INFO
Ahli Astronomi Mengeluarkan Amaran Mengenai Keadaan Matahari Yang Dikatakan Kini Tidak Stabil
Ahli Astronomi Mengeluarkan Amaran Mengenai Keadaan Matahari Yang Dikatakan Kini Tidak Stabil
Laporan laman berita Wion News berkata, Ahli-ahli astronomi mengeluarkan amaran mengenai keadaan Matahari yang dikatakan kini tidak stabil. Keadaan itu berlaku selepas letusan sebutir bintang yang dikenali sebagai Bintang Naga atau EK Draconis. Bintang kerdil itu terletak pada jarak 110.71 tahun cahaya dari Bumi. Cahaya bergerak pada kelajuan 300,000 kilometer sesaat
Saintis-saintis sebelum ini menyatakan bahawa suar suria menghamburkan jisim yang mempengaruhi alam sekitar di Bumi.
“Penghamburan jisim ini secara teori boleh juga berlaku pada Matahari kita. Pemerhatian ini dapat membantu kami untuk lebih memahami bagaimana peristiwa serupa mempengaruhi Bumi, malah Planet Marikh sejak berbilion-bilion tahun lalu,” kata pengarang bersama kajian itu, Yuta Notsu dari Makmal Fizik Atmosfera dan Angkasa Lepas (LASP).
Kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal Nature, menunjukkan bahawa bintang merah kerdil jenis M adalah tidak stabil seperti yang disangkakan sebelum ini. Bintang-M merujuk kepada bintang yang banyak terdapat di cakerawala dan bintang paling kecil yang mempunyai bahan bakar hidrogen. Bintang jenis ini biasanya mempunyai jisim sekitar 0.6 kali ganda berbanding jisim Matahari.
Bagaimanapun, matahari kelihatan kurang aktif daripada bintang serupa dari segi variasi kecerahan yang disebabkan oleh tompok matahari dan fenomena lain.
Penyelidik-penyelidik berkenaan berkata kelmarin bahawa mereka melakukan kajian terhadap 369 bintang yang serupa dengan matahari untuk melihat suhu permukaan, saiz, dan tempoh putarannya. Kajian itu menunjukkan bintang-bintang tersebut secara purata memaparkan perbezaan kecerahan lima kali ganda lebih banyak daripada Matahari.
Matahari mengambil masa kira-kira 24 hari setengah untuk melengkapkan putaran pada paksinya.
‘’Perubahan kecerahan ini disebabkan oleh bintik-bintik gelap pada permukaan bintang yang berputar,’’ kata ahli astronomi, Timo Reinhold dari Institut Penyelidikan Sistem Suria Max Planck di Jerman.
Matahari secara ringkasnya adalah sebiji bola panas terdiri daripada gas hidrogen dan helium. Ia adalah bintang bersaiz biasa yang terbentuk lebih 4.5 bilion lalu dan kini dikatakan mencapai separuh usianya.
Matahari mempunyai diameter sekitar 1.4 juta kilometer, manakala suhu permukaannya adalah kira-kira 5,500 darjah Celsius. – Agensi
Sumber : kosmo
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.