Connect with us

Petua

Menanam Kacang Tanah, Petua Gembur Tanah Yang Keras Supaya Mudah Untuk Bercucuk Tanam

Avatar of majalahilmu

Published

on

Menanam Kacang Tanah Petua Gembur Tanah Yang Keras Supaya Mudah Untuk Bercucuk Tanam

Menanam Kacang Tanah, Petua Gembur Tanah Yang Keras Supaya Mudah Untuk Bercucuk Tanam

Niatnya mahu bercucuk tanam tetapi malangnya tanah di laman rumah pulak keras atau tanah merah yang mahu di cangkul pun susah. Kalau macam ni lah memang tidak hiduplah tanaman.

Apabila keadaan tanah macam ini, jangan putus asa. Masih ada harapan lagi untuk pulihkan tanah ini jadi gembur supaya mudah dan sesuai untuk bercucuk tanam.

Anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Zawiyah Mohid. Caranya untuk tanam kacang tanah!

Mulanya tanah merah, cangkul pun payah

272677 22 54 173961

Syukur alhamdulillah, cuba untuk tanam kacang tanah tepi rumah, bila timbang dapatlah sekitar 6 kilo. Cukuplah makan anak beranak.

Kenapa saya tanam kacang tanah? Kerananya ialah untuk pulihkan tanah agar gembur. Tanah di rumah ni merah awalnya sangat keras, apa lagi bila tak hujan. Memang jadi macam batu.

Masa awal menanam saya terpaksa cangkul tanah keras setakat ada sedikit lekuk pada tanah, kemudian atas lekukkan itu saya bubuh tanah bakar hitam agar benih boleh bercambah dan tumbuh dengan elok.

Kalau tidak letak tanah hitam, harus benih tidak mahu tumbuh sebab keadaan tanah sangat keras.

Akar kacang tanah tanam akan buat ‘kerja’ Menggemburkan tanah

272678 22 56 418215

Saya buat keran saya teringat pesan orang tua saya, katanya kalau mahu gemburkan tanah dan nak bagi tanah elok, hidup maka tanam kacang tanah.

Nanti akar pokok kacang tanah tu buat “kerja” untuk pulihkan tanah agar gembur. Tidak tau apa kelebihan pada akar kacang tanah tu.

Tetapi memang betul, Selepas saya mencabut pokok-pokok kacang, tanah jadi gembur dan mudah mahu cangkul. Saya mahu tanam yang lain pun akan jadi mudah nanti.

272676 22 51 817331

Anda boleh amalkan petua ini ok? kalau tanah di rumah macam ini. Selamat mencuba!

Majalah ilmu: Semoga tips ini dapat membantu anda untuk memudahkan lagi anda menanam di kawasan rumah anda. Selamat mencuba.

Sumber: Vanillakismis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.