Connect with us

Kisah

Reen Rahim berharap peminat dapat mendoakan yang baik-baik buat dirinya, ramai berharap supaya dia kekal istiqamah dengan imej berhijab Selepas Balik Umrah

Published

on

fvbdfzfb

Reen Rahim berharap peminat dapat mendoakan yang baik-baik buat dirinya, ramai berharap supaya dia kekal istiqamah dengan imej berhijab Selepas Balik Umrah

Berkongsi beberapa posting sepanjang menunaikan ibadah umrah dengan penampilan tertutup pelakon Reen Rahim di Tanah Suci mengundang perhatian peminat dan pengikutnya di laman Instagram yang dipenuhi dengan komen positif. Pelakon berusia 34 tahun itu membuatkan orang ramai berharap supaya dia kekal dengan imej berhijab sebaik tiba di tanah air nanti.

klik di sini ke instagram Reen Rahim

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu kelihatan lebih cantik dan manis apabila mengenakan penampilan seperti itu selain berharap agar dia kekal istiqamah.

OIF

Memetik laporan Kosmo! Online, Reen bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut namun berharap peminat dapat mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Reen Rahim Moh0n

“Maaf, saya tidak mahu komen apa-apa. Saya mohon doakan yang baik-baik sahaja.
“Saya sangat bersyukur. Allah SWT jemput saya dan kedua-dua orang tua untuk lihat sendiri betapa indahnya suasana di Mekah. Alhamdulillah,” katanya bakal pulang ke Malaysia pada hari esok.

th

Mengikut perancangan asal, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim hanya mahu menghantar ibu bapanya ke lapangan terbang sahaja namun terdetik hati untuk sama-sama berangkat ke sana.

Sumber: Instagram Reen Rahim , Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.