SEMASA
Pendedahan K3s Der4 Membabitkan Remaja Sin’drom Down, Bella

Pendedahan K3s Der4 Membabitkan Remaja Sin’drom Down, Bella
Berpunca daripada satu kejadian di mana m4ngsa tertarik langsir sehingga menyebabkan besi langsir itu tercabut. Siti Bainun Ahd Razali iaitu pengasas Rumah Bonda mula tidak menggemari m4ngsa.
Menurut penghuni rumah kebajikan itu yang juga saksi pend4kwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood berkata, sikap Siti Bainun mula berubah dengan mem4rahi Bella sehingga sanggup memu’kulnya.
“Bella pernah masuk bilik kedua iaitu bilik yang menempatkan saya dan penghuni lain. Bella tertarik langsir sehingga besinya tercabut. Selepas kejadian itu, Bainun jadi m4rah dan pu’kul Bella,” dedahnya.
Yasmin juga mengakui pernah diarah oleh Siti Bainun untuk membo’gelkan m4ngsa dan dii’kat dengan tali, kemudian dibaringkan dan dicurah dengan air panas.
“Saya diarahkan Siti Bainun untuk memastikan Bella tidak bergerak dan dia menyasarkan di bahagian tertentu sebelum dicurah air. Ia menyebabkan ada kesan p4rut di bahagian paha kanan, pergelangan kaki dan lutut Bella,” katanya.
Dalam prosiding kelmarin, Yasmin mendedahkan Bella dide’ra oleh Siti Bainun setiap hari hampir empat bulan yang berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.
Siti Bainun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan m4ngsa mengalami kece’deraan fizikal dan emosi, di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Siti Bainun didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Yasmin juga bersetuju dengan cadangan peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Siti Bainun bahawa, Bella dicurah dengan air panas sebanyak tiga kali sehari dengan menggunakan picagari dan cawan. Yasmin berkata, dia sendiri yang mengambil air panas itu daripada alat penapis air di mana airnya mengeluarkan wap.
Mahkamah turut ditunjukkan oleh Yasmin, video yang menunjukkan Bella dilayan seperti ‘hamba abdi’ oleh Siti Bainun.
Tahukah anda inilah keadaan Bella waktu mula dijumpai didera di Rumah Neraka.
Kalau Siti Bainun dibelakangnya ada 7 peguam ternama, ada kabel politik, berstatus sebagai anak bekas MB S'gor,
di belakang Bella pula ada kita semua!
Kredit : Ariff Ayob pic.twitter.com/tZgx9riT9U
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) April 15, 2022
Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor, yang mewakili Siti Bainun kemudian bertanya siapakah yang dipeluk oleh Bella paling lama dalam video Aidilfitri pada 22 Mei 2021. Yasmin menjawab, Siti Bainun. Yasmin juga menjawab ‘ya’ ketika ditanya sama ada Bella tidak takut dan peluk penderanya dengan kuat.
Peguam Nur Aminahtul turut menyenaraikan 10 keterangan Yasmin yang disifatkan mengandungi unsur penipuan, antaranya Bella dikatakan asyik terjatuh apabila berjalan kerana kakinya lemah akibat selalu didera. Tetapi klip video yang ditunjukkan hari ini menunjukkan Bella berjalan seperti biasa. Yasmin bagaimanapun menafikan keterangan yang diberikannya itu adalah palsu.
Sumber: Harian Metro
SEMASA
“Ramai Terkejut Nampak Kereta Remuk Di Tepi Highway, Rupanya Siti Nurhaliza Ada Dalam Kereta Itu”
SEMASA
Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit

Ustaz Kazim Masuk ICU, Saluran Jantung Sempit
Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengalami masalah saluran jantung sempit.
Perkembangan tersebut dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Menurut beliau, Ustaz Kazim, 54, dimasukkan ke hospital selepas mengalami kesakitan yang teramat sangat sebelum doktor mengesahkan terdapat saluran jantung yang sempit dan memerlukan prosedur khas bagi melancarkan aliran darah.
“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.
“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.
Difahamkan, prosedur memasukkan belon dilakukan bagi membantu membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit supaya aliran darah ke jantung kembali lancar.
Berita mengenai keadaan Ustaz Kazim itu nyata mengundang rasa sedih dan bimbang dalam kalangan masyarakat, khususnya para pengikut ceramah beliau yang sentiasa mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah disampaikan.
Sejak sekian lama, Ustaz Kazim dikenali sebagai antara tokoh dakwah yang aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara. Selain itu, beliau juga merupakan Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah yang banyak melahirkan pelajar dan menjadi pusat penyebaran ilmu.
Menurut Mohd Najmuddin, buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan daripada orang ramai kecuali isteri beliau.
“Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau,” katanya.
Beliau turut merayu kepada seluruh peminat, pencinta ilmu dan masyarakat agar bersama-sama mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim.
“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.
Orang ramai kini terus menanti perkembangan terkini mengenai keadaan Ustaz Kazim dan berharap beliau segera pulih seperti sediakala.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Ustaz Kazim dan mempermudahkan segala urusannya.
Video Penuh :
SEMASA
“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”

“Dalam Perjalanan Ambil Anak, Seorang Guru Pergi Buat Selamanya”
Seorang guru wanita dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti-Parit Sikom, Pontian pada Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Jamaliah Aris, 37, yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah pengasuh untuk mengambil anaknya.
Namun siapa sangka, perjalanan yang sepatutnya berakhir dengan pertemuan seorang ibu dan anak bertukar menjadi detik paling menyedihkan buat keluarganya.
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain, kemalangan melibatkan kereta Toyota Vios dipandu mangsa dan sebuah lori Isuzu putih yang dipandu lelaki tempatan berusia 56 tahun.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta mangsa keluar dari simpang Parit Basilam sebelum bertembung dengan lori berkenaan.
Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.
Pemandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau telah ditahan untuk membantu siasatan dan kenderaan turut disita.
Polis turut memaklumkan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori mendapati lelaki itu negatif dadah.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam masa sama, polis meminta mana-mana saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak trafik IPD Pontian.
Perkongsian berita itu mengundang rasa sedih ramai netizen yang membayangkan betapa beratnya kehilangan tersebut buat anak-anak dan keluarga mangsa.
Ramai turut menitipkan doa agar roh Jamaliah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sangat berat ini.
Kadang-kadang, ada insan yang keluar rumah hanya untuk melakukan rutin harian biasa.
Namun tanpa diduga, itu menjadi perjalanan terakhir dalam hidup mereka.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












