Kisah
Pihak Polis Memburu Seorang Bomoh Yang Memaku Kepala Seorang Wanita Mengandung Sebagai Jaminan Dapat Anak Lelaki
Pihak Polis Memburu Seorang Bomoh Yang Memaku Kepala Seorang Wanita Mengandung Sebagai Jaminan Dapat Anak Lelaki
Pihak polis memburu seorang bomoh yang memaku kepala seorang wanita mengandung sebagai jaminan dirinya akan melahirkan bayi lelaki. Mangsa yang sedang mengandungkan anak perempuan keempat memberitahu kakitangan hospital dia sendiri memaku kepalanya atas nasihat seorang bomoh.
Bagaimanapun, mangsa yang sedang mengandung tiga bulan itu kemudian mengaku bomoh tersebut yang melakukannya. Wanita itu sanggup merelakan dirinya diperlakukan sedemikian kerana bimbang diugut suami yang akan meninggalkan dirinya sekiranya melahirkan seorang lagi bayi perempuan.
Dr. Haider Khan yang merawatnya berkata, ibu kepada tiga anak perempuan itu datang ke Hospital Lady Reading selepas gagal mencabut sendiri paku berkenaan menggunakan playar.
Jelasnya, imbasan X-ray menunjukkan paku sepanjang lima sentimeter itu menembusi bahagian atas dahi wanita tersebut, dan mujur tidak mengenai bahagian otaknya.
“Kita dapati tukul atau objek berat digunakan bagi memasukkan paku ke dalam kepalanya.
“Dia masih sedar sepenuhnya tetapi dalam keadaan terlalu sakit,” katanya.
Ramai bomoh mengambil kesempatan terhadap penduduk di Pakistan dengan mendakwa amalan mereka kononnya berteraskan fahaman Sufi, sedangkan aktiviti mereka dilarang dalam Islam.
Di negara miskin Asia Selatan, anak lelaki dianggap sebagai jaminan keselamatan dan kewangan serta lebih menguntungkan ibu bapa berbanding anak perempuan.
Sumber; BBC
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.