Connect with us

KESIHATAN

Panduan Bagaimana Cara Pilih Sunblock Yang Tepat Untuk Kulit, Doktor Ini Kongsi Tips Berguna Tanpa SPF Tinggi

Published

on

cara pilih sunblock

Panduan Bagaimana Cara Pilih Sunblock Yang Tepat Untuk Kulit, Doktor Ini Kongsi Tips Berguna Tanpa SPF Tinggi

Lambakan produk dan jenama sunblock di pasaran membuat kita kadang kala rambang mata untuk memilih mana satu yang terbaik. Ada yang kata pilih kandungan SPF yang tinggi. Ada juga yang kata perlu tanya ahli farmasi atau pakar kulit yang lebih arif. Artikel ini kami ingin berkongsi kepada anda tentang cara pilih sunblock yang betul mengikut kulit sendiri.

cara pilih sunblock

Apa kegunaan sunblock?

Sunblock adalah sejenis krim perlindungan cahaya matahari yang berfungsi untuk melindungi kulit wajah dari sinar radiasi UVB (short wave ultraviolet B). Di mana radiasi yang terlalu lama ini boleh menyebabkan kulit seseorang terbakar dan berisiko tinggi terkena kanser melanoma.

Perbezaan antara sunblock dan sunscreen

Kita selalu tertanya-tanya sama ada sunblock atau sunscreen, yang mana satu berguna untuk setiap hari.  Sebenarnya kedua-dua ini ada fungsi yang tersendiri untuk kulit. Jika sunblock melindungi kulit wajah dari sinat radiasi UVB, sunscreen pula akan melindungi kulit daripada radiasi UVA (long wave ultraviolet A).

cara pilih sunblock

Namun apabila di tanya yang mana satu penting, sunblock atau sunscreen? Jawapannya, kedua-dua ini penting dalam memberi perlindungan pada kulit kita. Jika kita mahu berkelah di tepi pantai dengan cuaca yang panas, maka gunakanlah sunblock dahulu sebelum keluar rumah.

Seandainya, kita takut kulit nampak lebih berumur dan berjeragat boleh gunakan sunscreen. Dalam hal ini, mencari satu produk yang mempunyai sunblock dan sunscreen sekali amatlah digalakkan untuk memudahkan anda mendapat 2 in 1 perlindungan sekaligus dalam satu masa sahaja.

Apa itu SPF?

Bila kita pergi Watson atau Guardian, kita mesti boleh nampak setiap produk sunblock mempunyai jumlah SPF yang tersendiri seperi SPF15, SPF30, dan SPF50. Kita yang naif dan tidak tahu tentang perbezaannya sering kali mendengar kata-kata orang dalam menentukan pilihan yang ingin dbuat.

Untuk pengetahuan anda, nilai SPF yang berbeza-beza ini digunakan bergantung pada jenis kulit seseorang dan aktiviti yang mereka lakukan. Sun Protection Factor (SPF) merujuk kepada tempoh sesuatu produk itu mampu untuk melindungi kulit kita.

Cara pilih sunblock yang disarankan

Ini adalah panduan dan tips untuk anda pilih sunblock yang terbaik untuk digunakan setiap hari.

1. Kira kekuatan sunblock melindungi kulit

Sebelum pilih sunblock yang sesuai, mengira SPF dulu adalah aspek yang penting agar kita tahu keadaan kulit yang sesuai.

Contoh; SPF15

Pertama, tolakkan nilai SFP dengan formula (n-1)/n

Iaitu, (15-1)/15 dan nilainya adalah 0.93. Nilai 0,93 ini bermaksud ianya mempunyai kekuatan 93% untuk melindungi kulit kita dari sinaran UV. Untuk SPF30 pula adalah 96% manakala SPF50 adalah 98%.

2. Jenis warna kulit dan pertahanan UV

Warna kulit manusia yang berbeza-beza juga mempengaruhi tempoh masa ketahanan sunblock itu melindungi kulit kita. Maksudnya di sini, semakin gelap kulit maka semakin panjang tempoh masa ia bertahan di bawah sinaran UV. Hal ini disebabkan oleh kandungan pigmen melanin yang tinggi berbanding orang yang berkulit cerah.

  • Kulit kuning langsat, 15 minit
  • Kulit sawo matang, 20 minit

Jika anda seorang berkulit putih dan menggunakan sunblock SPF15, ia boleh tahan selama lebih kurang 150 minit (15×10 minit). Manakala untuk kulit sawo matang pula adalah 300 minit (15 x 20 minit).

3. Pilih jenis sunblock ikut jenis kulit

  • Kulit kering: Cari yang berbentuk krim atau lotion
  • Kulit berminyak: Cari yang gel atau mengandungi oil-free
  • Kulit sensitif: Cari yang berbentuk gel dan tidak mempunyai pengawet atau bau buatan
  • Kulit berbulu: Cari yang berbentuk gel atau spray
  • Kulit gelap: Guna sunblock yang mengandungi SPF15 sahaja

4. Mempunyai UVA dan UVB

Kalau anda perasan pada botol sunblock ada dituliskan tentang simbol PA atau PA+++. Simbol ini adalah kiraan untuk UVA, manakala nilai tambah di belakang itu menunjukkan kekuatan pada sesuatu sunblock.

Jika sesuatu sunblock itu hanya tertulis PA+++, maka ianya tiada pertahanan UVB. Untuk yang tidak begitu terdedah kepada sinaran terik matahari atau yang terdedah sekejap sahaja (kurang dari 4 jam), SPF 15 sudah mencukupi.

Jika anda memang terdedah lama dan sentiasa berpeluh, SPF 30 sesuai digunakan. Melainkan jika anda memiliki kulit putih, SPF 50 sememangnya untuk anda.

Tips pakai sunblock pada wajah sahaja

1. Sunblock dioleskan pada wajah 15 hingga 30 minit sebelum memulakan aktiviti.

2. Sapu juga pada semua permukaan kulit yang terdedah.

3. Sapu lipbalm yang mengandungi SPF, UVA & UVB.

4. Sapu sunblock dalam 3 hingga 4 jam sekali lebih-lebih lagi jika anda kerap berpeluh atau melakukan aktiviti di dalam air.

5. Lihat dulu tarikh dan tekstur pada sunblock sebelum digunakan.

6. Kuantiti sunblock yang tepat adalah sebanyak dua jari tangan (jari telunjuk dan jari tengah)

cara pilih sunblock

Untuk memiliki wajah yang bersih dan sihat, ia perlu bermula dari awal lagi. Ingin cantik dan kekal awet muda memerlukan kerajinan dan pengorbanan dari segi wang dan kesungguhan. Jika kedua-dua ini tidak kita miliki, sudah tentu kulit yang kusam akan bertambah nampak tua apabila sudah berusia.

Sumber: Erna Nadia

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.