Kisah
6 Bulan Saat Sebelum Dijemput Ilahi Isteri Buat Pecutan Ibadah, Macam Tau Saat Kematian

6 Bulan Saat Sebelum Dijemput Ilahi Isteri Buat Pecutan Ibadah, Macam Tau Saat Kematian
Ini adalah kisah benar yang berlaku pada seorang mak kepada 9 orang cahaya mata. Almarhumah Hajah Zaleha binti Zakaria yang begitu sungguh-sungguh buat ibadah 6 bulan sebelum dijemput ilahi.
Perkongsian indah ini disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi untuk pembaca MW semua renungi, hayati dan ambil pengajaran.
Semoga kita yang membaca, Allah kurniakan waktu dan peluang untuk beribadah seperti wanita ini.
Pecutan Ibadah Ibu Anak 9 Itu Begitu Laju..
Dia bagaikan tahu saat kematiannya. Pecutan ibadah hablumminallah dan hablumminannasnya begitu laju sejak enam bulan sebelum tarikh kematiannya.
Ibu kepada sembilan orang anak itu begitu komited dengan majlis ilmu, qiamullail, membaca Al Quran dan berinfaq di jalan Allah.
Dia akan menangis apabila membaca Al Quran dan bertadabbur akan maknanya. Tabung bantuan untuk Palestin sentiasa dibawanya ke mana-mana.
Singgah dari masjid ke masjid untuk menimba ilmu. Dan kiranya dia dapati ada ibu-ibu yang tidak lancar membaca Al Quran, dia akan meluangkan masa untuk mengajarkannya.
“Wang yang saya berikan untuk keperluannya begitu cepat disedekahkan. Begitu laju dia menghabiskannya untuk fisabilillah,” kata suaminya. Sebelum suaminya bermusafir ke luar negara, sudah dibayangkannya bahawa dia akan pergi untuk selamanya.
Ketika suaminya bertanya, apakah ada barang yang mahu dipesankan sebagai ole-oleh dari luar negara? Sebaliknya dia berpesan agar suaminya menjaga syariat dan mempamerkan akhlak yang baik agar Islam dipandang tinggi di bumi Barat.
Di Ruang Inilah Masa Dihabiskan Untuk Solat, Zikir Dan Bermunajat
Di sudut itulah di dalam rumahnya (gambar atas) dia menghabiskan masa untuk solat, zikir dan bermunajat. Sungguh, dia seorang mujahidah yang istiqamah dengan kebaikan sejak zaman mudanya.
Kematian dalam kemalangan jalanraya tiga hari yang lalu itu pun semasa dia menumpangkan seorang pelajar yang ditemuinya di tepi jalan.
Dalam perjalanan menuju rumah pelajar itulah dia mengalami kemalangan dan meninggal dunia di situ juga.
Semoga Allah mengampuni dan mengasihani almarhumah Hajah Zaleha binti Zakaria isteri kepada Prof Dr Jamel Othman yang telah pulang ke rahmatullah. Perginya meninggalkan kita satu pengajaran untuk istiqamah melakukan kebaikan.
Ya, cara hidup seseorang akan menentukan cara matinya. Dan cara mati seseorang akan menentukan bagaimana dia dibangkitkan kembali satu hari nanti.
Majalah ilmu: Semoga kisah ini menjadi ikhtibar kepada ibu-ibu diluar sana untuk berbuat kebaikan didunia dan akhirat ikhlas demi Allah SWT.
Sumber: Pahrol Mohamad Juoi / mingguanwanita
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Majalah Ilmu
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.