Connect with us

AGAMA

Pasang 3 Niat Utama Ini, Rezeki Akan Melimpah Ruah Dan Dibangkit di Mahsyar Dengan Wajah Bercahaya Seperti Bulan Purnama

Published

on

Pasang 3 Niat Utama Ini, Rezeki Akan Melimpah Ruah Dan Dibangkit di Mahsyar Dengan Wajah Bercahaya Seperti Bulan Purnama

Pekerjaan yang halal itu menjadi keutamaan setiap manusia. Bahkan, ia sebenarnya merupakan satu tuntutan agama dalam memperoleh harta. Dalam usaha dan kesungguhan kita mengumpul serta mendapatkan harta, Islam mengingatkan kita agar mendapatkannya daripada sumber yang halal.

طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

“Mencari (harta) yang halal adalah wajib bagi setiap Muslim.” (Hadis Riwayat ath-Thabarani)

Indahnya Islam, sesiapa yang bekerja dengan keringat dan jerih payah sendiri melalui cara-cara yang halal adalah cara untuk mencari kemuliaan. Ia bukan sekadar ganjaran mencari nafkah untuk keluarga semata-mata, bahkan ALLAH سبحانه و تعالى‎ juga akan mengampunkan do(sa)-do(sa) kita pada hari itu.

Sesungguhnya, ALLAH سبحانه و تعالى‎ menyukai orang yang penat mencari rezeki yang halal kerana ia juga merupakan satu ibadah yang wajib selepas solat fardu.

Niat keluar bekerja dengan ikhlas kepada Allah سبحانه و تعالى‎ untuk mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga serta menyumbang kepada masyarakat. Abu Mas’ud RA berkata Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Apabila seorang lelaki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah. (HR Bukhari)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga bersabda: “Siapa yang pada petang harinya berasa letih daripada amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada petang itu telah diampunkan do(sa)nya.” (Riwayat at-Tabrani)

KHABAR GEMBIRA KEPADA PENCARI REZEKI YANG HALAL

Kerja (pekerjaan) apa pun yang pentingnya halal itu lah kerja yang paling mulia. Bukannya ada ranking-ranking (peringkat-peringkat), kerja begini, kerja glamour, kerja mulia, kerja yang dipuji, kerja ni hina sikit.. takda..
Namanya kerja yang halal itu lah kerja yang paling mulia disisi Allah

3 Niat Utama Untuk Rezeki Melimpah Ruah :

Niat Pertama : Ya Allah, aku mencari rezeki ini untuk diriku supaya aku tidak meminta-minta, kurniakanlah aku rezeki Ya Allah..

Niat Kedua : Ya Allah, berikanlah aku rezeki supaya aku dapat menafkahi keluargaku. (Jika isteri niat, supaya aku dapat membantu suamiku Ya Allah)

Niat Ketiga : Ya Allah, aku mencari rezeki ini Ya Allah untuk membantu orang-orang disekelilingku.. (walaupun kita memerlukan tetap membantu orang disekeliling kita… SubhanAllah)

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

مَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلاَلا اِسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ, وَسَعْيًا عَلَى أَهْلِهِ وَتَعَطُفًا عَلَى جَارِهِ, جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةِ الْبَدْرِ

Siapa yang mencari dunia secara halal untuk menjaga diri dari meminta-minta dan sebagai upaya untuk menafkahi keluarganya serta berbuat baik kepada tetangga, dia datang pada Hari Kia(mat), sementara wajahnya laksana bulan purnama

(Hadis Riwayat al-Baihaqi, Ishaq ibnu Rahawaih, Ibnu Abi Syaibah, Abdu bin Humaid, Abu Nu’aim dan ath-Thabarani di dalam Musnad asy-Syamiyin).

Kata Ustazah Asma lagi, Nabi sebut 3 perkara itu, mencari rezeki yang halal untuk kerana dirinya, ahli keluarganya dan untuk membantu orang disekelilinganya Allah سبحانه و تعالى‎ akan bangkitkannya di mah’syar kelak dengan wajah yang bercahaya umpama bulan purnama.

Pesan Ustazah Asma lagi su(sah) macam mana pun kita mencari rezeki jaga solat, jaga solat. Kita mencari rezeki dengan Allah سبحانه و تعالى‎ bukan dengan bos, Allah سبحانه و تعالى‎ yang beri kita rezeki.

Jika kita jaga solat 5 waktu rezeki kita akan barakah, walaupun tak banyak tetapi cukup. Tetapi jika rezeki kita banyak sekali pun tapi tak barakah maka takkan cukup.

Barakah yang paling utama, solat kena jaga. Buat lah kerja bersunguh-sungguh, InsyaAllah.. Allah سبحانه و تعالى‎ akan bangkitkan kita dengan wajah yang bercahaya.. Aminn

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Sumber: abunur@vmk

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!