INFO
Cara Check Balance Digi (Check Balance, Kredit, Data Internet & Semak Baki melalui Aplikasi)

Cara Check Balance Digi (Check Balance, Kredit, Data Internet, & Semak Baki melalui Aplikasi)
Baki kredit yang tidak mencukupi atau telah tamat tempoh boleh menyebabkan kesukaran kepada penggunanya. Oleh itu, membuat semakan baki dalam tempoh tertentu adalah amat penting untuk mengelakkan hal-hal sedemikian berlaku.
Bagi pengguna DIGI, anda boleh menyemak baki kredit anda menggunakan beberapa cara dengan mudah.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai cara check balance digi menggunakan aplikasi MyDigi, sms dan lain-lain.
Digi Malaysia
DiGi.Com Berhad memulakan operasinya pada Mei 1995 sebagai penyedia perkhidmatan GSM digital pertama di Malaysia.
Ia kini dikenali sebagai CelcomDigi Berhad, hasil penggabungan antara DiGi.Com Berhad dan Celcom sejak 30 November 2022.
Penggabungan dengan Celcom bertujuan untuk mencipta syarikat telekomunikasi yang lebih kuat dan berdaya saing di pasaran.
Setelah penggabungan, CelcomDigi menjadi penyedia perkhidmatan tanpa wayar terbesar di Malaysia, dengan 20.3 juta pelanggan pada akhir suku keempat 2022
Pemilik utama CelcomDigi adalah Axiata dan Telenor, masing-masing memegang 33.1% saham syarikat.
BACA JUGA: Check Balance Umobile (Check Baki Umobile Kredit, Data)
Pelan Prabayar Digi
Berikut ialah antara pelan Prabayar Digi yang tersedia:
1. Digi Prepaid NEXT

Produk prabayar utama Digi’s yang memenuhi keperluan pelanggan bertumpu data, menyediakan akses kepada Internet mudah alih berkelajuan tinggi tanpa sekatan kelajuan daripada harga permulaan mudah RM15/bulan ke atas.
2. Digi Prepaid Raja Kombo

Digi Prabayar Raja Kombo ialah produk prabayar utama Digi yang direka untuk pekerja asing yang menetap di Malaysia, terutamanya dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, India, Myanmar, Pakistan, Filipina, Vietnam, Thailand dan China. Walau bagaimanapun, rancangan itu juga tersedia untuk semua rakyat Malaysia.
3. Digi RDY Gaming

Pelan Permainan Digi RDY (disebut ‘ready’) menyediakan pemain dengan pengalaman permainan tanpa had yang sentiasa aktif dengan internet semua akses berkelajuan tinggi 50GB. Pelanggan pelan ini menikmati internet keutamaan tinggi dengan ping responsif super dan kependaman rendah.
4. Pakej Rahmah Prabayar Digi
Pakej Rahmah Prabayar Internet Mudah Alih (Pakej Rahmah) adalah tawaran prabayar khas yang direka untuk rakyat Malaysia.
Ia bertujuan untuk bagi menangani peningkatan kos sara hidup dengan memenuhi keperluan untuk perkhidmatan komunikasi asas yang penting, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos ketersambungan bagi mereka yang memerlukan, dengan tempoh sah laku yang lebih lama (180 hari = 6 bulan).

Pakej ini tertakluk kepada Terma dan Syarat oleh setiap Operator Rangkaian Mudah Alih yang mengambil bahagian dalam tawaran ini iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications.
Pengguna boleh menikmati 30GB Internet dengan kelajuan sehingga 3mbps selama 180 hari. Dengan pakej ini, pengguna boleh terus berhubung dan melakukan aktiviti komunikasi penting harian mereka dalam talian seperti untuk tujuan pembelajaran, mengakses dan menghantar emel, pemesejan segera, melayari laman sesawang, melayari media sosial dan lain-lain.
Pakej Rahmah terbuka kepada:
- Belia (30 tahun dan ke bawah)
- Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
- Kumpulan Berpendapatan B40
- Pesara Polis, Pesara Tentera, Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
- Orang Kurang Upaya
NOTA: Bagi kategori belia, warga emas dan kumpulan berpendapatan B40, kelayakan adalah secara automatik. Manakala bagi kategori lain yang dinyatakan di atas, anda perlu mengesahkan kelayakan secara manual.
BACA JUGA: Pakej 5G RAHMAH – Pelan Data Postpaid & Promosi Telefon Pintar 5G
Cara Check Balance Digi
1. Check Balance Digi Melalui Aplikasi MyDigi
Cara Check Balance Digi yang paling mudah ialah melalui aplikasi MyDigi. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui:
- Google Play – Bagi pengguna Android
- App Store – Bagi pengguna iOS
Kemudian, daftar dan log masuk ke akaun anda menggunakan nombor telefon. Baki kredit anda akan dipaparkan dalam aplikasi MyDigi tersebut.
Selain semakan baki, aplikasi MyDigi ini menawarkan pelbagai kemudahan seperti semakan baki penggunaan data, tambah nilai kredit, tambah nilai data internet dan sebagainya.
NOTA: MyDigi adalah sebuah aplikasi layan diri untuk perkhidmatan Digi. Melalui aplikasi MyDigi ini, pengguna boleh menguruskan maklumat akaun, semak & bayar bil, beli pas internet, nikmati ganjaran eksklusif dan sebagainya dengan mudah dan cepat.

2. Check Balance Digi Melalui *126#
Untuk menyemak baki kredit Digi Prabayar anda, anda boleh mendail *126# dan ikut arahan untuk menyemak baki anda.
3. Cara Semak Baki Digi Melalui SMS
Pengguna Digi juga boleh menyemak baki kredit Digi melalui SMS. Cara-caranya ialah:
- Taip ‘BAL’ dan hantar SMS ke nombor 20000
- Baki kredit anda terkini akan dihantar melalui teks mesej.
4. Hubungi No Khidmat Pelanggan
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi 016-221 1800 secara percuma daripada nombor Prabayar Digi anda dan ikut arahan yang diberikan untuk menyemak baki anda.
Cara Semak Baki Internet Digi
Untuk menyemak baki internet Digi pula, anda boleh rujuk kaedah berikut:
1. Semak Baki Internet Digi Melalui Aplikasi MyDigi
Pengguna boleh menyemak kadar penggunaan internet dan baki internet Digi yang tinggal melalui aplikasi MyDigi. Log masuk seperti biasa dan semak baki kuota anda pada bahagian “Internet” atau “Penggunaan Data”.
2. Dial *200*2#
Alternatif lain, anda boleh dial *200*2# diikuti dengan butang panggilan. Mesej ‘pop up’ akan muncul dan menunjukkan baki data internet anda.
Kaedah Tambah Nilai Akaun Prabayar Digi
1. Aplikasi Celcom Life/MyDigi
Celcom Life: Di laman utama > Pilih ‘Tambah Nilai’ > klik ‘Sendiri’ > Pilih jumlah tambah nilai > Pilih kaedah pembayaran > Klik ‘Sahkan’.
MyDigi: Di laman utama > Pilih ‘Tambah Nilai’ > Klik ‘Dalam Talian’ > Pilih jumlah tambah nilai > Masukkan alamat e-mel anda > Klik ‘Bayar Sekarang’.
2. Laman Web CelcomDigi
Pergi ke laman web CelcomDigi > Klik ‘Tambah Nilai Prabayar’ > Masukkan nombor telefon anda > Pilih jumlah tambah nilai > Teruskan dengan pembayaran.
3. Kios CelcomDigi
Cari kios CelcomDigi terdekat dan ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di skrin untuk membeli tambah nilai.
4. e-Dompet/ e-Dagang
Tambahan nilai boleh dibuat di platform berikut:
- Grab
- Shopee
- Lazada
- Boost
- Touch ‘n Go eWallet
- Z City
5. Celcom bluecube/ Digi Store
Kunjungi Celcom bluecube atau Digi Store terdekat untuk menambah nilai.
6. Perbankan dalam talian
Bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank dan CIMB biasanya menawarkan ciri ini dalam aplikasi perbankan mereka. Sila semak aplikasi perbankan pilihan anda untuk tambah nilai akaun prabayar anda.
7. Tambah nilai melalui PIN
Anda boleh tambah nilai dengan cara menggunakan PIN dari kad tambah nilai prabayar Celcom atau Digi, kupon atau baucer. Setiap PIN mengandungi nombor PIN 15 atau 16 digit.
Aplikasi Celcom Life / MyDigi:
- Celcom Life: Pada laman utama > Pilih “Tambah Nilai” > klik “Tambah Nilai melalui Pin” > masukkan nombor PIN > klik “Seterusnya”
- MyDigi: Pada laman utama > “Tambah Nilai” > “PIN” masukkan nombor PIN > “Tambah Nilai”
UMB
Celcom: Dial *122<nombor PIN 16-digit>#
Digi: Dial *123*<masukkan nombor PIN 15 atau 16 digit>#
Sah Tempoh (Validity)
Berikut ialah jumlah hari sah tempoh kredit anda berdasarkan amoun kredit:
Untuk menyemak tempoh sah MyDigi, anda boleh lakukan semakan melalui aplikasi MyDigi.
Bagi menambah hari untuk tempoh sah kredit Digi anda, sila rujuk langkah-langkah yang dikongsikan di bawah:
- Log masuk ke aplikasi MyDigi
- Pilih ‘Reload’, kemudian pilih ‘Validity’, dan seterusnya pilih tempoh sambungan sah yang anda inginkan.
Atau;
- Anda juga boleh melakukannya dengan mendail *128#.
- Kemudian, pilih ‘My Account’, pilih ‘4 Talktime Services’, dan seterusnya pilih ‘3 Super Long Life’.
- Akhir sekali, pilih tempoh sah kredit yang diinginkan.
BACA JUGA: Cara Mudah Buka Akaun Tabung Haji Anak Secara Online, Mudah Dan Cepat
Cara Tukar Pelan ke CelcomDigi

Langkah 1: Sila kemukakan permintaan penukaran ke CelcomDigi melalui saluran berikut:
- Melalui laman web CelcomDigi.
- Kunjungi Celcom bluecube atau kedai Digi terdekat.
Nota:
Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk pendaftaran.
Sila pastikan bahawa:
- Talian anda aktif.
- Anda tidak mempunyai sebarang kontrak aktif dengan penyedia perkhidmatan semasa anda.
- Anda tidak mempunyai bil tertunggak dengan penyedia perkhidmatan semasa anda.
- Nombor telefon mudah alih yang dihantar didaftarkan di bawah kad pengenalan anda dan butiran peribadi anda sepadan dengan yang dimiliki olen penyedia perkhidmatan semasa anda.
- Jika anda mempunyai talian tambahan, pemindahan talian tersebut harus dilakukan bersama dengan talian utama anda.
- Apabila pemindahan anda sedang dalam proses, sila pastikan semua talian tambahan anda menjawab SMS pengesahan pemindahan keluar seperti yang tertera dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Jika anda mempunyai talian tambahan yang tidak mahu bertukar ke Celcom/ Digi, anda perlu memisahkan talian utama dan tambahan anda di penyedia perkhidmatan semasa anda sebelum meminta untuk bertukar ke Celcom/ Digi.
- Jika anda adalah talian tambahan dan ingin bertukar ke Celcom/ Digi, anda perlu mengubah talian anda menjadi talian utama di penyedia perkhidmatan semasa anda sebelum meminta untuk bertukar ke Celcom/ Digi.
Langkah 2: Balas SMS pengesahan pemindahan keluar
- Selepas menerima kad SIM Celcom/ Digi baru anda, jangan masukkan kad SIM tersebut lagi.
- Sila tunggu SMS pengesahan pemindahan keluar dari penyedia perkhidmatan semasa anda dan ikuti arahan untuk membalas.
Penting: Untuk pelanggan Digi, sila bersedia untuk menerima penghantaran anda kerana penerimaan oleh pihak ketiga tidak dibenarkan. Anda perlu menunjukkan kad pengenalan diri untuk tujuan pengesahan. Bungkusan anda akan dikembalikan ke ibu pejabat agensi kurier selepas 2 percubaan penghantaran yang gagal. Sila lakukan pengambilan sendiri dalam tempoh 6 hari bekerja dari tarikh penghantaran terakhir.
- Anda boleh menjejaki penghantaran kad SIM Celcom atau Digi anda dalam talian.
- Aktifkan kad SIM dengan mengimbas kod QR yang terdapat dalam emel “Pesanan Anda Sedang Dalam Perjalanan”.
Langkah 3: Anda akan menerima SMS mengenai status pemindahan nombor anda dalam masa 48 jam.
Langkah 4: Setelah rangkaian anda terputus sambungan dengan penyedia perkhidmatan semasa anda, masukkan kad SIM Celcom/ Digi baru anda.
Maklumat Lanjut & Khidmat Pelanggan Digi

Untuk sebarang maklumat mengenai cara check balance digi dan lain-lain berkaitan perkhidmatan Digi, sila hubungi Khidmat Pelanggan Digi melalui Live Chat di aplikasi MyDigi atau hubungi talian bantuan di 016-2211800.
Semasa menghubungi, jangan lupa maklumkan kepada wakil khidmat pelanggan mengenai langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah.
Harap maklum bahawa mereka mungkin akan meminta anda untuk mengulangi beberapa langkah tersebut sementara mereka melakukan ujian ke atas rangkaian.
Atau, anda juga boleh klik pauatan berikut untuk respon segera (dalam 72 jam): https://bantuan.celcomdigi.com/support/home
Talian Bantuan
Celcom by CelcomDigi
- Domestik: 1111
- Non-Celcom: +6019-6011111
- Luar Negara: *125# (24 jam)
Digi by CelcomDigi
- Domestik: +6016-2211800
- Luar Negara: *125# (24 jam)
INFO
Graduan Ini Dedah Kebaikan Bung Moktar: “Beliau Yang Bayar Yuran Saya…”

“Terima Kasih Datuk…” Graduan Kongsi Jasa Bung Moktar Yang Pernah Taja Yuran Pengajian
Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin benar-benar meninggalkan kesan di hati rakyat. Sejak berita beliau menghembuskan nafas terakhir tersebar, media sosial dibanjiri ucapan takziah dan cerita kebaikan arwah yang selama ini tak ramai tahu.
Salah satu kisah yang menyentuh hati datang daripada seorang graduan Sarjana Falsafah bidang Pendidikan Fizik UTM, Siti Hamizah Aspin. Menerusi perkongsian di Thread, dia mendedahkan bahawa Allahyarham pernah menaja yuran semester pertamanya — ketika keluarganya bergelut dengan masalah kewangan.
“Datuk Bung pernah taja yuran Sarjana saya. Yuran pendaftaran pertama memang berat… banyak pahala beliau,” tulisnya.
Wanita itu turut berkongsi bahawa ketika itu ibunya seorang ibu tunggal, dan yuran pendaftaran hampir RM4,000 menjadi beban yang sukar ditanggung.
Dalam hantaran sama, Siti Hamizah menzahirkan rasa terima kasih atas jasa arwah yang disifatkan sebagai manusia yang tak pernah berkira dalam membantu.
“Halalkan apa yang beliau terkurang ya, dia sudah tiada,” tulisnya sebak.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai. Netizen menitipkan kata-kata semangat serta doa agar kebaikan arwah terus mengalir melalui kejayaan individu yang pernah dibantunya.
“Yuran Sarjana UTM memang mahal… besar pahala arwah bantu. Mengalir sampai bila-bila,” komen seorang pengguna.
“Semoga orang yang pernah ditolong, panjangkan pahala arwah dengan menolong orang lain pula,” ujar yang lain.
Kisah ringkas ini menjadi bukti — di sebalik imej tegas dan kontroversi sepanjang kerjaya politiknya, masih ramai yang mengingati Bung Moktar kerana hatinya yang suka membantu dalam diam.
INFO
Austin Hub Shopee Express kat mana ?

Austin Hub Shopee Express merupakan salah satu pusat logistik utama bagi wilayah selatan Malaysia, khususnya di Johor Bahru. Sebagai hab pengedaran yang penting dalam sistem Shopee Express, pusat ini berperanan menyusun, memproses dan mengedarkan bungkusan kepada pelanggan akhir dengan cekap dan sistematik.
Dalam era e-dagang yang berkembang pesat, kewujudan pusat seperti ini adalah kunci utama bagi memastikan pesanan sampai tepat pada masanya — terutamanya ketika musim promosi besar seperti 11.11 dan 12.12.
Lokasi & Alamat Shopee Express Austin Hub
Alamat Rasmi:
Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Lokasi ini terletak dalam kawasan perniagaan strategik di Mount Austin, membolehkan akses mudah dari lebuh raya utama serta kawasan perindustrian dan perumahan berdekatan. Bagi pengguna yang mencari Shopee Austin Hub location atau “Shopee Express hub near me”, kawasan ini adalah rujukan utama untuk Johor Bahru.
Fungsi Austin Hub Shopee Dalam Rangkaian Logistik
Shopee Austin Hub bukan sekadar lokasi transit, sebaliknya ia memegang peranan sebagai nadi pergerakan bungkusan bagi seluruh kawasan Johor Bahru dan sekitarnya. Fungsi utamanya termasuk:
Penyusunan & Pemprosesan Bungkusan
Barangan yang diterima daripada penjual akan disusun berdasarkan destinasi sebelum dihantar kepada pelanggan.Pusat Transit Kawasan Selatan
Sebagai hab yang sibuk, pusat ini mengendalikan ribuan bungkusan setiap hari untuk diedarkan ke pelbagai lokasi berhampiran.Kemaskini Status Penghantaran
Melalui sistem Shopee tracking, pengguna boleh menyemak lokasi bungkusan secara masa nyata.Pengurusan Aduan Logistik
Sekiranya berlaku kelewatan atau isu status tidak dikemas kini, Shopee Express Austin Hub membantu dalam menyelaras penyelesaian masalah bersama CS Shopee.
Waktu Operasi Shopee Express Austin Hub
Austin Hub beroperasi hampir setiap hari bagi memastikan kelancaran proses logistik. Berikut adalah waktu operasinya:
Isnin – Sabtu: 9.00 pagi – 8.00 malam
Ahad: 10.00 pagi – 6.00 petang
Nota: Waktu operasi mungkin berubah semasa musim cuti atau jualan besar. Adalah disarankan untuk menghubungi pusat ini terlebih dahulu bagi sebarang urusan langsung.
Austin Hub Shopee Contact Number & Sokongan
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan, anda boleh menghubungi:
Austin Hub Shopee phone number / contact number: (Maklumat terus tidak dinyatakan secara rasmi – disarankan hubungi pusat sokongan)
Shopee CS Hotline (pusat): +603-2777-9222
Live Chat: Aplikasi Shopee → Saya → Sokongan Pelanggan → Chat Sekarang
Saranan: Sertakan nombor pesanan dan maklumat berkaitan semasa membuat aduan bagi mempercepatkan proses bantuan.
Perkhidmatan Utama Yang Ditawarkan
Berikut adalah beberapa perkhidmatan logistik yang dikendalikan oleh Austin Hub Shopee Express:
1. Penghantaran ke Johor Bahru & Sekitar
Hab ini menyelia penghantaran ke kawasan bandar, taman perumahan dan daerah-daerah pinggiran sekitar Johor Bahru.
2. Penerimaan Barangan dari Penjual
Penjual boleh menghantar barangan mereka ke hub ini untuk diproses sebelum penghantaran dilakukan kepada pelanggan.
3. Sistem Penjejakan Efisien
Pengguna boleh menyemak status bungkusan mereka secara masa nyata melalui aplikasi Shopee – dikenali sebagai Austin Hub Shopee tracking.
4. Penyelesaian Isu Penghantaran
Jika terdapat sebarang isu seperti kelewatan, status tersangkut, atau bungkusan tidak tiba, hub ini menjadi pusat tindakan bagi siasatan dan pembetulan.
Adakah Anda Boleh Ambil Sendiri Bungkusan di Austin Hub?
Secara umum, pengambilan bungkusan oleh pelanggan secara langsung tidak dibenarkan di Austin Hub. Ini kerana operasi di pusat ini adalah sepenuhnya automatik dan ditadbir secara dalaman oleh Shopee Express. Sekiranya ada arahan khusus untuk pengambilan sendiri, pengguna akan dimaklumkan melalui aplikasi.
Kaitkan Dengan Sistem Shopee Express Secara Umum
Sebagai sebahagian daripada rangkaian logistik Shopee, Austin Hub Shopee Express berfungsi sejajar dengan hab-hab lain seperti:
Ini membolehkan sistem penghantaran Shopee berjalan dengan lancar di seluruh Malaysia — dari pusat pemprosesan hingga ke pintu rumah pengguna.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Di manakah Shopee Express Austin Hub terletak?
Di Taman Mount Austin, Johor Bahru – lokasi strategik untuk logistik kawasan selatan.
2. Bolehkan saya mengambil sendiri bungkusan dari Austin Hub Shopee Express?
Tidak, melainkan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Shopee.
3. Apakah nombor telefon untuk Austin Hub Shopee Express?
Tiada nombor rasmi yang disahkan, namun anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan Shopee di +603-2777-9222.
4. Bagaimana cara menjejak bungkusan saya?
Gunakan aplikasi Shopee dan klik pada “Jejak” untuk melihat perkembangan penghantaran.
Kesimpulan Austin Hub Shopee Express
Austin Hub Shopee Express adalah salah satu tunjang utama dalam sistem penghantaran Shopee bagi kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Dengan keupayaan pemprosesan yang tinggi, lokasi yang strategik, dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang efisien, hab ini memainkan peranan penting dalam memastikan bungkusan sampai tepat pada waktunya.
Jika anda mencari SPX service point near me atau berdepan dengan isu penghantaran, hubungi perkhidmatan pelanggan Shopee atau semak melalui sistem penjejakan mereka untuk penyelesaian segera.
Semoga artikel ini membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang fungsi dan peranan Shopee Express Austin Hub dalam pengalaman e-dagang anda.
INFO
Shopee Express Johor Jaya kat mana ?

Shopee Express Johor Jaya merupakan salah satu hab logistik utama di selatan Semenanjung Malaysia yang berfungsi sebagai pusat penghantaran dan pemprosesan bungkusan untuk pengguna di sekitar kawasan Johor Bahru, khususnya Johor Jaya dan Pasir Gudang.
Melalui perkhidmatan Shopee Express (SPX Express), pengguna Shopee dapat menikmati penghantaran yang lebih pantas, sistem penjejakan masa nyata serta sokongan pelanggan yang responsif. Hal ini sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah atas talian secara menyeluruh.
Kelebihan Menggunakan Shopee Express Johor Jaya
Dengan menggunakan Shopee Express Johor Jaya, pelanggan akan mendapat manfaat seperti:
Penghantaran Efisien & Tepat Masa
Bungkusan diproses dan dihantar lebih cepat berbanding perkhidmatan kurier biasa.Sistem Penjejakan Masa Nyata (Real-Time Tracking)
Status penghantaran boleh disemak melalui aplikasi Shopee untuk Shopee Express Johor Jaya tracking.Maklumat Penghantaran Terperinci
Anda akan menerima notifikasi tentang status pesanan – dari pemprosesan sehingga sampai ke pintu rumah.Perkhidmatan Pelanggan Berpusat
Bantuan mudah melalui talian hotline, Live Chat atau media sosial.
Kesemua ciri ini menjadikan Shopee Express pilihan utama untuk penghantaran yang cepat, mudah dan meyakinkan.
Alamat Shopee Express Johor Jaya
Berikut adalah butiran lengkap mengenai lokasi pusat penghantaran di kawasan ini:
Alamat Rasmi:
40, Jalan Sri Plentong 8, Taman Perindustrian Sri Plentong, 81750 Masai, Johor- https://maps.app.goo.gl/G6oT6nfxG4DuNNi1A
Bagi pengguna yang mencari Shopee Express Johor Jaya address atau arah ke lokasi, anda boleh rujuk melalui Google Maps dengan carian lokasi tepat:
👉 SPX Express Johor Jaya Hub
Waktu Operasi Shopee Express Johor Jaya
Hari & Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu & Ahad: Tutup
Waktu operasi ini membolehkan pengguna merancang penghantaran atau sebarang pertanyaan berkaitan semasa hari bekerja.
Shopee Express Johor Jaya Contact Number
Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, berikut adalah maklumat perhubungan:
Shopee Express Johor Jaya phone number (tempatan): 016-941 4848
Khidmat Pelanggan SPX Express (pusat): +603-2777 9222
(Juga dikenali sebagai SPX Express contact number)
Pastikan anda menyediakan nombor pesanan semasa membuat pertanyaan untuk mempercepatkan proses semakan.
Adakah Anda Boleh Ambil Bungkusan Sendiri di Johor Jaya?
Walaupun lokasi ini merupakan hub logistik, pengambilan sendiri oleh pelanggan kebiasaannya tidak dibenarkan, kecuali jika dimaklumkan oleh pihak kurier atau pusat logistik. Ini kerana operasi di sini berskala besar dan tertumpu kepada penyusunan serta penghantaran automatik.
Penjejakan Bungkusan Shopee Express (SPX)
Untuk menyemak status penghantaran, anda boleh menggunakan fungsi Shopee Express tracking melalui:
Aplikasi Shopee → Saya → Dipesan → Jejak
Masukkan nombor resit (resi) untuk mendapatkan maklumat terkini.
Jika status penghantaran tidak berubah lebih daripada 2–3 hari, anda boleh hubungi Shopee Express Johor Jaya number di atas atau terus melalui Live Chat dalam aplikasi.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah Shopee Express Johor Jaya dibuka hujung minggu?
Tidak. Pusat ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.
2. Bagaimana untuk mengesan bungkusan saya?
Gunakan fungsi penjejakan dalam aplikasi Shopee. Masukkan nombor pesanan untuk kemas kini masa nyata.
3. Di mana lokasi pusat ini?
40, Jalan Sri Plentong 8, Taman Perindustrian Sri Plentong, Masai, Johor.
4. Bagaimana jika bungkusan saya hilang?
Hubungi Shopee Express melalui nombor pusat atau Live Chat untuk membuat aduan dan permohonan refund jika perlu.
Kesimpulan
Shopee Express Johor Jaya adalah antara pusat penghantaran penting bagi memastikan pengguna di kawasan Johor menerima pesanan mereka dengan cepat dan teratur. Dengan kelebihan seperti sistem penjejakan masa nyata, perkhidmatan pelanggan cekap dan kemudahan lokasi, Shopee Express terus memperkukuh reputasinya dalam dunia e-dagang Malaysia.
Jika anda memerlukan panduan berkaitan SPX Express near me atau pusat logistik lain seperti Geo First Mile Hub dan First Mile Hub, anda boleh rujuk artikel berkaitan untuk pemahaman menyeluruh.
Semoga artikel ini membantu anda menyelesaikan persoalan berkaitan penghantaran Shopee Express di Johor Jaya.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah





