Connect with us

Petua

Cara Mudah DIY Racun Organik Halau Seranga Perosak Daun.

Avatar of majalahilmu

Published

on

Cara Mudah DIY Racun Organik Halau Seranga Perosak Daun.

Cara Mudah DIY Racun Organik Halau Seranga Perosak Daun.

Bila dah nampak tanda-tanda yang ada serangga perosak di tanaman anda, kena cepat-cepat cari penyelesaiannya supaya tak memudaratkan tanaman nanti.

Masalah serangga perosak ni boleh jadi kat mana-mana saja, Begitu juga buat yang bercucuk tanam di rumah. Kehadiran serangga perosak dianggan sebagai satu permasalahan yang perlu diselesaikan segera agar tanaman tidak terjejas dan menyebabkan kerugian dari hasil titik peluh sendiri.

18447114 1065759203556531 605380050451880208 n

Penggunaan racun merupakan solusi paling mudah dan berkesan. Tetapi, pemilihan racun juga memainkan peranan dan boleh memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.

Antara racun kimia dan racun organik, mana satu pilihan anda?

Selain harganya yang agak mahal, racun kimia juga merbahaya buat manusia dan persekitaran.

Jadi, bukankah lebih baik untuk menggunakan racun organik yang lebih terjamin dan juga menjimatkan kerana anda boleh buat sendiri racun organik mengikut resepi ini. Selamat Mencuba!

Resipi Racun Organik

Bahan A :

  • Bawang putih – 1 labu
  • Cili padi – 6 biji
  • Air – 500 mL (satu botol minuman biasa)

Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.

Bahan B :

Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) – 1 sudu makan
Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) – 1 sudu teh

Alatan yang diperlukan :

  • Penapis
  • Penyembur – 1.5 L

(Boleh juga beli alatan di sini)

Cara-caranya :

  1. Kisar semua bahan A dalam pengisar (blender).
  2. Seterusnya tapis bahan A dan ambil patinya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja
  3. Simpan pati di dalam bekas dan masukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama

Cara Penggunaan :

  1. Masuk 100 ml pati dan bahan B ke dalam penyembur
  2. Isi air penuh botol penyembur (1.5 L)
  3. Goncang sehingga semua bahan sebati
  4. Sembur sampai basah daun terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.
  5. Jika pokok tiada masalah serangga, sembur seminggu sekali sebagai kawalan.

Perhatian :

Sembur sikit dahulu pada satu pokok. Ini kerana ada pembaca Kebun Bandar yang melaporkan apabila sembur ramuan racun organik ini pada pokoknya menjadi layu. Jika pokok layu, terus siram dengan air biasa sehingga hilang cecair racun organik ini pada pokok.

Kredit : kebunbandar.com

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.