Connect with us

Kisah

Pelumba Kereta Tanpa Tangan Kejar Impian Jadi Drifter Profesional

Published

on

pelumba kereta tanpa tangan

Pelumba Kereta Tanpa Tangan Kejar Impian Jadi Drifter Profesional

Yang melemahkan manusia bukanlah kerana nasib yang diterima, tetapi yang melemahkan mereka adalah rasa putus asa sebelum berusaha untuk mencapai sesuatu perkara. Jika kita hanya berhenti dan memikirkan tentang kesedihan apabila tidak mendapatkan apa yang diimpikan, lebih baik sekiranya kita sendiri yang mencari idea, dan semangat untuk bangkit dari belenggu kesulitan tersebut.

Pelumba kereta pertama di dunia yang memandu tanpa tangan

Pelumba kereta dunia, Bartek Ostalowski berkongsi cerita tentang kariernya dalam dunia perlumbaan kereta sebagai seorang Orang Kurang Upaya (OKU). Usia remaja adalah waktu yang sangat cerah dan, berpotensi tinggi bagi sesiapa yang ingin memasang impian atau cita-cita.

Berbeza dengan pemuda yang berasal dari Poland ini, impian beliau seakan-akan di hujung tandung bila mana beliau terlibat dalam satu kemalangan motosikal pada tahun 2006 ketika berusia 20 tahun. Akibat dari kemalangan ngeri itu, Bartek telah kehilangan kedua-dua belah tangannya sekaligus meletakkannya dalam individu yang kurang upaya fizikal. Sebaris dengan mereka yang kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifidamuscular dystrophy dan cerebral palsy.

Hakikatnya, kecatatan beliau kekal, dan menjejaskan fungsinya sendiri. Kata orang, “Enggan seribu daya, mahu sepatah kata”, kekurangan yang dimilikinya tidak sesekali mematahkan semangat untuk terus berada pada jalan hidup yang dipilih.

Bohonglah sekiranya beliau tidak berdepan dengan apa-apa cabaran untuk melangkah kali ini, tetapi Bartek tetap memberanikan diri untuk terus maju ke hadapan. Hanya tiga tahun diperlukannya untuk menguasai pemanduan kereta lumba menggunakan kaki.

pelumba kereta tanpa tangan

Mencari inspirasi dari individu OKU di Poland

“Selepas kemalangan, saya cuba mencari jalan keluar. Saya bertanya pada diri sendiri jika mahu berlumba lagi apa yang perlu saya lakukan?” katanya ketika ditemurah oleh wartawan berita.

Keputusannya untuk bertemu dengan seorang individu dari Poland yang juga senasibnya, tidak memiliki anggota badan dengan sempurna tetapi mampu untuk memandu kereta setiap hari adalah titik mula untuk beliau menghidupkan kembali sukan permotoran yang diimpikan.

Sejak itu, beliau terus belajar bagaimana untuk memandu dengan kaki. Usaha tersebut sekaligus melayakkan beliau menjadi pemandu pertama tanpa tangan yang memiliki lesen memandu dalam perlumbaan di peringkat antarabangsa. Akhirnya, Bartek memutuskan untuk mengubah kariernya menjadi seorang pelumba drift pula.

Sanggup ubah suai kereta demi mengejar cita-cita

Tiga tahun belajar menyesuaikan diri untuk menguasai pemanduan kereta lumba dengan menggunakan kaki, bukanlah satu usaha yang mudah tanpa jentera khas yang dimodifikasi. Bagi mengatasi masalah keterbatasan fizikalnya, dia telah mengubah suai kereta Nissan Skyline GT-R selain menambah enjin baru, kotak gear bebas, dan transmisi yang lebih kuat. Menariknya, beliau menggunakan kaki kanan untuk mengawal pedal, dan memandu dengan kaki kirinya.

pelumba kereta tanpa tangan

Satu demi satu kejayaan diraih sebagai seorang pelumba kereta tanpa tangan

Pertama kali menempa nama di litar Poland, Bartek kini bersedia menyahur cabaran yang lebih besar. Dengan segala kerja keras, beliau telah memenangi siri kejohanan perlumbaan antarabangsa Czech sekaligus mengalahkan puluhan pemandu profesional lain.

Pada tahun 2019 pula, beliau sekali lagi berjaya menduduki tempat kesembilan daripada 50 pemandu dalam Kejuaraan Drift Poland, iaitu salah satu siri kejuaraan paling kompetitif di seluruh Eropah. Kisah semangat Bartek telah menjadi inspirasi kepada ramai pemuda di luar sana khususnya kepada golongan OKU untuk tidak menguburkan cita-cita kerana kekurangan diri. Sebaliknya, kejarlah ia menjadi sebuah sejarah yang dikagumi oleh semua orang.

Bagaimana untuk kekal bermotivasi setiap hari

Tidak ada kehidupan yang sentiasa dalam mood yang baik sahaja setiap masa. Ada kalanya kita diuji dengan masalah, cabaran, dan dugaan yang kadang kala melemahkan diri untuk kekal bermotivasi. Itu sudah menjadi lumrah yang perlu kita hadapi. Namun begitu, tingkatkan motivasi diri anda dengan cara ini:

1. Tetapkan matlamat setiap hari

Hidup bermatlamat adalah kehidupan yang mempunyai hala tuju. Sebaiknya, rancang apa yang anda ingin lakukan sepanjang hari bermula dari anda bangun dari tidur. Dengan itu, tidak banyak masa yang terbuang dengan sia-sia. Malah kerja-kerja anda juga boleh disiapkan dengan lebih efisien.

2. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki

Tidak semua usaha yang kita buat akan diberikan hasilnya dengan segera. Ada waktunya kita sudah berusaha sehabis baik tetapi tetap tidak menampakkan hasil sehingga mula rasa berputus asa. Sabar dulu, jangan tergesa-gesa. Kejayaan tidak boleh dikira dari seberapa pantas anda memperolehinya tetapi seberapa kuat usaha yang dilakukan untuk memilikinya. Bersyukur sahaja dengan apa yang ada sekarang.

3. Bergaul dengan komuniti yang positif

Pengaruh masyarakat akan memberi kesan kepada cara fikir, dan rasionaliti dalam kita mengambil sesuatu keputusan. Jika boleh kekalkan pergaulan dengan rakan-rakan yang positif, dan boleh menasihati kita sekiranya terleka.

4. Rajin membaca

Budaya membaca sebuah buku setiap hari boleh menjadi sesuatu yang luar biasa sekiranya kita mengamalkannya. Aktiviti membaca bukan sahaja memberikan kita ilmu baru tetapi juga meningkatkan pemikiran lebih kritis dan kreatif.

pelumba kereta tanpa tangan

Manusia tidak akan kalah dengan ujian yang bertubi-tubi, tetapi manusia akan kalah apabila dia mengangkat tangan untuk berputus asa. Oleh yang demikian, janganlah menyekat kemampuan diri anda dengan perasaan takut sebelum mencuba.

Sumber: Top Gear Malaysia

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.