Petua
Petua Dari Petani Thailand, Tips Lebatkan Buah Durian Sampai Penuh Dahan

Petua Dari Petani Thailand, Tips Lebatkan Buah Durian Sampai Penuh Dahan
Pada masa sekarang ini telah masuk waktunya musim durian, bergembiralah kepada mereka yang ada dusun durian pada masa sekarang ini.
Namun, ada juga yang mempunyai pokok durian tetapi tidak menjadi. Nah jadi macam mana hendak buat supaya tahun depannya pula lebat buahnya.
Mungkin anda juga boleh ikut petua yang telah dibuat oleh salah seorang dari petani Thailand ini yang dikongsi oleh Sifudurian. Petua ini bukan sahaja untuk lebatkan buah dari pokok durian tetapi juga untuk pokok buah-buahan yang lain.
Pada hari ini saya telah dapat satu petua cara bagaimana mahu LEBATKAN tanaman seperti durian, limau, nangka, mangga dan lain-lain daripada seorang petani Thailand.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
2 kilo telur ayam
2 kilo Gula Perang
1 biji ragi tapai
1 botol minuman Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji air kelapa muda
Cara membuatnya:
1. Kisar kulit telur sekali dengan isinya sampai halus mengunakan pengisar kering. Adun semua bahan ini bersama di dalam 1 besen.
2. Peram selama 15 hari dan perlu digaul sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Selepas 15 hari, saringkan kisaran tadi untuk mengambil pati air perapan
3. Asingkan daun daun yang terlalu tua pada pokok yang akan disembur. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 Liter air dan sembur pada permukaan daun sekali dalam seminggu, kalau mahu kesan lebih power boleh sembur dua kali dalam seminggu.
Majalah ilmu: Harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua tips untuk melebatkan lagi buah durian anda. Semoga kepada peniaga durian dimurahkan lagi rezeki anda semua. Aamiin.
Selamat berkebun
Sumber : Sifudurian / Vanillakismis
Kredit gambar Zaidin Ali
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.