Connect with us

Petua

Pewangi Rumah Semulajadi Buatan Sendiri, Tahan Sebulan

Avatar of majalahilmu

Published

on

Pewangi Rumah Semulajadi Buatan Sendiri Tahan Sebulan

Pewangi Rumah Semulajadi Buatan Sendiri, Tahan Sebulan

Kadang kita tak tahan dengan bau rumah akibat mungkin bau masakan yang melekat, bau di tandas dan lain-lain. Tetapi jika selalu beli pewangi kosnya sangat tinggi pula. Disini ada berkongsi tentang pewangi semulajadi alam. Pewangi rumah semulajadi atau potpourri dari buah oren dan gabungan bunga cengkih ini mudah saja nak buatnya. Menariknya sebab boleh tahan sehingga sebulan.

Cikgu Nida berkongsi panduan cara membuatnya bagi bau semerbak mewangikan rumah. Sekaligus cantik nak cantikkan potpourri semulajadi ini.

194652330 4032685400101712 7002664712749207766 n

Kongsinya,

Dapur, tandas atau rumah berbau? Atau inginkan aroma semulajadi mengharumi rumah? Sesekali terbau macam dok dalam rumah kayu tepi hutan gitu.

Again,sekali jatuh cinta dengan baunya,mokcik terus setia. Mokcik dengan cinta kan tak boleh dipisahkan. Potpourri dari bahan alami semulajadi.

Cara Buat Pewangi Rumah Semulajadi

191933429 4032685503435035 3785134895154077041 n

Bahan dan caranya mudah saja:

  • Limau oren
  • Bunga cengkih
  • Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
  • Lidi sate

Untuk buah oren tu,korang jangan pi beli Sunkist lima nam hengget sebiji tu. Tu untuk makan, boleh makan dengan kulit sekali sebab mahai. Hat tu manis yakmat macam mokcik.

Tapi mokcik beli yang sebungkus dalam lima nam hengget jer. Proses mokcik tunjukkan dalam gambarlah. Kang mokcik beleber kat sini korang tak faham.

Kepada yang alah atau tak sukakan bau bunga cengkih, lupakan saja. Asal jangan kau lupakan nama mokcik, sudah.

Rujuk Step Bergambar Ini

200607844 4032684990101753 5001239405789329519 n

Gunakan lidi sate untuk membuat corak diingini.
Cucukkan sedikit untuk membuat lubang bagi memasukkan tangkai bunga cengkih.
Mokcik dah level expert.
Mokcik terus je cucuk bunga cengkih tu.
Tapi kalau korang nak buat macam mokcik,pastikan jari korang demuks macam jari mokcik.

195250008 4032685150101737 7409283970335979516 n

Cucukkan bunga cengkih ke dalam lubang tadi.
Alamak mokcik lupa ambik gambar limau yang mokcik dah siap hias cucuk bunga cengkih ni.

197344825 4032685596768359 3859385819392919016 n

Satu dari corak yang ada.
Kat atas sekali tu korang pacak batang bunga telur tu.
Patahkanlah sikit batang tu. Kang tembus ke bawah tercucuk tangan kau pulak.

Kelebihannya :

Potpourri ini tahan sehingga 3 minggu – 1 bulan tanpa memburuk. Proses merempah semulajadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.

Awet bau ya. Bukan awet muda macam mokcik. Halah..halah..payah nak buang merepek ni.

196913044 4032685270101725 6230822215313252836 n

Ni mokcik gantung kat bilik.air anak bujang.
Kalau depa pi telan limau tu, saja nak kena cuci mangkuk tandas doblas bulan!

  • Boleh pacakkan batang kulit kayu manis juga sebagai tangkai. Baunya lagi perghh..lebih sedap dari bau ketiak ketika berpeluh menyental periuk kuali kat dapur.
  • Bau kesan masakan di dapur boleh dihilangkan.
  • Bau bilik tidur rasa tenang dengan nyalaan lampu malap-malap gitu, bukak pulak ekon. Huh.
  • Bau tandas paling best sebab tempat sejuk dan agak terkurung, so baunya berlegar di dalamnya sahaja.
  • Baunya bakal mempuakakan hidung korang!
  • Mohon jangan boh celah ketiak.
  • Di larang keras pam dalam lubang tandas, hokey!

Majalah ilmu: Semoga dengan perkongsian cara ini dapat menambah ilmu anda cara membuat pewangi semulajadi. Jimat masa, jimat kos dan mudah.

Sumber/Foto : Cikgu Nida / Mingguan wanita

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.