SEMASA
Inisiatif Sukan Rahmah 2023: Tawaran Diskaun Peralatan Sukan Sehingga 30%

Inisiatif Sukan Rahmah 2023: Tawaran Diskaun Peralatan Sukan Sehingga 30%
Inisiatif Sukan Rahmah adalah merupakan sebuah program kesinambungan daripada Program Payung Rahmah yang telah diperkenalkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Ia adalah sebagai salah satu inisiatif jangka pendek untuk mengurangkan beban sara hidup golongan B40.
Baca info lebih lanjut mengenainya di bawah.
Inisiatif Sukan Rahmah
Program Inisiatif Sukan Rahmah ini telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh di AEON BiG Klang pada 1 Ogos 2023 yang lalu.
Program ini bertujuan untuk menyokong aktiviti sukan di Malaysia, selain mempromosikan sukan tempatan dan membina hubungan yang lebih kukuh di dalam komuniti.
Melalui program ini juga, golongan kurang berkemampuan akan mendapat lebihan akses untuk memiliki peralatan sukan sekaligus membantu mereka memperkembangkan bakat sukan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Program yang diusahakan bersama AEON BiG ini turut menyediakan lebih daripada 100 jenis peralatan dan pakaian sukan yang akan diberi diskaun sehingga 30 peratus.
BACA JUGA: Pakej 5G RAHMAH – Pelan Data Postpaid & Promosi Telefon Pintar 5G
Tempoh promosi
Program ini dilaksanakan di kebanyakan cawangan Pasar Raya AEON Big di seluruh Malaysia dari 1 Ogos hingga 14 Oktober 2023.
Sepanjang tempoh promosi ini, pihak AEON Big yang merupakan syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia akan menawarkan pelbagai peralatan sukan dengan harga yang rendah untuk tempoh tertentu.
Jenis-jenis peralatan sukan
Dalam program ini, lebih 100 jenis peralatan dan pakaian sukan yang akan mendapat tawaran sehingga 30% harga potongan.
Berikut adalah antara peralatan sukan yang ditawarkan:
- Peralatan Yoga
- Rangkaian Aksesori / Peralatan Kecergasan
- Rangkaian Bola Sepak dan Bola Keranjang
- Raket Badminton
- Basikal 12-16 Inci
- Helmet Basikal dengan Set Perlindungan
- Kolam Mini
- Papan Renang
- Pakaian Sukan
NOTA: Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk mengetahui jenis barangan sukan dan harga promosi yang ditawarkan.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila rujuk laman web rasmi AEON Big atau cawangan AEON Big berdekatan dengan anda untuk maklumat yang lebih lanjut.
Atau, rujuk laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan di pautan berikut: https://www.kbs.gov.my/arkib-berita-kbs/5498-program-inisiatif-sukan-rahmah.html
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.