Connect with us

Resepi Viral

Hanya Dengan Sendiri Membuat Pisang Goreng Rangup Rasanya Macam Beli Di Gerai, Peniaga Otai Berkongsi Rahsia Tips Bancuh Tepung

Published

on

Hanya Dengan Sendiri Membuat Pisang Goreng Rangup Rasanya Macam Beli Di Gerai Peniaga Otai Berkongsi Rahsia Tips Bancuh Tepung 1

Hanya Dengan Sendiri Membuat Pisang Goreng Rangup Rasanya Macam Beli Di Gerai, Peniaga Otai Berkongsi Rahsia Tips Bancuh Tepung

Di masa PKP ini mahu beli pisang goreng pun tidak banyak gerai yang buka. Jadi jika teringin untuk makan memang kena buat sendiri lah.

Apabila mahu hasilkan pisang goreng yang rangup macam selalu kita beli di gerai, anda juga boleh ikut resepi bancuhan tepung yang dikongsikan dari Yayar B. Awang Noh.

Ini sukatan bancuhan tepung pisang goreng yang rangup

198252223 4626854887343903 5120205276302317976 n

Pada musim PKP ini susah nak makan pisang goreng kan. Dengan ini saya ingin berkongsi resepi tepung pisang goreng yang sedap dan rangup. Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki. Inilah resepi abang saya yang berniaga hampir dari 15 tahun.

Bahan-bahannya adalah:

  1. Tepung beras 3 paket (1.5kg)
  2. Tepung gandum 500g
  3. Gula sesenduk kecil
  4. Garam secubit
  5. Kapur sebesar ibu jari
  6. Telursebiji
  7. Serbuk kunyit satu sudu

194588421 4626854784010580 7662718153744653562 n

  • Bancuh bahan ini dengan air, jangan terlampau cair. Pekat hanya sedang-sedang.
  • Masukkan sahaja pisang yang telah dipotong dalam bancuhan dan langsung goreng dalam minyak yang panas.
  • Bagi yang mahu berniaga pisang goreng pun anda juga boleh guna resepi ini sebab kuantitinya banyak.

Majalah ilmu: Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat mengajar anda sedikit cara untuk membuatnya. Kepada yang mahu berbisnes semoga anda dimurahkan rezeki. Aamiin. Semoga bermanfaat untuk anda.

Selamat mencuba.

Sumber: Yayar B. Awang Noh / Vanillakismis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.