Connect with us

Kisah

Peristiwa pɛlik, pada 1983, kisah negeri Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri satu hari lebih awal daripada ngeri-negeri lain seluruh Malaysia. Bagaimanakah kejadian ini berlaku?

Published

on

ewoidigv

Peristiwa pɛlik, pada 1983, kisah negeri Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri satu hari lebih awal daripada ngeri-negeri lain seluruh Malaysia. Bagaimanakah kejadian ini berlaku?

Hari Raya merupakan hari yang dinanti-nanti oleh umat Islam sebagai simbolik hari kemenangan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Setiap tahun pada tanggal 1 Syawal, Hari Raya Aidilfitri akan disambut mengikut kalendar Islam.

Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Puasa dapat ditentukan melalui 2 kaedah iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Melaui kaedah rukyah, apabila anak bulan kelihatan ia menandakan permulaan sesuatu bulan (dalam hal ini, kedatangan bulan Syawal yang menandatangan sambutan Hari Raya).

WhatsApp Image 2022 04 29 at 1.18.33 AM 3 300x193 1

Sebagai orang awam, kita tidak perlu khuatir memandangkan tugas mencɛrap ini terletak pada tanggungjawab pihak yang berwajib yang akan melakukan pencɛrapan pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

Sekiranya kita merujuk kepada kalendar, kita juga dapat mengenalpasti tarikh sambutan Hari Raya yang telah ditentukan melalui kiraan yang dilakukan oleh sekumpulan ahli Falak yang telah dilantik oleh pihak Jakim.

WhatsApp Image 2022 04 29 at 2.16.43 AM 300x193 1

Sejarah Pengumuman Hari Raya Aidilfitri.

Di negara jiran kita Indonesia, sambutan Hari Raya di sana ada kalanya berbeza mengikut tempat kerana terdapatnya perbezaan fahaman/pengikut di sesetengah kawasan tertentu. Lagipun, negaranya cukup besar. Namun di Malaysia, kekɛliruan seperti ini tidak berlaku memandangkan tanggungjawab membuat pengisiytiharaan ini sudah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja.

Perkara ini telah dipersetujui pada Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat Kali Yang Ke-92 yang menetapkan bahawa pengumuman mengenai tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri ini terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan bukanlah kerajaan negeri.

Dengan persetujuan ini, maka tidak ada lagi perbezaan atau perc4nggahan tarikh antara negeri-negeri di Malaysia. Perbezaan tarikh ini mungkin berlaku kerana keadaan cuaca sehingga di sesuatu pusat cerapan, anak bulan mungkin tidak kelihatan.

WhatsApp Image 2022 04 29 at 1.18.35 AM 300x193 1

Kisah Perak Dan Johor Raya Awal Sehari.

Mungkin generasi kini tidak tahu, suatu ketika dahulu atau lebih tepat lagi pada tanggal 12 Jun 1983, negeri Perak dan Johor telah menyambut Hari Raya Aidilfitri satu hari lebih awal daripada ngeri-negeri lain seluruh Malaysia. Bagaimanakah kejadian ini berlaku?

Peristiwa pɛlik dan mungkin tidak akan berulang lagi ini dipercayai berlaku ketika zaman pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhum Sultan Johor pada ketika itu. Segalanya bermula apabila sekumpulan nelayan dari laut mendakwa telah melihat anak bulan dan berita itu dengan sangat pantas telah tular dalam kalangan penduduk.

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, pasukan marin yang menjaga perairan negara turut mengesahkan melihat kɛlibat anak bulan yang menandakan kedatangan bulan Syawal.

Berita ini akhirnya sampai ke pengetahuan Mufti yang kemudiannya telah memaklumkan kepada pihak Tuanku Sultan. Tuanku Sultan kemudiannya telah berkenan untuk bertitah mengenai pengisytiharaan Hari Raya pada keesokan harinya.

Perkara yang sama juga terjadi di Johor. Maka, terjadinya peristiwa pɛlik apabila negeri Perak dan Johor menyambut Hari Raya Aidilfitri awal sehari daripada negeri-negeri lain di Malaysia.

Jabatan Penerangan dan pihak polis telah menggunakan pembesar suara untuk mengumumkan hari raya ke seluruh bandar dan pelusuk kampung. Tuanku Sultan dikatakan membuat keputusan demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu adalah betul dan sahih.

WhatsApp Image 2022 04 29 at 1.18.34 AM 300x193 1

Kekɛcohan Akibat Beraya Awal Sehari.

Peristiwa ini tidak lepas sebarang kekɛcohan terutamanya penduduk yang tinggal di sempadan antara negeri misalnya di Tanjung Malim yang terletak di negeri Perak tetapi bersempedanan dengan negeri Selangor.

Bayangkan juga keadaan panik orang-orang tua di rumah apabila mendengar pengumuman tersebut. Kebiasaannya juadah Hari Raya seperti rendang, lemang dan sebagainya akan disediakan mulai malam Hari Raya.

Akibat pengumuman ini, mereka mungkin belum bersedia dengan bahan-bahan masakan kerana menyangka mempunyai satu hari lagi untuk berpuasa. Peristiwa unik ini dikatakan hanya berlaku satu kali sahaja dan tidak pernah berlaku lagi memandangkan negara kita sudah mempunyai cara dan kaedah yan lebih sistematik untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

WhatsApp Image 2022 04 29 at 1.18.33 AM 2 300x193 1

Ianya pasti satu peristiwa yang mungkin tidak dapat dilakukan. Ada sesiapa golongan generasi terdahulu pernah melalui peristiwa pɛlik ini? Kongsikan dengan kami.

Sumber; iluminasi

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.