Connect with us

Keluarga

Penasihat Kewangan Ini Beri Hujah Hebat Kenapa Para Suami Perlu Hadiahkan Mesin Dryer Bila Musim Hujan.

Avatar of majalahilmu

Published

on

Penasihat Kewangan Ini Beri Hujah Hebat Kenapa Para Suami Perlu Hadiahkan Mesin Dryer Bila Musim Hujan.

Penasihat Kewangan Ini Beri Hujah Hebat Kenapa Para Suami Perlu Hadiahkan Mesin Dryer Bila Musim Hujan.

Mengeluh para isteri setiap kali musim hujan kembali, baju di basuh payah nak kering. Jemu nak menunggu dekat kedai dobi, penuh gara-gara penangan musim tengkujuh melanda saban tahun.

Bila dan beratur panjang, masa terbuang semata-mata hanya untuk menunggu giliran mengering baju memang tak berbaloi, Maka Ramai la para suri rumah yang terfikir nak beli dryer.

Tapi berbaloi ke kalau beli dryer ne ? Si suami setuju ke nak beli ? Perkongsian daripada Afyan mat rawi ini sangat membantu mengukuhkan alasan supaya wajib si suami beli jika mampu.

Tak beratur dah lepas ada ‘bibik’ elektrik’

1. Tengah buat apa tu? Tengah beratur panjang menunggu giliran di kedai dobi ke? Hehe…

2. Saya dulu macam ini juga. Beratur panjang untuk membasuh dan mengeringkan pakaian di kedai dobi. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas wujud “bibik” eletrik ini ?

3. Kisahnya sekitar Disember 2016 – Januari 2017. Tarikh ini saya ingat, sebab setiap kali beli barang-barang mahal, saya akan tulis tarikh pembelian pada barangan tersebut. Hahaha!

4. Tujuannya untuk melihat sejauh mana ia bertahan dan betul tak ia berbaloi.

5. Sebelum saya beli bendalah ini, sebulan mesin basuh lama saya rosak dan sepanjang sebulan itulah saya berulang-alik ke kedai dobi layan diri berdekatan rumah untuk membasuh pakaian.

6. Lama juga saya survey sebelum membuat keputusan. Sebulan-dua juga.
Ini hasil survey saya

7. Kenapa ambil masa sampai berbulan-bulan?

Sebab, apa sahaja barang yang berharga RM1,000 ke atas, ia adalah mahal di mata saya. Ya, apa sahaja. Dan jika dibeli, saya akan pastikan ia berbaloi dan guna sampai lunyai.

8. Dalam tempoh survey itu juga, saya ada tanyakan pandangan rakan-rakan facebook tentang model mesin basuh yang sesuai.

9. Dari situlah ada yang mencadangkan mesin pengering pakaian ini. Ketika membuat tinjauan tentang alat ini, agak mahal juga.

10. Apa yang saya buat ialah survey di internet dan kemudian buat perbandingan di kedai-kedai eletrik.

11. Semua yang saya lihat berharga sekitar RM1,200 ke RM2,000 ke atas. Ada juga model yang 2 dalam 1; mesin basuh dan pengering dalam satu mesin.

12. Akhirnya, saya jumpa dengan satu model yang tak terkenal ini, dengan harga tak sampai RM800 untuk muatan 6 kg. Saya cuba buat carian di Google untuk dapatkan testimoni, tapi tak banyak.

13. Dengan waranti selama 2 tahun, saya kira ia berbaloi. Congakan saya; RM800 bahagi 24 bulan = RM33 sebulan. Kiraan ini perlu ambil sekali dengan bil eletrik, sekitar RM20 ke RM50 pada anggaran saya.

Total kos termasuk eletrik sekitar RM20 ke RM70 sebulan, masih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri.

14. Setelah mengambil kira semua faktor, saya beli secara online, selepas membeli mesin basuh baru untuk kegunaan keluarga dengan anak 4 orang yang bersekolah.

26231361 10214458391444292 3047771546378150113 n

Selepas setahun guna

15. Alhamdulillah, selepas setahun lebih menggunakan alat ini ia memang pelaburan berbaloi!

  •  Tak perlu lagi sidai baju.
  • Apabila tak perlu sidai baju, maka tak perlu lagi angkat baju yang disidai. Hahah
  • Tak perlu risau baju lambat kering.
  • Tak perlu risau baju yang disidai menjadi basah akibat hujan.
  • Tak payah lagi ke kedai dobi untuk keringkan baju.
  • Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini.
  • Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju diberihkan.
  • Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan.

Paling penting dapat ringankan beban isteri

Dan yang paling penting, dapat ringankan beban isteri sebab selama ini isteri saya yang bannyak lakukan kerja-kerja di atas. Hahaha!

Selepas setahun, boleh saya simpulkan bahawa;

“Membeli dryer di rumah ibarat menghadiahkan bibik / kedai dobi kepada isteri”

Apa yang lebih bahagia dari melihat isteri tersenyum?

Apa lagi, share dan tag pasangan masing-masing minta belikan.

Afyan Mat Rawi, IFP

Majalahilmu: Ok, Selamat membaca hujah bijak Encik Afyan bolehlah buat keputusan. Apapun Majalah ilmu suka bab ringankan kerja isteri tu. Bagi admin nilai Rm900 tu tak besar mana berbanding pengorbanan si isteri. Insyallah isteri tersenyum bahagia. Pesanan : Jika suami x berapa mampu jangan la si isteri memaksa. ok selamat beramal, jangan lupa tag suami korang taw !

Sumber: Afyan Mat Rawi, IFP

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.