Connect with us

Pendidikan

Panduan Tanam Kangkung Atas Batas, Kawasan Luas. 30 Hari Dah Boleh Tuai & Jual

Avatar of fadil zim al zubir

Published

on

Panduan Tanam Kangkung

Panduan Tanam Kangkung Atas Batas, Kawasan Luas. 30 Hari Dah Boleh Tuai & Jual

Panduan Tanam Kangkung Kalau nak tanam kangkung untuk makan sendiri mudah saja, tanam dalam pasu atau kotak polisterin pun dah mencukupi.

Baca lagi di : Program Insentif Yuran Pendaftaran TASKA Selangor RM100 (PINTAS) – Cara Memohon

Tapi kalau nak tanam kangkung di tanah luas, atas batas untuk jualan pula ada caranya. Bagi yang berhajat menanam sayur kangkung untuk tujuan ini boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Wan Rosnazira.

Langkah tanam kangkung atas batas, kawasan luas

Panduan Tanam Kangkung

Panduan Tanam Kangkung Hari ini Ira nak kongsi sikit cara-cara tanam kangkung atas batas. Terdapat 2 jenis kangkung, satu yang berdaun lebar dan satu lagi berdaun tirus.

Ira tanam yang berdaun lebar. Menggunakan biji benih. Ada juga yang tanam melalui keratan batang.

Langkah 1: Pertama sekali perlu menggembur tanah. Ira buat di kawasan yang agak luas dan kat rumah memang ada jentera. Jadi kita guna trektor sajalah. Untuk yang berskala kecil, boleh pakai cangkul sahaja.

Panduan Tanam Kangkung

Beginilah rupa tanah yang siap digembur.

Panduan Tanam Kangkung

Langkah 2: Membina batas. Lebar batas lebih kurang satu meter, tinggi dalam sejengkal lebih. Pakai cangkul sahaja, angkat tanah naik ke atas.

Panduan Tanam Kangkung

Langkah 3: Menabur baja. Saya guna baja tinja ayam sahaja. Taburkan baja atas batas kemudian gaulkan dengan tanah.

Panduan Tanam Kangkung

Langkah 4: Membuat lubang untuk meletakkan benih. Gunakan kayu untuk membuat garisan lubang. Jarak antara satu garisan lubang lebih kurang satu jengkal.

Panduan Tanam Kangkung

Langkah 5: Menabur benih. Letakkan 10-15 biji benih setiap lubang. Jangan terlalu banyak untuk mengelakkan kepadatan apabila pokok membesar nanti. Kemudian tutup lubang dengan tanah.

Panduan Tanam Kangkung

Panduan Tanam Kangkung

Langkah 6: Penyiraman. Pokok kangkung perlukan banyak air. Siram setiap pagi dan petang.

Panduan Tanam Kangkung

Langkah 7: Membaja. Setelah lebih kurang 2 minggu, pokok kangkung perlu dibaja untuk kali ke 2. Buatkan garisan lubang antara barisan pokok, kemudian diletakkan baja taik ayam.

Panduan Tanam Kangkung

Langkah 8: Menuai hasil. Setelah 30 hari, kangkung sudah cukup matang dan boleh dicabut. Caranya, pegang pangkal pokok, kemudian tarik bersama akarnya.

Panduan Tanam Kangkung

Mudah saja kan tanam kangkung. Selamat berbudi pada tanah, anda pasti akan mendapat hasilnya.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Wan Rosnazira.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.