KESIHATAN
Resdung Berkurangan, Urutan Mudah 30 saat untuk Melegakan Resdung.
Resdung ialah satu keadaan di mana seseorang menjadi alergi kepada pelbagai agen persekitaran seperti debu,habuk atau biji-biji debunga atau tumbuh-tumbuhan. Bagaimanapun, resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak bukanlah penyakit genetik. Tetapi masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada penyakit resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul. Lebih satu pertiga daripada pesakit yang mengalami alahan mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami asma.
Resdung, atau dikenali sebagai sinusitis, adalah keradangan pada lapisan sinus. Ia boleh menyebabkan pelbagai gejala yang boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang. Berikut adalah beberapa tanda-tanda resdung yang perlu diperhatikan:
Tanda-tanda Resdung
- Hidung Tersumbat: Salah satu tanda utama adalah hidung yang tersumbat atau berair. Kesukaran bernafas melalui hidung boleh menyebabkan ketidakselesaan yang ketara.
- Lendir Berlebihan: Pengeluaran lendir yang berlebihan dari hidung atau mengalir ke belakang tekak (postnasal drip) adalah gejala biasa resdung. Lendir ini mungkin berwarna kuning atau hijau.
- Sakit atau Tekanan di Wajah: Pesakit sering mengalami sakit atau tekanan di sekitar kawasan dahi, pipi, hidung, dan mata. Rasa sakit ini boleh menjadi lebih teruk apabila membongkok atau berbaring.
- Sakit Kepala: Sakit kepala yang berterusan, terutama di kawasan dahi dan sekitar mata.
- Hilang Deria Bau: Boleh menyebabkan hilangnya deria bau dan rasa, menjadikan makanan dan minuman kurang menyelerakan.
- Batuk: Batuk yang berterusan, terutama pada waktu malam, adalah tanda resdung. Batuk ini biasanya disebabkan oleh lendir yang mengalir ke belakang tekak.
- Demam: Walaupun kurang biasa, demam boleh berlaku jika terdapat jangkitan bakteria pada sinus.
- Nafas Berbau: Nafas berbau atau halitosis sering dikaitkan dengan resdung kerana kehadiran lendir dan bakteria di dalam hidung dan tekak.
- Keletihan: Pesakit resdung sering merasa letih dan lesu akibat daripada keradangan yang berterusan dan kesukaran bernafas.
- Sakit Gigi atau Rahang: Sakit di gigi atau rahang atas boleh berlaku jika sinus yang terletak berhampiran kawasan ini terjejas.
Semua orang ada masalah resdung, cuma yang membezakan sama ada resdung itu serius atau tidak sahaja.
Ketahui Punca dan Tanda-Tanda Anda Sudah Terkena.
Adakah hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin,berhingus terutama pada waktu pagi serta mata sering berair?Jika ya, anda berkemungkinan menghadapi masalah resdung atau sinusitis.
Tahukah anda?
Dengan urutan sahaja masalah resdung anda dapat di kurangkan dengan mudah ?
Untuk fahami lebih lanjut tonton video hasil perkongsian daripada pakar urutan dan pengamal perubatan tradisional, Fitri Saminin ini yang dikongsikan didalam akaun facebook beliau sebagai rujukan.
Menurut beliau sekarang musim hujan ditambahkan sejuk jadi mungkin ada antara kawan-kawan ada masalah RESDUNG, jadi saya buat video tutorial urutan ini
Langkah pertama :
Langkah Pertama, Lakukan memek muka seperti gambar di atas,
Kemudian ambil point di kedua-dua garisan antara hidung, tekan beberapa kali selama 30 minit.
Setelah selesai melakukan langkah di atas, lakukan memek muka seperti gambar di atas sekali lagi.
Kemudian ambil point di tepi garisan di hujung mulut, seperti gambar di atas kemudian picit selama 30 saat.
Dan langkah terakhir:
langkah terakhir ambil point di sebelah kiri dan kanan bahagian hujung mata dan picit perlahan-lahan selama 30 saat.
Tonton Video penuh Di sini :
Menurut beliau,
Sekarang musim hujan ditambahkan sejuk jadi mungkin ada antara kawan-kawan ada masalah hidung jadi saya buat video tutorial urutan ini.
Ikut ja cara saya buat dalam tu video. Jangan banyak tanya berkesan ka tidak. Buat ja dulu dan sendiri rasa perubahan dia.
Harap harap membantu kasi lega sikit hidung kamurang sebab ada yang mengadu sama saya hidung dia tersumbat saja sepanjang musim hujan ni.
Boleh kan begitu?
Majalah ilmu : Bolah la amalkan petua ini, semoga pembaca majalah ilmu mendapat ilmu yang bermanafaat dan di rahmati Allah SWT, Amiin. Jika anda mengalami tanda-tanda penyakit yang berterusan atau teruk, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.