Connect with us

Kisah

Polis wanita sanggup memikul seorang lelaki sakit tak sedarkan diri bawa ke hospital

Published

on

gby 1

Polis wanita sanggup memikul seorang lelaki sakit tak sedarkan diri bawa ke hospital

Seorang pegawai polis wanita sanggup memikul seorang lelaki ke hospital. Melalui video yang dipercayai dirakam orang awam, Inspektor Rajeshwari, tidak teragak-agak memberikan bantuan kepada seorang lelaki yang ditemuinya di sebuah tanah perkuburan di Kilpauk.

Dalam satu kejadian di Chennai, India itu, lelaki terbabit dipercayai telah ditimpa hujan lebat dan sakit hingga tidak sedarkan diri.

Dia yang dikenali sebagai Udhaya bekerja di tanah perkuburan berkenaan.

rasjesh2 2

Lapor India.com, Rajeshwari dikatakan terlibat dalam proses menyelamat dan memberikan bantuan selepas bandar itu dilanda banjir susulan monsun.

Menerusi video tular itu, Rajeshwari turut membersihkan pokok tumbang yang mengganggu lalu lintas.

Malah dilaporkan wanita itu turut memberikan bantuan makanan dan tempat tinggal kepada mangsa yang terlibat banjir dan hujan lebat.

rasjesh2 1

Tamil Nadu dilanda hujan lebat yang ekstrem dan ibu kota Chennai telah mengalami kesan paling teruk apabila banjir dilaporkan sehingga paras lutut yang menyebabkan kerosakan.

Dilaporkan kira-kira 14 orang meninggal dunia di sana susulan hujan lebat.

Hebatnya Rajeshwari, begitu bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas membantu masyarakat ketika negaranya dilanda bencana.
Semoga ia menjadi inspirasi buat kita semua.

Sumber: India.com

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.