SEMASA
Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (GV8), Ini Perkara Yang Aliff Aziz Akan Buat Setiap Kali Sebelum Bertanding Di Pentas Gegar Vaganza

Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (GV8), Ini Perkara Yang Aliff Aziz Akan Buat Setiap Kali Sebelum Bertanding Di Pentas Gegar Vaganza
Program realiti Gegar Vaganza (GV8) melabuhkan tirainya apabila Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi. Susulan dari kemenangannya itu, tular satu video yang memaparkan juara GV8 berkenaan sedang menunaikan solat berjemaah bersama-sama beberapa orang staf.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TkT0k dikenali sebagai @yesnoooooooo, dapat dilihat penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang-Sayang itu menjadi imam serta di belakangnya terdapat tiga lelaki berserta seorang wanita.
Menurut @yesnoooooooo, solat berjemaah merupakan rutin harian yang dilakukan oleh Aliff berserta isterinya Bella Astillah sepanjang menjadi peserta di GV8.
VIDEO
Sehubungan dengan pendedahan itu, rata-rata meninggalkan pelbagai komen positif akan penyanyi berkenaan. Malah, mereka turut mendoakan agar penyanyi tersebut terus istiqomah dalam perubahan yang dilakukan sekarang ini.
Alhamdulillah
Aliff Aziz berubah, Bella Astillah turut berusaha berubah
Pelakon dan penyanyi, Bella Astilah, bersikap optimis dengan perubahan positif ditunjukkan suaminya, Aliff Aziz, yang juga pelakon dan penyanyi dari Singapura yang pernah dipalit pelbagai kontroversi sebelum ini.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, walaupun sedar akan ada segelintir orang meragui keinsafan dan perubahan baik dilakukan Aliff, dia tidak kisah kerana itu hak masing-masing.
“Sebagai isteri, saya tahu apa yang dia buat sekarang ini adalah perkara terbaik buat dirinya dan bukan untuk orang lain. Saya akan terus memberi dorongan dan sokongan termasuk bersama-sama memperbaiki diri juga.
“Apapun, sepanjang mengenali Aliff sejak saya berusia 18 tahun, sebenarnya tak pernah lihat perubahan dirinya sampai ke tahap sekarang yang begitu positif dan sedar dengan kesilapan diri. Saya pun tak tahu nak gambarkan bagaimana, tapi memang sangat gembira dengan perubahannya itu,” katanya.
Enggan hanya memberi semangat kepada suami tercinta untuk berubah sendirian, Bella juga mengambil inisiatif sama dengan mengikuti kelas agama yang turut disertai rakan selebriti lain seperti Amyra Rosli, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay.
“Saya juga kini dalam proses mendekati agama secara lebih mendalam. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya mengikuti kelas agama bersama rakan-rakan artis yang lain. Alhamdulillah, ia sangat menenangkan dan prosesnya lancar.
“Syukur juga kerana saya mendapat tunjuk ajar kelas agama daripada Salima Habibi bersama rakan-rakan artis wanita yang lain itu. Kami ada kumpulan dan akan sentiasa cari masa untuk belajar ilmu agama bersama,” katanya.
Bella yang juga ibu kepada dua anak berkata, kini dia sering mengaji walau di mana pun sama ada ketika memandu kereta termasuk di lokasi penggambaran.
Katanya, keadaan itu dibantu dengan melihat perbuatan pelakon lain.
“Macam Amyra Rosli, ketika tengah ‘shooting’ dan berhenti ‘make up’ pun dia mengaji juga. Jadi, kita nampak usaha semua orang yang sebenarnya ia bermula dari ‘zero’ di mana kita mula (belajar) daripada ‘alif ba ta’ sebab nak perbaiki sebutan.
“Untuk saya, perkara ini sangat bagus kerana semua orang sama level (peringkat). Kita semua masing-masing dalam peringkat pembelajaran untuk mendalami ilmu agama bagi kebaikan diri sendiri,” katanya.
Ditanya juga pembabitan suaminya dalam persaingan Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) kali ini, Bella berkata, ia dilihat sebagai platform terbaik untuk Aliff yang berhasrat membuat kemunculan semula sebagai penyanyi.
Bella berkata, walaupun kini Aliff berada pada fasa mendekatkan diri kepada agama, namun baginya pembabitan dalam GV8 itu tidak mengganggu pun apa yang dilakukan suaminya sekarang (belajar agama). “Insya-Allah, saya akan terus memberi sokongan dan semangat kepada Aliff. Semua perkara positif dilakukannya kini pasti kami sekeluarga akan menyokong. Mohon juga terus doakan suami saya,” katanya.
SUMBER: yesnoooooooo Via Redaksi
SEMASA
Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan
ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.
Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.
Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.
Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.
“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.
Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal
Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.
Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.
Video penuh remaja pecah tabung masjid :
SEMASA
“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.
Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.
Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.
“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.
“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.
Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu
Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.
Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.
Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.
SEMASA
“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.
Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.
Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.
Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.
Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.
Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.
Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.
“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”
“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”
Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.
Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.
Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.
Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Video :
@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬
Keluarga6 years agoSering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
Resepi Viral6 years ago10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
AGAMA7 years agoSatu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
AGAMA7 years agoSatu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
AGAMA6 years agoCara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
AGAMA6 years agoCara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
AGAMA6 years agoNafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
AGAMA7 years ago5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah












