Petua
Baja Kompos- Cara Mudah dan Praktikal untuk Meningkatkan Kesuburan Tanah dan Tanaman anda

Baja Kompos- Cara Mudah dan Praktikal untuk Meningkatkan Kesuburan Tanah dan Tanaman anda
Baja Kompos, boleh dibuat sendiri daripada sisa dapur di rumah. Baja kompos akan terhasil dari penguraian bahan organik seperti dedaun kering dan rumput yang mampu memulihkan kesuburan tanah yang rosak akibat penggunaan baja kimia secara berterusan. Pembuatan baja kompos bermula dengan pemahaman asas, kemudian kita boleh menyesuaikannya mengikut bahan, alatan, lokasi, dan masa yang kita ada.
Bahan Utama:
Dalam pembuatan kompos, terdapat istilah “hijau” dan “perang” yang merujuk kepada bahan basah dan kering. Contohnya, bahan hijau termasuk rumput, sisa sayuran, dan tinja haiwan.
Manakala bahan perang termasuk dedaun kering, reranting, sisa kertas dan habuk kayu.
Bahan hijau dan bahan perang ini memainkan peranan penting dalam proses penghasilan kompos. Selain itu, terdapat juga bahan tambahan seperti kulit telur dan tanah bakar.
Cara Membuat Kompos
1. Lapiskan bahan kering dan basah secara selang-seli di atas tanah atau dalam bekas yang sesuai.
2. Siram dengan air sehingga lembab.
3. Bolak-balikkan baja kompos secara berkala, contohnya setiap dua minggu sekali.
4. Semasa proses, kita akan merasakan sisa organik memanas. Suhu biasanya mula meningkat selepas 2-3 hari campuran bahan. Pastikan suhu tidak melebihi 50-60 oC. Jika terlalu panas, perlu bolak-balik kembali sisa organik.
5. Kompos siap apabila bahan yang terhasil tiada lagi rupa asal dan berwarna perang. Selain itu, bau bahan juga akan seperti tanah. Tempoh masa penghasilan kompos bergantung kepada jumlah bahan yang dimasukkan. Jika cukup nisbah bahan kering dan basah maka sekitar 4-6 bulan anda boleh mula memporoleh kompos.Daripada semua sisa organik yang kita gunakan, ianya akan susut sehingga tinggal 30 peratus sahaja. Contohnya jika kita masukkan 10kg sisa, maka kita akan dapat 3kg kompos di akhir proses.
Faedah dan Kebaikan Kompos
– Memperbaiki struktur tanah
– Membekalkan nutrien kepada tanaman
– Meningkatkan penyerapan air dan saliran air tanah
– Menggalakkan pertumbuhan mikrob dan cacing tanah
– Penjimatan kos pembajaan berbanding dengan baja kimia dalam jangka masa panjang.
Anda boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah. Selamat mencuba!
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA6 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.