Connect with us

Petua

Potong Pucuk Pokok Kari Untuk Daun Yang Rimbun

Published

on

Add a heading 34

Potong Pucuk Pokok Kari Untuk Daun Yang Rimbun

Pokok Kari

Ramai yang menanam pokok kari dalam pasu di rumah. Tanam satu pokok sudah cukup untuk kegunaan di rumah. Walaupun begitu, apabila ditanam dalam pasu, pokok kari cenderung untuk membesar tetapi tidak rimbun. Satu cara yang boleh diamalkan untuk membuat pokok daun kari menjadi lebih rimbun dan berdaun banyak adalah dengan memotong pucuknya.

Satu petua yang penting dalam penanaman pokok daun kari ialah memotong pucuknya. Tapi mengapa perlu dilakukan demikian?

Pokok Kari

Fungsinya:

1. Untuk mengelakkan pokok daun kari daripada membesar dengan ketinggian yang berlebihan seperti menyerupai pokok tebu dan mempunyai daun yang tidak rimbun.
2. Dengan memotong pucuk, pokok daun kari akan menjadi lebih rimbun seperti pokok bongsai.

Pokok Kari

Selain daripada itu, terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan untuk menjadikan daun pokok kari lebih rimbun:
– Anda boleh menggunakan air baja MSG untuk merimbunkan daun  kari. Campurkan 1 sudu besar Ajinomoto dengan 1 liter air, kemudian semburkan sekali seminggu ke atas pokok dan daunnya. Selepas tiga bulan, anda akan melihat hasilnya, dengan daun yang besar dan banyak.
– Anda juga boleh mengamalkan penyiraman menggunakan air beras dan sisa sayuran atau apa-apa yang boleh menjadi  baja organik.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.