Connect with us

Kisah

Pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al-Quran terkenal di Nazilli, Turki, menghembuskan nafas terakhir ketika membaca Al-quran

Avatar of kidin

Published

on

ossifu9

Pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al-Quran terkenal di Nazilli, Turki, menghembuskan nafas terakhir ketika membaca Al-quran

Pengakhiran mulia seorang huffaz dan guru al-Quran terkenal di Nazilli, Turki, Mehmed Ali Seflek Hodja, 96, yang menjadi bualan ramai. Kematian yang dicemburui dan amat menyentuh hati apabila menghembuskan nafas terakhir ketika membaca kalam Allah.

Jenazahnya ditemui dalam keadaan kepalanya terbaring di atas halaman muka surat al-Quran, akibat serangan jantung malam Selasa.

Memetik portal Haberurfa, warga emas itu sememangnya uzur akibat faktor lanjut usia.

Sepanjang hayatnya, Seflek mengabdikan dirinya dalam mengembangkan ilmu al-Quran dengan menjadi tenaga pengajar kepada ribuan pelajar.

Kematian Seflek turut mendapat perhatian artis dan penyair, Dursun Ali Erzincanlı yang pernah memenangi hati jutaan orang daripada karya cinta nabi, yang menzahirkan duka cita atas kematian Seflek.

“Permata berharga Nazilli, Ali Şeflek kembali kepada pencipta semasa membaca al-Quran.

“Semoga syurga tempatnya,” katanya.

Seflek dikebumikan di tanah perkuburan Eğriboyun selepas solat jenazah di Masjid Koca, Nazilli.

sumber: wowberita

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU