Connect with us

Kisah

Penyanyi Elyana bebas k4nser limfoma akhir tahun lalu, gembira berat badan naik lepas bebas kanser, daripada berat badan hanya 35 kg, sekarang sudah mencecah 60 kg

Published

on

dgrfh

Penyanyi Elyana bebas k4nser limfoma akhir tahun lalu, gembira berat badan naik lepas bebas kanser, daripada berat badan hanya 35 kg, sekarang sudah mencecah 60 kg

Selepas lebih 10 tahun menghidap kanser limfoma, penyanyi Elyana bebas dari kanser pada akhir tahun lalu membuatkan para peminat serta kenalan berasa gembira serta bersyukur.

Elyana sendiri atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emriza turut tidak henti-henti meluahkan rasa syukur yang tidak terkira kepada Allah S.W.T kerana memberinya kesembuhan dan menghilangkan segala sel kanser yang pernah ada dalam badannya.

Rasa seperti dilahirkan semula

Menerusi Berita Harian, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini menyatakan yang dia berasa seperti dilahirkan semula apabila doktor memberitahu khabar gembira itu.

“Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula,” katanya.

elyanaofficial1 259426089 605584967528804 5102557315820339898 n
Selera makan datang balik

Dia juga terlihat lebih ceria, sihat dan penuh aura positif selepas berat badannya bertambah seusai bebas dari kanser.

“Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.

“Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya,” jelasnya.

elyanaofficial1 264540759 1750671888463278 3464079387388449373 n
Makan berpada-pada

Menurut Elyana lagi, dia tidak mengikuti sebarang pantang larang dan makan semua juadah namun masih mengawal kuantiti agar tidak berlebihan.

Tambahnya, dia pernah berpantang sekitar lima tahun pertama selepas disahkan menghidapi kanser namun tubuh badannya menjadi lemah dan tidak bermaya.

“Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.

“Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan,” ujar Elyana.

elyanaofficial1 277593496 2182566645228964 7706819122487133110 n
Anak2 merupakan insan paling gembira

Bercerita tentang anak-anaknya, Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani, Elyana memaklumkan yang mereka merupakan insan yang paling gembira apabila mengetahui dirinya tidak lagi menghidapi kanser limfoma itu.

“Anak-anak saya paling gembira terutama Cinta sebab dia sudah besar. Sejak Cinta berusia enam bulan, saya disahkan menghidap kanser.”

“Sekarang, umur Cinta sudah menginjak 11 tahun. Dia dapat rasa perbezaan ibunya dahulu dan sekarang.

“Kalau dahulu, pergi bercuti pun, ibu tidak boleh temani dia melakukan aktiviti seperti mandi kolam kerana hanya terbaring di dalam bilik disebabkan penat.

“Sekarang, Cinta gembira sebab semua aktivitinya saya sertai sama,” katanya yang ditemui di Pink Bazar Ramadan di pusat beli-belah Publika.

elyanaofficial1 229761101 810095999688357 5258868795720255164 n 1395x1536 1
Sekitar penghujung tahun lalu, Elyana telah memuat naik berita gembira di Instagramnya dengan menyatakan sel kanser dalam badannya sudah tiada.

Hal tersebut disahkan sendiri oleh doktor yang merawat selepas beberapa sesi komoterapi dilakukan.

Elyana telah menghidap kanser limfoma sejak tahun 2011 lagi iaitu ketika anak pertamanya berusia 6 bulan.

Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.