Connect with us

INFO

PTPK Login: Cara Semak Baki Pinjaman PTPK

Published

on

PTPK Login: Cara Semak Baki Pinjaman PTPK

PTPK Login: Cara Semak Baki Pinjaman PTPK ~ PTPK atau Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran diperkenalkan bagi membantu individu yang ingin meningkatkan kemahiran mereka melalui latihan di institusi yang diiktiraf. 

Bagi pelanggan PTPK, adalah penting untuk mengetahui cara semak baki pinjaman PTPK anda untuk memastikan anda boleh merancang kewangan dengan baik.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

PTPK – Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran

Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2006, menyediakan bantuan kewangan untuk membiayai yuran kursus, peralatan, bahan pembelajaran, dan perbelanjaan sara hidup semasa tempoh latihan.

Skim ini bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja tanpa menghadapi beban kewangan yang besar. 

Dengan kadar faedah yang rendah dan syarat pembayaran balik yang fleksibel, PTPK membolehkan peminjam untuk memulakan pembayaran setelah mereka tamat latihan dan mula bekerja.

Sejak penubuhannya, PTPK telah meluluskan lebih daripada 500,000 pinjaman, membantu individu untuk memperoleh kemahiran yang dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan mereka. Ini juga menyokong keperluan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi di Malaysia.

BACA JUGA: Pertama Kali Beli Rumah? Baru Mula Mohon Pinjaman Loan? Ini 7 Tips Sebelum Buat Loan Rumah Perlu Anda Tahu

PTPK Login

Bagi pengguna baru, anda mesti mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh log masuk ke akaun PTPK secara dalam talian. 

Ikut langkah-langkah yang dikongsikan di bawah untuk cara mendaftar akaun PTPK:

Daftar Akaun PTPK – My Perkasa TVET

  1. Untuk mendaftar, layari laman web My Perkasa TVET di pautan berikut: https://myperkasatvet.ptpk.gov.my/portal/ 
  2. Klik butang “DAFTAR” pada bahagian atas sebelah kanan. 
  3. Kemudian, anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan, dan klik Daftar. 
  4. Pastikan no telefon dan emel yang didaftarkan aktif. 
  5. Ikuti arahan seterusnya sehingga akaun anda berjaya di daftarkan. 

Log Masuk – PTPK Login

PTPK

  1. Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh layari portal My Perkasa TVET di pautan berikut: https://myperkasatvet.ptpk.gov.my/portal/ 
  2. Log masuk ke akaun PTPK anda dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan. 

Terlupa Kata Laluan

Sekiranya anda terlupa kata laluan yang telah didaftarkan, klik “Perlukan Bantuan” dan ikuti arahan seterusnya untuk reset semula kata laluan anda. 

No photo description available.

Cara Semak Baki Pinjaman PTP Secara Dalam Talian

Untuk menyemak baki pinjaman PTPK, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web My Perkasa TVET di pautan berikut: https://myperkasatvet.ptpk.gov.my/portal/ 
  2. Seterusnya, log masuk ke akaun anda dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan. Jika anda belum mendaftar, anda perlu mendaftar untuk mendapatkan akaun pengguna terlebih dahulu.
  3. Setelah log masuk, anda akan dapat menyemak rekod pinjaman, transaksi bayaran, tunggakan, baki terkini, pelarasan diskaun dan maklumat-maklumat lain di dalam portal ini. 

Rujuk gambar di bawah untuk mengetahui langkah-langkah menyemak baki pinjaman PTPK dan info lain melalui portal My Perkasa TVET. 

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) PTPK Tahun 2024

Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) boleh dimohon oleh dua golongan:

  1. Golongan lepasan sekolah
  2. Golongan Pekerja

Apa itu Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)?

Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik – Lepasan Sekolah merupakan satu skim pembiayaan latihan kemahiran yang disediakan kepada pelatih yang menyertai Program Latihan Kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan pembangunan Kemahiran (JPK) dan diluluskan oleh PTPK.

Skim pembiayaan ini di sediakan khusus kepada lepasan sekolah ataupun belia yang ingin mengikuti Program Latihan Kemahiran sama ada di peringkat sijil atau diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia 

(DLKM) di pusat-pusat Latihan Awam dan Swasta yang berdaftar dengan PTPK.

Di bawah rancangan Malaysia ke 10 (RMK – 10), perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah diberi tangungjawab unutk menguruskan Dana Pinjaman Peningkatan Kemahiran kepada golongan pekerja. 

Ini bertujuan untuk meningkatkan kelayakan pekerja sama ada secara:

  1. Menjalani latihan semula (Reskilling)
  2. Menjalani latihan kemahiran baru untuk menyokong kemahiran kesedia ada (multiskilling)
  3. Menjalani latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap (Upskilling)
  4. Menjalani latihan kemahiran bagi mendapatkan persijilan dari pengetahuan dan pengalaman kerja.

Elemen Pinjaman Kadar PLK – i

Terdapat 7 elemen pinjaman  PLK-i mengikut kadar yang telah diluluskan oleh PTPK, iaitu:

  1. Yuran latihan: Kadar maksimum yang diluluskan oleh PTPK
  2. Kos Sara Hidup (KSH): Sehingga RM600 sebulan
  3. Takaful: Tertakluk kepada jumlah pinjaman tempoh perlindungan dan umur pemohon
  4. Kos MBOT: Seperti mana yang diluluskan oleh MBOT
  5. Elaun pengangkutan: RM 500 bagi pelatih menetap di semenanjung Malaysia, RM1000 bagi
    pelatih yang menetap di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  6. Elaun komputer riba:Elaun komputer riba sebanyak RM 2500
  1. Pelatih yang mengikuti latihan di peringkat SKM Tahap 1, 2 dan 3 hanya dikhususkan bagi program dalam Sektor Teknologi Maklumat (ICT) sahaja
  2. Pelatih yang mengikuti di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DMK) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
  3. Insentif atau bayaran lain: Kadar maksimum adalah sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah PTPK.

Kriteria Kelayakan Pelatih

Berikut ialah syarat-syarat pelatih pinjaman latihan kemahiran islamik (PKL-i) yang ditetapkan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 15 – 55 tahun pada tahun permohonan
  3. Bukan seorang yang diisytiharkan muflis dan tidak disenari hitam oleh mana – mana institusi kewangan
  4. Sihat tubuh badan
  5. Permohonan dalam kategori Orang kelainan Upaya (OKU) mampu bekerja selepas tamat laihan dan mampu membayar balik pinjaman
  6. Tidak mendapat tajaan daripada mana – mana agensi kerajaan  atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti
  7. Bukan teridir daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana – mana institusi pengajian.
  8. Keutamaan diberikan kepada pelatih yang bukan terdiri daripada golongan pengurusan atau kumpulan profesional.
  9. Bagi pelatih yang sedang bekerja, hendaklah bekerja melebihi (6) bulan dan perlu mengemukakan surat kebenaran daripada majikan untuk mengikuti latihan kemahiran.
  10. Pelatih hendaklah mengikuti latihan di Penyelia Latihan (PL) yang berdaftar dengan PTPK dengan mengikuti kursus Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  11. Bidang kursus kemahiran yang diikuti hendaklah diluluskan oleh PTPK di PL yang berdaftar dengan PTPK

Jenis Elaun Diberikan untuk Tahun 2024 

Di bawah Skim Pinjaman TVET perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, peminjam akan mendapat:

  1. Elaun Komputer Riba (RM2500) 

Jumlah Elaun Komputer adalah sebanyak RM2500 tertakluk kepada:

  • Pelatih yang mengikuti latihan diperingkat SKM Tahap 1, 2, dan 3 hanya dikhususkan bagi program dalam sektor Teknologi Maklumat (ICT) sahaja. 
  • Pelatih yang mengikuti di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  • Tawaran pemberian elaun adalah tertakluk kepada pelatih yang BELUM menerima tawaran ini sahaja

No photo description available.

  1. Elaun Pengangkutan 
  • Bagi pelatih yang menetap di Semenanjung Malaysia: RM500
  • Bagi pelatih yang menetap di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan: RM1000

No photo description available.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut., layari laman web rasmi PTPK di pautan berikut: https://www.ptpk.gov.my/ 

Atau, hubungi talian khidmat pelanggan PTPK di talian: +603-4051 6000. Anda juga boleh hantarkan emel ke alamat berikut untuk sebarang pertanyaan: skillsfund@ptpk.gov.my 

Berkecimpung dalam dunia penulisan sejak 5 tahun yang lalu. Menulis pelbagai jenis artikel terkini untuk panduan rakyat Malaysia.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

INFO

Graduan Ini Dedah Kebaikan Bung Moktar: “Beliau Yang Bayar Yuran Saya…”

Published

on

595105932 1184039860544705 4651545111450175342 n

“Terima Kasih Datuk…” Graduan Kongsi Jasa Bung Moktar Yang Pernah Taja Yuran Pengajian

Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin benar-benar meninggalkan kesan di hati rakyat. Sejak berita beliau menghembuskan nafas terakhir tersebar, media sosial dibanjiri ucapan takziah dan cerita kebaikan arwah yang selama ini tak ramai tahu.

Salah satu kisah yang menyentuh hati datang daripada seorang graduan Sarjana Falsafah bidang Pendidikan Fizik UTM, Siti Hamizah Aspin. Menerusi perkongsian di Thread, dia mendedahkan bahawa Allahyarham pernah menaja yuran semester pertamanya — ketika keluarganya bergelut dengan masalah kewangan.

“Datuk Bung pernah taja yuran Sarjana saya. Yuran pendaftaran pertama memang berat… banyak pahala beliau,” tulisnya.

Wanita itu turut berkongsi bahawa ketika itu ibunya seorang ibu tunggal, dan yuran pendaftaran hampir RM4,000 menjadi beban yang sukar ditanggung.

bung moktar

Dalam hantaran sama, Siti Hamizah menzahirkan rasa terima kasih atas jasa arwah yang disifatkan sebagai manusia yang tak pernah berkira dalam membantu.

“Halalkan apa yang beliau terkurang ya, dia sudah tiada,” tulisnya sebak.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai. Netizen menitipkan kata-kata semangat serta doa agar kebaikan arwah terus mengalir melalui kejayaan individu yang pernah dibantunya.

595105932 1184039860544705 4651545111450175342 n

“Yuran Sarjana UTM memang mahal… besar pahala arwah bantu. Mengalir sampai bila-bila,” komen seorang pengguna.

“Semoga orang yang pernah ditolong, panjangkan pahala arwah dengan menolong orang lain pula,” ujar yang lain.

Kisah ringkas ini menjadi bukti — di sebalik imej tegas dan kontroversi sepanjang kerjaya politiknya, masih ramai yang mengingati Bung Moktar kerana hatinya yang suka membantu dalam diam.

sumber

Continue Reading

INFO

Austin Hub Shopee Express kat mana ?

Published

on

Austin Hub Shopee Express kat mana

Austin Hub Shopee Express merupakan salah satu pusat logistik utama bagi wilayah selatan Malaysia, khususnya di Johor Bahru. Sebagai hab pengedaran yang penting dalam sistem Shopee Express, pusat ini berperanan menyusun, memproses dan mengedarkan bungkusan kepada pelanggan akhir dengan cekap dan sistematik.

Dalam era e-dagang yang berkembang pesat, kewujudan pusat seperti ini adalah kunci utama bagi memastikan pesanan sampai tepat pada masanya — terutamanya ketika musim promosi besar seperti 11.11 dan 12.12.


Lokasi & Alamat Shopee Express Austin Hub

Alamat Rasmi:
Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor, Malaysia

Lokasi ini terletak dalam kawasan perniagaan strategik di Mount Austin, membolehkan akses mudah dari lebuh raya utama serta kawasan perindustrian dan perumahan berdekatan. Bagi pengguna yang mencari Shopee Austin Hub location atau “Shopee Express hub near me”, kawasan ini adalah rujukan utama untuk Johor Bahru.

Austin Hub Shopee Express


Fungsi Austin Hub Shopee Dalam Rangkaian Logistik

Shopee Austin Hub bukan sekadar lokasi transit, sebaliknya ia memegang peranan sebagai nadi pergerakan bungkusan bagi seluruh kawasan Johor Bahru dan sekitarnya. Fungsi utamanya termasuk:

  • Penyusunan & Pemprosesan Bungkusan
    Barangan yang diterima daripada penjual akan disusun berdasarkan destinasi sebelum dihantar kepada pelanggan.

  • Pusat Transit Kawasan Selatan
    Sebagai hab yang sibuk, pusat ini mengendalikan ribuan bungkusan setiap hari untuk diedarkan ke pelbagai lokasi berhampiran.

  • Kemaskini Status Penghantaran
    Melalui sistem Shopee tracking, pengguna boleh menyemak lokasi bungkusan secara masa nyata.

  • Pengurusan Aduan Logistik
    Sekiranya berlaku kelewatan atau isu status tidak dikemas kini, Shopee Express Austin Hub membantu dalam menyelaras penyelesaian masalah bersama CS Shopee.


Waktu Operasi Shopee Express Austin Hub

Austin Hub beroperasi hampir setiap hari bagi memastikan kelancaran proses logistik. Berikut adalah waktu operasinya:

  • Isnin – Sabtu: 9.00 pagi – 8.00 malam

  • Ahad: 10.00 pagi – 6.00 petang

Nota: Waktu operasi mungkin berubah semasa musim cuti atau jualan besar. Adalah disarankan untuk menghubungi pusat ini terlebih dahulu bagi sebarang urusan langsung.


Austin Hub Shopee Contact Number & Sokongan

Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, anda boleh menghubungi:

  • Austin Hub Shopee phone number / contact number: (Maklumat terus tidak dinyatakan secara rasmi – disarankan hubungi pusat sokongan)

  • Shopee CS Hotline (pusat): +603-2777-9222

  • Live Chat: Aplikasi Shopee → Saya → Sokongan Pelanggan → Chat Sekarang

Saranan: Sertakan nombor pesanan dan maklumat berkaitan semasa membuat aduan bagi mempercepatkan proses bantuan.


Perkhidmatan Utama Yang Ditawarkan

Berikut adalah beberapa perkhidmatan logistik yang dikendalikan oleh Austin Hub Shopee Express:

1. Penghantaran ke Johor Bahru & Sekitar

Hab ini menyelia penghantaran ke kawasan bandar, taman perumahan dan daerah-daerah pinggiran sekitar Johor Bahru.

2. Penerimaan Barangan dari Penjual

Penjual boleh menghantar barangan mereka ke hub ini untuk diproses sebelum penghantaran dilakukan kepada pelanggan.

3. Sistem Penjejakan Efisien

Pengguna boleh menyemak status bungkusan mereka secara masa nyata melalui aplikasi Shopee – dikenali sebagai Austin Hub Shopee tracking.

4. Penyelesaian Isu Penghantaran

Jika terdapat sebarang isu seperti kelewatan, status tersangkut, atau bungkusan tidak tiba, hub ini menjadi pusat tindakan bagi siasatan dan pembetulan.


Adakah Anda Boleh Ambil Sendiri Bungkusan di Austin Hub?

Secara umum, pengambilan bungkusan oleh pelanggan secara langsung tidak dibenarkan di Austin Hub. Ini kerana operasi di pusat ini adalah sepenuhnya automatik dan ditadbir secara dalaman oleh Shopee Express. Sekiranya ada arahan khusus untuk pengambilan sendiri, pengguna akan dimaklumkan melalui aplikasi.


Kaitkan Dengan Sistem Shopee Express Secara Umum

Sebagai sebahagian daripada rangkaian logistik Shopee, Austin Hub Shopee Express berfungsi sejajar dengan hab-hab lain seperti:

Ini membolehkan sistem penghantaran Shopee berjalan dengan lancar di seluruh Malaysia — dari pusat pemprosesan hingga ke pintu rumah pengguna.


Soalan Lazim (FAQ)

1. Di manakah Shopee Express Austin Hub terletak?
Di Taman Mount Austin, Johor Bahru – lokasi strategik untuk logistik kawasan selatan.

2. Bolehkan saya mengambil sendiri bungkusan dari Austin Hub Shopee Express?
Tidak, melainkan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Shopee.

3. Apakah nombor telefon untuk Austin Hub Shopee Express?
Tiada nombor rasmi yang disahkan, namun anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan Shopee di +603-2777-9222.

4. Bagaimana cara menjejak bungkusan saya?
Gunakan aplikasi Shopee dan klik pada “Jejak” untuk melihat perkembangan penghantaran.


Kesimpulan Austin Hub Shopee Express

Austin Hub Shopee Express adalah salah satu tunjang utama dalam sistem penghantaran Shopee bagi kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Dengan keupayaan pemprosesan yang tinggi, lokasi yang strategik, dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang efisien, hab ini memainkan peranan penting dalam memastikan bungkusan sampai tepat pada waktunya.

Jika anda mencari SPX service point near me atau berdepan dengan isu penghantaran, hubungi perkhidmatan pelanggan Shopee atau semak melalui sistem penjejakan mereka untuk penyelesaian segera.


Semoga artikel ini membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang fungsi dan peranan Shopee Express Austin Hub dalam pengalaman e-dagang anda.

Rujukan Austin Hub Shopee Express 

Continue Reading

INFO

Shopee Express Johor Jaya kat mana ?

Published

on

Shopee Express Johor Jaya kat mana

Shopee Express Johor Jaya merupakan salah satu hab logistik utama di selatan Semenanjung Malaysia yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan pemprosesan bungkusan untuk pengguna di sekitar kawasan Johor Bahru, khususnya Johor Jaya dan Pasir Gudang.

Melalui perkhidmatan Shopee Express (SPX Express), pengguna Shopee dapat menikmati penghantaran yang lebih pantas, sistem penjejakan masa nyata serta sokongan pelanggan yang responsif. Hal ini sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah atas talian secara menyeluruh.


Kelebihan Menggunakan Shopee Express Johor Jaya

Dengan menggunakan Shopee Express Johor Jaya, pelanggan akan mendapat manfaat seperti:

  • Penghantaran Efisien & Tepat Masa
    Bungkusan diproses dan dihantar lebih cepat berbanding perkhidmatan kurier biasa.

  • Sistem Penjejakan Masa Nyata (Real-Time Tracking)
    Status penghantaran boleh disemak melalui aplikasi Shopee untuk Shopee Express Johor Jaya tracking.

  • Maklumat Penghantaran Terperinci
    Anda akan menerima notifikasi tentang status pesanan – dari pemprosesan sehingga sampai ke pintu rumah.

  • Perkhidmatan Pelanggan Berpusat
    Bantuan mudah melalui talian hotline, Live Chat atau media sosial.

Kesemua ciri ini menjadikan Shopee Express pilihan utama untuk penghantaran yang cepat, mudah dan meyakinkan.


Alamat Shopee Express Johor Jaya

Berikut adalah butiran lengkap mengenai lokasi pusat penghantaran di kawasan ini:

  • Alamat Rasmi:
    40, Jalan Sri Plentong 8, Taman Perindustrian Sri Plentong, 81750 Masai, Johor

  • https://maps.app.goo.gl/G6oT6nfxG4DuNNi1A

Shopee Express Johor Jaya

Bagi pengguna yang mencari Shopee Express Johor Jaya address atau arah ke lokasi, anda boleh rujuk melalui Google Maps dengan carian lokasi tepat:
👉 SPX Express Johor Jaya Hub


Waktu Operasi Shopee Express Johor Jaya

Hari & Waktu Operasi:

  • Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 5.00 petang

  • Sabtu & Ahad: Tutup

Waktu operasi ini membolehkan pengguna merancang penghantaran atau sebarang pertanyaan berkaitan semasa hari bekerja.


Shopee Express Johor Jaya Contact Number

Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, berikut adalah maklumat perhubungan:

  • Shopee Express Johor Jaya phone number (tempatan): 016-941 4848

  • Khidmat Pelanggan SPX Express (pusat): +603-2777 9222
    (Juga dikenali sebagai SPX Express contact number)

Pastikan anda menyediakan nombor pesanan semasa membuat pertanyaan untuk mempercepatkan proses semakan.


Adakah Anda Boleh Ambil Bungkusan Sendiri di Johor Jaya?

Walaupun lokasi ini merupakan hub logistik, pengambilan sendiri oleh pelanggan kebiasaannya tidak dibenarkan, kecuali jika dimaklumkan oleh pihak kurier atau pusat logistik. Ini kerana operasi di sini berskala besar dan tertumpu kepada penyusunan serta penghantaran automatik.


Penjejakan Bungkusan Shopee Express (SPX)

Untuk menyemak status penghantaran, anda boleh menggunakan fungsi Shopee Express tracking melalui:

  1. Aplikasi Shopee → Saya → Dipesan → Jejak

  2. Masukkan nombor resit (resi) untuk mendapatkan maklumat terkini.

Jika status penghantaran tidak berubah lebih daripada 2–3 hari, anda boleh hubungi Shopee Express Johor Jaya number di atas atau terus melalui Live Chat dalam aplikasi.


Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah Shopee Express Johor Jaya dibuka hujung minggu?
Tidak. Pusat ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

2. Bagaimana untuk mengesan bungkusan saya?
Gunakan fungsi penjejakan dalam aplikasi Shopee. Masukkan nombor pesanan untuk kemas kini masa nyata.

3. Di mana lokasi pusat ini?
40, Jalan Sri Plentong 8, Taman Perindustrian Sri Plentong, Masai, Johor.

4. Bagaimana jika bungkusan saya hilang?
Hubungi Shopee Express melalui nombor pusat atau Live Chat untuk membuat aduan dan permohonan refund jika perlu.


Kesimpulan

Shopee Express Johor Jaya adalah antara pusat penghantaran penting bagi memastikan pengguna di kawasan Johor menerima pesanan mereka dengan cepat dan teratur. Dengan kelebihan seperti sistem penjejakan masa nyata, perkhidmatan pelanggan cekap dan kemudahan lokasi, Shopee Express terus memperkukuh reputasinya dalam dunia e-dagang Malaysia.

Jika anda memerlukan panduan berkaitan SPX Express near me atau pusat logistik lain seperti Geo First Mile Hub dan First Mile Hub, anda boleh rujuk artikel berkaitan untuk pemahaman menyeluruh.


Semoga artikel ini membantu anda menyelesaikan persoalan berkaitan penghantaran Shopee Express di Johor Jaya.

Continue Reading

Trending