Kisah
Sekarang Tidak Lagi Dipanggil Budak Pasar! Miliki Kilang Dan 50 Orang Staff Pada Usia 23 Tahun, Pemuda Jual Popcorn Kaut 7 Angka

Sekarang Tidak Lagi Dipanggil Budak Pasar! Miliki Kilang Dan 50 Orang Staff Pada Usia 23 Tahun, Pemuda Jual Popcorn Kaut 7 Angka
Bak pepatah, Kejayaan itu tidak akan datang bergolek. Jika sudah memasang niat untuk ubah kehidupan yang kurang berkemampuan pasti dipermudahkan sepanjang perjalanan dengan sabar tabah dan cekal.
Tapi di sebalik semangat tersebut, sifat berani bagi mencuba sesuatu yang baru perlu ditanam dalam diri setiap individu. Kalau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal namun tiba-tiba diselubungi perasaan takut susah juga kan?
Ubah nasib diri dan keluarga
Bagi seorang pemuda Mohamad Shazarul Ismail, dia sentiasa mencari jalan bagi mengubah nasib dan kesusahan dialaminya sekali gus dapat membantu meringankan beban ahli keluarga selepas pemergian arwah bapa.
Siapa sangka bermula dengan ‘suka-suka’ menghasilkan popcorn ketika ternampak mesin bertih jagung milik kakaknya, pemuda berusia 23 tahun itu kini memegang status sebagai usahawan sehingga berjaya meraih jualan mencecah tujuh angka. Uish apa rahsianya?
Bercerita lanjut, pemuda berasal dari Batu Pahat, Johor itu sendiri tidak menyangka dia mampu mencapai keuntungan tahap tersebut. Kalau dulu cukup-cukup makan, sekarang siap boleh bantu orang lain pula. Berkongsi nikmat rezeki, baru la diberkati.
Dulu budak pasar, sekarang usahawan berjaya!
Mana tidaknya, sewaktu zaman remaja, Shazarul hanyalah bekerja di pasar dengan mengambil upah mengupas bawang. Masa orang lain nyenyak tidur, dia mula bangkit seawal mungkin. Tidak cukup dengan itu, dia juga menguruskan kedai milik bapa saudaranya tanpa jemu demi sesuap nasi.
Bagaimanapun, kehidupan Shazarul perlahan-lahan mula kelihatan bersinar selepas membuang perasaan negatif dalam diri apabila menyertai program Richworks, Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), sekitar empat tahun lalu.
“Saya dapat kenal yang kita semua ada potensi untuk berjaya, alhamdulillah kelas IMKK saya baru kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman yang banyak mengubah saya tentang bernilainya kehidupan dan belajar buat apa di tangan.” katanya.
Eng’s Popcorn cipta kejayaan sendiri
Selepas memperoleh pelbagai ilmu bermanfaat, Shazarul tampil dengan produk popcorn jenama sendiri Eng’s Popcorn. Kalau korang nak tahu, nama popcorn itu berasal daripada moyangnya berketurunan Cina yang tidak mahir menyebut nama arwah bapanya, Ismail dan hanya memanggil Engs!
“Nama Eng’s Popcorn saya pakai sebagai tanda penghargaan buat ayah saya, ketika dia hidup saya tak dapat balas jasa dia” ujarnya.
Selain yakin dengan kebolehan diri, dia juga mengambil peluang mempelajari ilmu keusahawan dan teknik perniagaan demi membina empayar Engs Legacy Sdn Bdn yang terus mencipta nama sehingga ke hari ini walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19.
Berjaya buka kilang & beli kereta mewah
Buktinya, anak muda berkenaan berjaya sebuah kilang seluas 21,000 kaki persegi di Batu Pahat itu dan memiliki kereta yang menjadi idaman ramai iaitu Mercedes-Benz Sport Model GLA 45 AMG. Jual popcorn saja boleh dapat jutaan ringgit? Memang boleh jadi inspirasi ramai ni!
Sedar semuanya kurniaan Allah SWT dengan usaha yang berterusan, Shazarul tidak lupa berkongsi rezeki dengan lebih 50 orang kakitangan. Malah apabila perniagaan bertambah maju, secara tidak langsung boleh membantu orang lain yang terdesak merebut peluang pekerjaan.
Jadi, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pilihan di tangan anda! Jom bina peluang perniagaan bersama Eng’s Popcorn, klik di sini untuk maklumat lanjut.
Majalah ilmu: Semoga jadi contoh buat semua anak muda untuk berjaya. Allah telah menjanjikan rezeki bagi setiap orang dan kita hanya perlu usaha untuk mencarinya.
Sumber: Ohmymedia
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
Kisah
Denda RM50, Air Mata Seorang Nenek: Kisah Warga Emas 90 Tahun Yang Hampir Hilang Punca Rezeki

Segamat – Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Kampung Abdullah, Segamat, Johor, mencuri perhatian ramai apabila dikenakan denda RM50 hanya kerana menjual sayur-sayuran hasil tanamannya sendiri tanpa lesen.
Kejadian yang berlaku pada 23 Januari itu bukan sahaja menyentuh perasaan masyarakat, malah membuka perbincangan besar tentang kemanusiaan, keadilan sosial dan keperluan dasar lebih berperikemanusiaan terhadap golongan rentan.
“Saya Cuma Jual Sedikit…”
Perkara ini mula didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Steven Tan, yang terserempak dengan wanita tersebut ketika beliau menjual sayur secara kecil-kecilan di tepi jalan.
Menurut Steven, seorang pegawai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) telah mengeluarkan saman RM50 kerana wanita itu tidak mempunyai lesen penjaja.
Walaupun Steven cuba merayu agar pegawai tersebut bertolak ansur, beliau dimaklumkan bahawa tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mengikut peraturan.
Lebih menyedihkan, wanita itu turut diberitahu bahawa dia perlu memohon lesen bernilai ratusan ringgit sekiranya mahu terus berniaga.
“Jumlah itu tidak realistik untuk seseorang yang hanya menjual sedikit sayur beberapa kali sebulan,” tulis Steven.
Bagi wanita tersebut, menjual sayur itulah satu-satunya cara untuk menyara hidup. Jika lesen mahal itu diwajibkan, dia bukan sahaja kehilangan perniagaan kecilnya, malah kehilangan harapan.
Rayuan Yang Menjadi Tindakan
Steven kemudian meminta pandangan orang ramai tentang cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan. Hantaran itu pantas tular dan sampai ke pengetahuan Ketua Pemuda MCA Segamat, Tay Kok Wea.
Beliau segera mengarahkan wakilnya ke lokasi untuk membayar denda RM50 tersebut bagi pihak wanita itu.
Dalam kenyataannya, Tay menegaskan bahawa tindakan itu bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya demi membantu seorang warga emas yang hampir kehilangan punca rezeki.
Tiada Lagi Denda, Harapan Baharu
Tay turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan pihak penguatkuasaan MPS dan mengesahkan bahawa:
Tiada lagi denda akan dikenakan terhadap wanita itu
Wanita tersebut kini boleh terus menjual sayur tanpa rasa takut
Isu yuran lesen akan dibawa ke mesyuarat untuk dicadangkan bayaran simbolik
“Jika cadangan itu diluluskan, saya sendiri akan menanggung kos lesen tersebut,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Denda
Kisah ini bukan sekadar tentang RM50, tetapi tentang maruah, belas kasihan dan keperluan sistem yang lebih adil kepada golongan miskin dan warga emas.
Ia mengingatkan kita bahawa di sebalik peraturan, masih perlu ada ruang untuk pertimbangan kemanusiaan.
Kadangkala, yang mereka perlukan bukan simpati — tetapi peluang untuk terus hidup dengan bermaruah.
Kisah
“Bukan main garang bini kau bang…” Isteri Cemas Kereta ‘Hilang’, Suami Selamba Rakam

“Kereta Kita Mana?!” — Isteri Dah Cuak, Suami Kekal Tenang
Lepas ibu, isteri memang insan paling istimewa dalam hidup seorang lelaki. Bukan sekadar teman hidup, tapi tulang belakang yang setia dalam susah dan senang. Kadang-kadang cara suami menghargai isteri tu sampai another level—siap menyakat dulu sebelum bagi kejutan!
Baru-baru ini, tular di TikTok satu video lucu memaparkan gelagat seorang suami ‘prank’ isterinya. Dalam rakaman tersebut, pasangan ini dilihat baru selesai membeli-belah dan berjalan ke arah parkir. Sampai-sampai je, si isteri terus cuak—kereta mereka “hilang”! Dengan wajah panik, dia bertalu-talu tanya suami: “Kereta mana?”
Si suami pula kekal steady, tak banyak cakap… tapi sempat merakam setiap reaksi isterinya.
Rupa-Rupanya Kejutan, Hadiah Kereta Baharu
Twist sebenar: itu semua hanyalah rancangan lelaki berkenaan untuk menghadiahkan sebuah kereta baharu buat isteri tercinta. Patutlah tenang semacam—rupanya tengah tunggu momen paling ‘boom’ untuk didedahkan!
“Garang Juga Bini Kau…” — Netizen Terhibur
@ashraffahmadkamal Terima la hadiah sempena hari lahir isteriku yang tercinta. Segala penat lelah untuk anak dan rumahtangga kita, terima lah hadiah i yg tak seberapa ni. I harap u suka 😁 saya ni suka sakat sikit dan wife tahu kalau saya main-main. Jenuh nak cover🤣🤣 Akhirnya menjadi juga surprise untuk dia. Love you my love 😘 #evmalaysia #emas7 #protonemas #proton ♬ original sound – اشراف احمدكمال
Ruangan komen memang meriah. Ramai terhibur dengan reaksi spontan si isteri yang nampak “garang” sebab menyangka kereta mereka dicuri. Pada masa sama, ramai juga puji suami yang berani dan romantik dengan cara tersendiri.
Antara komen yang mencuri tumpuan:
“Bukan main garang bini kau, bang…”
“Alhamdulillah, hargai isteri sebaiknya.”
“Comel! So happy for you. Semoga bahagia selalu.”
“Doakan saya pun dapat surprise macam ni.”
Bahagia Itu Bila Saling Menghargai
Rumah tangga ada pasang surut—ada manis, ada ujian. Tapi indahnya bila semuanya ditempuh berdua. Tak semestinya hadiah besar atau kata-kata manis; kadang usaha kecil yang lahir dari hati pun cukup membahagiakan. Bila suami isteri saling memahami dan menghargai, di situlah letaknya bahagia yang sebenar.
Sumber: TikTok @ashraffkamal_
Kisah
“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri – Luahan Pak Arief Buat Ramai Tersentak 😢”

“87% Lelaki Di Rumah Warga Emas Pernah Sakitkan Isteri” – Kisah Pak Arief Buat Ramai Tersentak
Apabila berbicara tentang rumah kebajikan warga emas, ramai antara kita cepat menilai bahawa penghuni di sana mungkin ditinggalkan oleh keluarga atau diabaikan oleh anak-anak. Namun, perkongsian seorang pekerja rumah kebajikan ini membuka sisi realiti yang jarang diperkatakan — bahawa tak semua warga emas ditinggalkan tanpa sebab.
“Saya dah rawat lebih 500 orang tua terlantar”
Menurut Pak Arief, yang sudah bertahun-tahun berkhidmat menjaga warga emas terlantar, dia pernah menguruskan lebih 500 penghuni sepanjang kerjayanya. Namun satu fakta yang mengejutkan ialah, 87% daripada mereka — kira-kira 300 orang — merupakan lelaki yang pernah menyakiti isteri sendiri ketika zaman muda.
“Saya bukan nak menghukum, tapi ini realiti yang saya lihat sendiri. Ramai antara mereka dulu pernah menduakan isteri, berkahwin lain, abaikan keluarga, atau tinggalkan anak-anak,” katanya.
Dulu kahwin lagi, sekarang tinggal sendiri
Ada antara mereka yang berkahwin lain demi nafsu, ada pula yang selingkuh dan mengabaikan anak-anak, sehinggalah akhirnya rumah tangga kedua pun tak kekal lama. Bila usia meningkat dan tiada siapa mahu jaga, barulah mereka sedar nilai kasih yang pernah disia-siakan.
“Bila jatuh terduduk, mereka cuba cari anak-anak dan bekas isteri semula. Tapi kebanyakannya tak lagi diterima. Anak-anak sudah lama menutup hati,” tambah Pak Arief dengan nada sayu.
Secara psikologi, anak akan berpihak kepada ibu
Dari sudut psikologi, kata Pak Arief, anak-anak cenderung setia kepada ibu, terutama apabila melihat sendiri pengorbanan dan kesakitan yang ditanggung oleh si ibu selama bertahun-tahun.
Maka tidak hairanlah, ramai lelaki warga emas ini akhirnya berakhir di rumah kebajikan, bukan kerana anak tidak berhati perut, tetapi kerana luka lama yang belum sembuh.
“Anak-anak bukan berdendam, tapi mereka memilih untuk melindungi ibu. Mereka ingat setiap air mata, setiap malam ibu menangis. Itu yang membuat mereka sukar memaafkan,” ujarnya.
@mbak.butet Berdasarkan data, lansia terlantar yang diurus oleh Pak Arief Camra di Griya Lansia, ternyata saat mudanya melakukan ini… #GriyaLansia #GriyaLansiaMalang ♬ original sound – MbakButet – MbakButetAqsa
Pengajaran buat semua
Kisah yang dikongsikan oleh Pak Arief ini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan kepada para suami dan ayah agar menghargai keluarga selagi diberi peluang.
Setiap tindakan hari ini akan membentuk bagaimana kita diperlakukan nanti — sama ada dengan kasih sayang, atau dengan sepi di penghujung usia.
“Jangan tunggu tua baru mahu bertaubat. Kerana kadang-kadang, bukan semua dosa mampu ditebus dengan air mata,” pesan Pak Arief.
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah














