Connect with us

SEMASA

Raja Salman semakin tua. Jika memang Raja Salman nanti wafatnya kerana dibunuh, maka benarlah, dia raja yang disebut Rasulullah saw dalam hadisnya

Published

on

csivvgdb

Raja Salman semakin tua. Jika memang Raja Salman nanti wafatnya kerana dibunuh, maka benarlah, dia raja yang disebut Rasulullah saw dalam hadisnya

Setelah wafatnya Raja Salman, maka akan muncul Al Mahdi yang menggantikan kedudukan beliau. Dalam pandangan sebahagian ulama, maka amat dekatlah peristiwa ini terjadi.

Di antara tanda-tandanya yang sudah nampak, ketika ini Raja Salman semakin meningkat tua, gejolak di dalam kerajaan Arab Saudi ketika ini sedang terjadi, salji turun di Arab, Sungai Eufrat mengering, penindasan dan pembantaian umat Islam terjadi di mana mana, dan orang biasa, berlumba-lumba membangun gedung dan bangunan tinggi.

Menurut Ustaz Muhammad Zulkifli Ali, Lc.MA yang di dalam ceramahnya seperti disiarkan dari kajian subuh, selalu menjelaskan tentang akhir zaman. Menurutnya, Raja Salman adalah salah satu dari tanda-tanda akan munculnya Imam Mahdi dan Dajjal.

Siapakah Al Mahdi?

Menurut Ustaz Zulkifli, Al Mahdi berasal dari keturunan Nabi Muhammad saw dari puterinya Fatimah ra, iaitu Hasan Bin Ali ra. Namanya mirip nama Nabi, iaitu Muhammad dan nama ayahnya juga sama dengan ayah Nabi iaitu bernama Abdullah.

Dan berikut ini adalah tanda-tanda akan segera munculnya Al Mahdi/Imam Mahdi:

1. Salji turun di Arab. Ini sudah terjadi sejak tahun 2009

2. Bumi akan dipenuhi huru-hara dan peperangan dan kezaliman yang semakin lama semakin meningkat, sehingga hari-hari ke depan akan terasa semakin berat. Banyak terjadi pembunuhan seperti yang ketika ini terjadi di Yaman, Syria, Palestine, Mesir dan yang lainnya

3. Banyak terjadi fitnah dan kezaliman yang terjadi di negeri Syam, seperti yang terjadi ketika ini di Syria oleh rezim Basar Assad atau kekejaman di Palestine oleh Israel

4. Wafatnya seorang Raja Arab, lalu 3 putera mahkotanya saling bertelagah atau konflik

5. Ketika ini Raja Abdullah di Arab Saudi telah wafat dan 3 putera mahkota berikutnya saling bergaduh kerana mempunyai perbezaan prinsip dan karektor. Tiga putera mahkota tersebut iaitu, Raja Salman, Thalal dan Mukrim.

Raja Salman dilantik menggantikan Raja Abdullah pada Januari 2015. Beliau termasuk orang saleh dan anti maksiat dan hafiz Quran. Sedangkan Thalal memiliki kekuatan ekonomi, bahkan salah satu orang terkaya di dunia. Namun ia ahli maksiat. Sementara itu Mukrim kecenderungannya lebih kepada Yahudi dan Amerika.

Raja Salman telah mengusir Thalal dari kerajaan, sedangkan Mukrim dibiarkan tetap di kerajaan, namun telah mencabut hak beliau sebagai raja berikutnya. Namun kemuncaknya, pergaduhan di antara 3 putera mahkota tersebut akan terus terjadi.

Mungkinkah Raja Salman akan menjadi raja terakhir Arab Saudi?

Raja Salman tidak pernah disebutkan oleh Nabi dalam banyak nubuwatnya mengenai Akhir Zaman. Justru Raja Abdullah yang beberapa kali disebutkan oleh Nabi sebagai penanda kedatangan Al Mahdi.

Dari Abu Bashir, dia mengatakan, aku mendengar Abu Abdullah, yakni Al Imam Ashaddiq dia berkata, “Siapa yang memberi jaminan kepada saya bahawa kematian Abdullah (Raja Saudi) membuat keadaan menjadi aman?”

Dia lalu berkata, ”Apabila Abdullah meninggal dunia, manusia tidak akan bersatu untuk menyetujui seorang pun sebagai raja yang menggantikannya. Urusan ini tidak dapat diselesaikan oleh orang selain sahabat kalian (Al Mahdi) Insya Allah. Raja yang memerintah bertahun-tahun akan meninggal, dan akan digantikan oleh raja yang memerintah hanya dalam hitungan bulan dan hari.”

Aku (Abu Bashir) bertanya, ”Apakah itu akan berlangsung lama?” Al Imam Ash Shidiq menjawab, “Tidak akan lama”.
Riwayat ini jarang kita dengar, namun boleh jadi benar bahawa Raja Salman akan menjadi Raja terakhir, dan kerana masa berkuasanya yang hanya dalam masa singkat.

Maka Nabi Muhammad salallahu’alaihi wa sallam sampai tidak menyebut namanya dalam berbagai hadis akhir zaman, dan hanya menyebut Raja Abdullah sebagai raja terakhir yang kematiannya akan memunculkan Al Mahdi.

Dalam pemberitaan berkisar tentang Raja Salman, akhir-akhir ini terungkap sedikit hal tentang beliau, bahawa beliau akan melanjutkan kebijakan Raja Abdullah. Kebijakan-kebijakan yang diambil Raja Salman boleh jadi akan membuat barat tidak senang.

Dengan adanya suara-suara ketidakpuasan di antara putera, maka ketidakpuasan barat boleh mengakibatkan komplot untuk bersama-sama menjatuhkan Raja Salman dalam masa sesingkat-singkatnya.

Walau apapun, Raja Salman telah dilantik dan menjadi pengganti Raja Abdullah. Sakit demensia dan usia tuanya mungkin benar-benar akan menjadi dua hal yang menyebabkan usianya tidak lama, ataukah akan benar-benar terjadi perebutan kekuasaan secara diam-diam di internal kerajaan Arab Saudi yang menyebabkan berakhirnya Dinasti Abbasiyah Moden, sehingga akan memunculkan Al Mahdi yang akan memunculkan kekhilafahan di depan Ka’bah di Mekah, di depan jemaah haji yang belum semuanya pulang ke negara masing-masing.

Tanda-tanda konflik juga mulai terlihat di jabatan kerajaan Arab Saudi, antara putera mahkota Mohammed dan Raja Salman.

Belum lama dulu, muncul isu adanya rencana kudeta, sehingga Raja Salman yang ketika itu sedang dalam kunjungan kenegaraan di Rusia, mengganti 30 pengawalnya yang dipilihkan Putera Mohammed dengan pengawal yang dirombak oleh Menteri Dalam Negeri.

30 pengawal pilihan Mohammed dipulangkan, dan diganti dengan 30 pengawal hasil pilihan Menteri dalam negeri.
Raja Salman dan putera Mohammed diketahui sudah berkonflik sejak sejumlah kebijaksanaan Mohammed menjadi kontroversi. Di antaranya, membolehkan wanita memandu, membolehkan wayang gambar masuk Riyadh, mengadakan pertunjukan fashion, melakukan serangan ke Yaman, dan yg terakhir pembunuhan Jamal Khashoggi.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SEMASA

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

Published

on

remaja pecah tabung masjid

Remaja Pecah Tabung Masjid? Video CCTV Viral Cetus Perdebatan

ALOR PONGSU – Isu remaja pecah tabung masjid kembali menjadi perhatian apabila satu rakaman CCTV tular di media sosial, memaparkan tindakan beberapa individu dipercayai cuba mengambil wang daripada tabung masjid.

Kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah masjid sekitar Alor Pongsu itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutamanya apabila ia melibatkan tempat ibadah umat Islam.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan seorang remaja menghampiri tabung sebelum bertindak dalam keadaan mencurigakan. Video itu kemudian tersebar luas dan menjadi antara video viral masjid Malaysia yang hangat diperkatakan.

remaja pecah tabung masjid

Netizen Luah Kecewa Isu Tabung Masjid Dicuri

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian yang disifatkan sebagai tidak menghormati kesucian masjid.

Ada yang menyifatkan tindakan ini sebagai satu bentuk kes remaja curi duit masjid yang semakin membimbangkan, malah ada juga yang mengaitkannya dengan kemerosotan nilai dalam kalangan generasi muda.

“Masjid sepatutnya jadi tempat paling selamat, bukan sasaran jenayah,” tulis seorang pengguna.

Isu Sosial Remaja Malaysia Kembali Dipersoal

Kejadian ini sekali lagi membuka perbincangan tentang isu sosial remaja Malaysia, termasuk peranan keluarga, pendidikan dan masyarakat dalam membentuk sahsiah generasi muda.

Walaupun ada yang menuntut tindakan tegas, terdapat juga pandangan yang mencadangkan pendekatan mendidik dan membimbing agar remaja tidak terus tersasar.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes remaja pecah tabung masjid tersebut.

 

Video penuh remaja pecah tabung masjid :

 

Sumber

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Published

on

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

“Hilang Dihanyutkan Arus Deras” – Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Puncak Alam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, petang tadi.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.47 malam.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

 Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.13 malam dan segera memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perkongsian kejadian ini mengundang rasa risau dan simpati dalam kalangan netizen yang turut mendoakan agar mangsa segera ditemui.

Baca lagi : Kanak-Kanak 4 Tahun Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik Di Manjoi – Majalah Ilmu

Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas

Ramai juga mengingatkan tentang bahaya arus deras ketika hujan lebat, terutama di kawasan longkang dan parit yang boleh menjadi sangat berbahaya dalam sekelip mata.

Operasi mencari dan menyelamat Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas masih diteruskan oleh pihak bomba.

Semoga mangsa Kanak-Kanak 10 Tahun Dikhuatiri Lemas ditemui segera dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber

 

 

 

 

 

 

Continue Reading

SEMASA

“Penonton Selalu Terhibur Dengan Kerenah Atok,Pemergian Ayah Famy Ismail Buat Ramai Sebak”

Published

on

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Pempengaruh TikTok, famy.ismail, sebelum ini sering mencuri perhatian ramai menerusi perkongsiannya menjaga ayah tercinta yang sedang sakit strok.

Melalui video-video yang dimuat naik, ramai penonton mengikuti perjalanan hidup mereka sekeluarga, termasuk rutin harian, rawatan, suasana di hospital dan gelagat ayahnya yang sering memarahi atau berleter kepada Famy.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Walaupun sering dimarahi, Famy tetap sabar melayan kerenah ayahnya. Malah, hubungan mereka membuatkan ramai tersenyum kerana di sebalik kemarahan itu, jelas kelihatan kasih sayang seorang ayah terhadap anak.

Gelagat ayahnya yang kadangkala tegas, lucu dan bersahaja membuatkan ramai penonton terhibur. Ada yang menganggap atok itu seperti ayah atau datuk mereka sendiri kerana sikapnya yang begitu dekat dengan kehidupan ramai orang.

Moto yang sering dikongsikan Famy iaitu “Cipta lah kenangan selagi ianya masih ada” kini menjadi lebih menyentuh hati selepas berita pemergian ayahnya mula tersebar.

,Pemergian Ayah Famy Ismail

Ramai pengikut mengakui mereka terkejut apabila melihat perkongsian ucapan Al-Fatihah dan berita mengenai pemergian ayah Famy.

Ada yang mengatakan mereka baru sahaja melihat video-video ayahnya beberapa hari lalu, malah ada juga yang mengakui masih teringat wajah dan suara ayahnya yang sering muncul dalam kandungan TikTok Famy.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai.

“Terkejut buka Facebook tadi, Al-Fatihah atok.”

“Atok online kami. Semoga tenang di sana, salam takziah kepada keluarga.”

“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan Al-Fatihah… xde dah orang nak hiburkan kami.”

okomenaa

Perkongsian itu membuatkan ramai sedar bahawa setiap momen bersama ibu bapa adalah sangat berharga.

Apa yang dilakukan Famy sepanjang menjaga ayahnya bukan sekadar menghasilkan kandungan di media sosial, tetapi menjadi bukti kasih sayang seorang anak yang sanggup menjaga orang tuanya hingga ke akhir hayat.

Kini, segala gelak tawa, bebelan dan kemarahan kecil ayahnya hanya tinggal kenangan.

sfasfasfasf

Namun kenangan itulah yang akan terus hidup dalam hati keluarga dan para pengikut yang pernah mengikuti perjalanan mereka selama ini.

670554546 18580053295022083 5156897384375136243 n

Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Video :

@famy.ismail Ayah udah laaa! Ayah udah laaaa! Simple ! 😩 #CiptaKenangan #foryourpage #AtokOnline #fypシ゚ #fyp ♬ suara asli – Virgiant 🪬

Continue Reading

Trending