Petua
12 Petua Yang Boleh Diamalkan Dalam Kehidupan Seharian

12 Petua Yang Boleh Diamalkan Dalam Kehidupan Seharian
Petua nenek yang diwarisi dari generasi ke generasi masih sangat relevan hingga kini, terutamanya di kampung-kampung dan kalangan orang-orang tua kita. Kebanyakan petua ini terus diamalkan kerana banyak mak bidan yang masih menggunakannya, menunjukkan keberkesanannya yang berkekalan. Terdapat banyak petua nenek yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kecantikan, serta menjimatkan kos perbelanjaan untuk keperluan harian.
Mari kita lihat beberapa petua nenek yang boleh anda amalkan. Siapa tahu, selepas ini kita dapat menjadikannya sebagai amalan harian!
1. Mandi Awal Pagi
Mandi awal pagi sebelum subuh dapat mengencangkan kulit tubuh dan wajah serta membuat anda lebih awet muda.
2. Minum Air Masak Setiap Pagi
Sebaik sahaja bangun dari tidur, pergilah ke dapur dan minum segelas air. Minum segelas air suam sebelum mandi bagus untuk kesihatan kulit dan pencernaan, serta membantu menjaga kecantikan.
3. Air Mawar Untuk Seri Wajah
Selepas mandi, sapukan air mawar ke kulit wajah dengan sekata. Air mawar dapat meningkatkan seri wajah dan melicinkan kulit, serta mengecilkan pori-pori.
4. Air Beras Untuk Kulit Mulus
Setiap 3 hari anda perlu membasuh muka dengan air basuhan beras kali pertama. Sebelum itu, selawat terlebih dahulu 3 kali. Lakukannya setiap minggu. Membasuh muka dengan air beras dapat mencantikkan kulit wajah dan menaikkan seri.
5. Kurangkan Penyakit Darah Tinggi
Masalah penyakit darah tinggi boleh diatasi dengan meramas asam jawa dengan air panas dan gula merah lalu minum atau anda boleh makan belimbing besi, dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
6. Hilangkan Keputihan
Masalah keputihan sering menganggu golongan wanita. Oleh itu golongan yang ada masalah keputihan boleh mengamalkan ini. Rebus daun pegaga dengan akarnya dan sedikit garam, lalu minum dua kali sehari untuk mengatasi masalah keputihan.
7. Menghilangkan Angin
Angin dalam badan menyebabkan badan kita berasa lemah. Amalkan ini untuk membuang angin dalam badan. Rebus buah mata kucing dengan halia dan gula merah, dan minum ketika suhu air sedikit suam. Amalkan setiap hari sesudah makan. Ini dapat membantu menghilangkan angin dalam tubuh.
8. Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya pada ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat luruh dengan sendiri.
9. Petua Awet Muda
Setiap pagi amalkan baca selawat Nabi di tapak tangan dan raup ke muka dengan niat agar wajah diindahkan seperti wajah Nabi Yusuf A.S.
10. Merahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir sebelum tidur atau pada waktu pagi untuk bibir yang merah semulajadi. Ini membolehkan bibir kelihatan lembab dan kemerahan seperti memakai lipbamb.
11. Penawar Resdung
Kaedah sesuai kepada orang yang ada masalah resdung. Anda perlu Menyedut air ke hidung seperti berwuduk dengan menutup satu lubang hidung kemudian hembuskan dengan kuat, kemudian lakukan perkara yang sama terhadap lubang hidung yang satunya. Lakukan berulang-ulang hingga bersih, dapat membantu mengeluarkan resdung dari hidung.
12. Menghilangkan Bau Mulut
Bagi yang merokok dan yang mempunyai masalah mulut berbau, anda boleh mengamalkan ini. Anda perlukan 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Tumbukkan bahan tersebut sehingga halus. Gosokkan campuran bunga cengkeh dan bawang putih pada gigi, kemudian kumur hingga bersih. Lakukan setiap tiga hari untuk hasil yang berkesan.
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.