stesen minyak sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan mekanisme berkenaan dan pelaksanaannya akan dibuat secara berperingkat di seluruh negara.

Walaupun penggunaan kad asing masih dibenarkan, ia hanya boleh digunakan di kaunter dan bukan lagi secara terus di pam minyak.

Ini bermakna pelancong asing atau pengguna yang menggunakan kad luar negara masih boleh membeli petrol, namun perlu berurusan di kaunter stesen minyak bagi tujuan pengesahan dan pemantauan.

KPDN menegaskan bahawa langkah ini bukan bertujuan menyusahkan pengguna asing, sebaliknya bagi memastikan subsidi RON95 benar-benar dinikmati oleh rakyat tempatan yang layak.

Pada masa sama, sistem baharu itu dijangka membantu pihak penguat kuasa membanteras penyalahgunaan subsidi petrol, termasuk kes melibatkan kenderaan asing yang cuba mendapatkan petrol bersubsidi secara tidak sah.

Perubahan ini dijangka memberi kesan besar terutama di kawasan sempadan dan lokasi tumpuan pelancong asing, di mana isu penyalahgunaan RON95 sering menjadi perhatian.

Bagi rakyat Malaysia, penggunaan kad tempatan dan MyKad dijangka menjadi elemen penting dalam sistem baharu ini bagi memastikan transaksi di pam berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Continue Reading

Trending