Connect with us

Keluarga

Penantian Tahun 10 dan 17kali Rawatan kesuburan, Tunku azizah Sebak Kongsi Kisah Perlu Dilalui untuk mendapatkan zuriat.

Published

on

Penantian Tahun 10 dan 17kali Rawatan kesuburan Tunku azizah Sebak Kongsi Kisah Perlu Dilalui untuk mendapatkan zuriat.

Penantian Tahun 10 dan 17kali Rawatan kesuburan, Tunku azizah Sebak Kongsi Kisah Perlu Dilalui untuk mendapatkan zuriat.

Allah menguji manusia itu tanda kasih dan sayang-NYA. Setiap kesukaran itu pasti ada jalan kemudahan, dengan izin-NYA. Beritu jua dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,tidak lepas dalam menempuh ujian dari Allah SWT.

Beliau telah mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat sendiri walaupun pelbagai usaha telah dilakukan dan usia perkahwinan menginjak bertahun-tahun lamanya. Peritnya yang perlu dilalui, kesedihan dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

Namun atas kuasa yang Maha Esa serta tidak pernah putus asa, tidak mustahil impian untuk memiliki cahaya mata daripada darah daging sendiri akhirnya menjadi kenyataan.

Tunku Azizah bertitah walaupun enam kali keguguran dalam tempoh hampir sedekad, semua itu tidak menghalang baginda daripada berputus asa atau berhenti untuk berusaha memiliki waris sendiri.

“Bukan senang untuk seorang wanita menjalani rawatan kesuburan kerana mereka perlu kuat selain memerlukan banyak usaha dan pengorbanan wang ringgit.

“Saya memahami apa yang dilalui dan dirasai seorang ibu yang berusaha keras serta sanggup berkorban apa sahaja demi mendapatkan zuriat.

“Selama sembilan tahun setengah saya mencuba mendapatkan anak, menjalani 16 kali rawatan di Singapura, England dan Amerika Syarikat, Tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) sentiasa berada bersama saya memberi sokongan dan semangat.

“Tanyalah Tuanku berapa kali saya menangis dan macam-macam yang perlu dilalui untuk mendapatkan anak tetapi Tuanku tetap bersabar,” titah baginda pada sambutan Hari Keluarga 2019 Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), semalam.

Dengan nada sebak, Tunku Azizah berkata, rawatan mendapatkan anak bukanlah murah dan Baginda bersyukur kerana Sultan Abdullah sentiasa ada bersamanya selain menanggung segala perbelanjaan rawatan termasuk persenyawaan tabung uji (IVF).

Tunku Azizah tekad bantu pasangan tiada zuriat.

Idea Penubuhan TAFF

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menghadiri sambutan sempena ulang tahun ke-15 yayasan berkenaan.Turut mengiringi baginda berdua ialah puteri bongsu, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah.

TAFF bertitah bukan mudah bagi wanita yang diduga untuk mendapatkan zuriat terutama ketika menjalani rawatan persenyawaan tabung uji (IVF).

Titah baginda, pengalaman sukar yang dilalui itu memberi idea kepada baginda untuk menubuhkan TAFF terutama bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan kewangan.

Taja 60 Pasangan Buat Rawatan IVF

Dalam majlis ittersebut, Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan surat tawaran penajaan kepada 60 pasangan bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan IVF di sembilan pusat perubatan di seluruh negara. Pengurniaan itu juga adalah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-60 baru-baru ini.

Pada majlis yang sama Tunku Azizah turut mengurniakan loket kepada empat anak yang juga dua pasangan kembar dilahirkan hasil bantuan TAFF.Pengurniaan loket berkenaan adalah sebagai identiti kepada anak yang dilahirkan menerusi bantuan TAFF.

Sejak ditubuhkan pada Ogos 2004, TAFF membantu pembiayaan IVF kepada 94 pasangan yang melahirkan 116 anak melalui rawatan itu.

Majalahilmu: Cahaya mata Anugerah ilahi, apabila seorang wanita diuji kesukaran untuk mendapat anak. Perasaan sedih hanya tuhan sahaja yang tahu. Paling penting pesanan buat wanita yang diuji sebegini, jangan pernah berputus asa, berhenti berharap serta teruskan berdoa. Tuhan Maha Mendengar setiap permintaan hambanya.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.