Connect with us

Petua

Menabur Serbuk Cili, Cara-cara Terbaik Elak Kucing Buang Najis Dekat Tanaman Dan Laman Rumah

Avatar of majalahilmu

Published

on

Menabur Serbuk Cili Cara cara Terbaik Elak Kucing Buang Najis Dekat Tanaman Dan Laman Rumah

Menabur Serbuk Cili, Cara-cara Terbaik Elak Kucing Buang Najis Dekat Tanaman Dan Laman Rumah

Serangga dari ulat dan serangga perosak, kehadiran kucing ini juga boleh mendatangkan masalah bagi mereka yang bercucuk tanam.

Kerap terjadi haiwan ini membuang najis dan air kencing dekat dengan tanaman. Bukan saja beri masalah bau tapi juga boleh membuat tanaman terutama anak benih mati. Itu belum masuk kucing-kucing ini siap ‘landing’ tidur atas anak pokok.

Banyak petua diberikan untuk atasi masalah berkaitan dengan bahan buangan kucing. Antara yang popular dan kerap dikongsi adalah guna air merah, minyak gas dan guna cecair pewangi baju. Tapi malangnya tak jalan.

Cuba guna serbuk cili pula!

Kalau sudah semua cara ini tidak berkesan, boleh cuba pula trik yang dikongsi oleh Rose Melati. Caranya guna serbuk cili! Katanya petua yang diberi oleh kawan berbangsa India ini memang berkesan.

IMG 5554

Hanya beli serbuk cili dan menabur sekeliling pokok. Pastikan jauh daripada akar dan jangan letak terus pada pokok.

106317927 4825199900839636 4675221407944283256 n

Apabila serbuk ini sudah hilang akibat siraman atau hujan boleh tabur semula, untuk elak dari kucing datang lagi.

82079238 4825199937506299 954153570393743355 n

Katanya, setakat ini petua guna serbuk cili ini sangat terbaik. Tidak ada seekor pun yang datang, lalu pun tak. Mungkin sebab kesan bau cili dan kepedasannya.

Bagi yang sudah habis idea untuk menghalau kucing ‘membuang’ dekat tanaman atau laman rumah boleh cuba cara ini ya.

Majalah ilmu: Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah anda tentang haiwan-haiwan kadang mengganggu anda ini. Semoga bermanfaat ya.

Sumber: Rose Melati / Vanillakismis

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.