SEMASA
Pelawak Terkenal Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Allahyarham Ditemukan Terbaring Dalam Bilik Air
Pelawak Terkenal Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Allahyarham Ditemukan Terbaring Dalam Bilik Air
Pian, Pelawak terkenal kumpulan Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 8 malam, Rabu di kediamannya ibunya di Flat Sentul Murni, Kuala Lumpur. Allahyarham ditemukan terbaring dalam bilik air oleh ibunya. Pian mula dikenali ketika menyertai kumpulan lawak Cecupak.
Menurut Hasenah, arwah sememangnya mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja.
“Mak jumpa arwah dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan kematian daripada doktor pada 10.30 malam.
“Kemungkinan besar dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Sejak dia ada masalah jantung pada 2018 sehingga kini tiada sebarang rawatan melainkan ubat.
Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak merosot.
HASENAH
ADIK PIAN CECUPAK
“Arwah hanya makan ubat saja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah memang agak merosot. Dia selalu juga mengadu sakit dada,” kata Hasenah kepada mStar.
Sebelum ini, Pian pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 kerana sesak nafas.
Doktor kemudiannya mengesahkan dia mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).
Susulan itu pelawak berusia 52 tahun itu perlu membuat rawatan angiogram yang kos perubatannya ialah RM5,000.
Pian mempunyai dua orang anak.
Dalam pada itu, Hasenah memberitahu jenazah yang kini berada di kediaman ibu mereka akan dikebumikan pada Khamis sebelum Zuhur.
“Jenazah akan diuruskan di surau berdekatan rumah. Insya-Allah urusan kebumian akan dilakukan sebelum Zuhur esok. Tak pasti lagi kebumi di mana,” ujarnya.
Pian lahir ke dalam dunia hiburan menerusi rancangan realiti TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.
Allahyarham pernah berkahwin dan bercerai pada 2000, hasil perkahwinan itu, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah