INFO
Cara Mudah Buka Akaun Tabung Haji Anak Secara Online, Mudah Dan Cepat
Cara Mudah Buka Akaun Tabung Haji Anak Secara Online, Mudah Dan Cepat
Antara tempat simpanan yang biasa menjadi pilihan ibu bapa adalah Tabung Haji kerana ia menawarkan pelbagai faedah dan patuh syariah. Tabung Haji adalah salah satu institusi kewangan yang boleh membuat simpanan seperti bank-bank lain juga. Begitu juga Amanah Saham Bumiputera (ASB). Oleh itu, bagi ibu bapa yang berkira-kira nak menyimpan duit anak di Tabung Haji, perkongsian Areefah Ahmad boleh dijadikan panduan.
CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ANAK SECARA ONLINE
Baru lepas buka akaun baby secara atas talian, kemudian sekejap sahaja pergi activate di cawangan. Call customer service dia pun tak perlu tunggu berjam-jam untuk jawab. Dia guide macam mana nak bukak akaun anak under pemegang akaun Official : Lembaga Tabung Haji.
1. Log masuk apps Thijari atau link https://www.thijari.com.my
2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’. Isi details lengkap dan submit.
3. Once dah siap hantar, akan terima emel pengesahan.
**Kalau keluar macam ni, kena update profile dulu. Tukar tittle tu kepada ‘puan’. Nak update profile takleh guna apps, kena guna website https://www.thijari.com.my
4. Pergi ke cawangan yang dipilih, bawa
– Surat beranak anak & salinan
– MyKid anak & salinan
– IC pendaftar (ibu/bapa) & salinan
– Deposit akaun pembukaan (Minima RM10, dan kalau RM1,310.00 boleh terus daftar haji)
* bagi baby yang lahir 2021 dan tak ada MyKid lagi, just bawak surat beranak je.
5. Daftar di kaunter, siap. Tak sampai 5 minit pun untuk dia sahkan dokumen.
Semalam buat di IFIC – Islamic Financial Services Center, Putrajaya tak ramai orang pun. Laju je. Boleh walk-in.
Boleh check status dan akaun anak dalam apps thijari tu juga.
Sekarang dah tak dapat buku akaun TH. Kalau tengok dekat resit no giliran tu, ada tulis senarai bank yang boleh linked dengan TH. So untuk cash in or cash out boleh guna bank-bank yang dalam senarai (Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Malaysia)
Untuk linked kan ke Maybank2u, bukak maybank2u.com.my > apply > services > Link Tabung Haji Account.
Nak tengok jumlah duit dalam akaun boleh tengok bahagian wealth. Untuk transfer online, tekan pay & transfer > tabung haji.
Kredit: Facebook Areefah Ahmad
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.