KESIHATAN
“Haid Tidak Teratur, Tidak Mampu Berikan Zuriat Untuk Suami”, Kisah Pesakit Kanser Ovari Ini Menjadi Kesedaran Buat Semua Kaum Hawa Untuk Lebih Peka Dengan Kesihatan Diri
“Haid Tidak Teratur, Tidak Mampu Berikan Zuriat Untuk Suami”, Kisah Pesakit Kanser Ovari Ini Menjadi Kesedaran Buat Semua Kaum Hawa Untuk Lebih Peka Dengan Kesihatan Diri
Pemergian seorang penyanyi, pengacara, penulis lirik, dan pencinta kucing, Allahyarhamah Adibah Noor masih terasa di hati apatah lagi beliau pergi dengan keadaan mengejut seperti itu. Siapa sangka wajah yang ceria sebenarnya menyembunyikan seribu satu rahsia tentang kesihatan dirinya yang menghidap kanser ovari tahap 4. Artikel pada kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda sebuah kisah pesakit kanser ovari, kanser fighter di usia masih muda.
Baru ingin merancang anak pertama, kisah pesakit kanser ovari diuji
Kisah pesakit kanser ovari yang memperkenalkan namanya sebagai Ummu Syahirah Derahman ini mengatakan beliau sendiri tidak tahu menahu yang selama ini menderita sakit tersebut. Pada mulanya, niatnya untuk bertemu dengan pakar sakit puan hanyalah untuk merawat haid yang tida teratur. Namun apa yang berlaku lain pula jadinya. Ujian ultrasound menunjukkan bahawa beliau disahkan menghidap kanser ovari.
Berkahwin dengan Azrul Aziz pada tahun 2016 ketika masing-masing sedang melanjutkan pelajaran lagi. Pasangan ini merancang untuk tidak menimang zuriat atas faktor komitmen mereka sebagai seorang pelajar dan ingin menstabikan ekonomi dan peribadi terlebih dahulu sebelum bergelar ibu bapa.
Masuk ke fasa tahun kedua perkahwinan, mahligai yang penuh cinta ini memutuskan untuk menerima kehadiran zuriat bagi melengkapkan ikatan kasih sayang mereka. Tiada siapa sangka saat diri sudah bersedia, Allah SWT menghadirkan ujian demi ujian untuk dihadapi dengan dada yang lapang.
Pertengahan Julai 2017, beliau sudah menunjukkan haid yang sudah tidak teratur sehingga menyukarkan untuk mengira waktu haid dan istihadah kerana tempoh haid yang sangat panjang. Temujanji demi temujanji serta menjalani ultrasound, semuanya kelihatan normal, barangkali perubahan hormon yang sementara disebabkan stress atau faktor lain.
Mengalami simptom heartburn, mudah kenyang & berat badan bertambah
Tiba-tiba sahaja pada Januari 2018, Ummu Syahirah mengalami masalah heartburn yang teruk sehingga sukar untuk bernafas dan makan. Tambahan lagi, berat badannya juga semakin bertambah dari sebelum ini walaupun setiap kali makan beliau mudah berasa kenyang.
“Kata hati adakah saya mengandung?” persoalan ini pernah singgah di benak fikiran Ummu Syahirah dulu.
Namun, ujian kehamilan yang dibuat masih menunjukkan tanda negatif bermakna beliau belum mengandung lagi. Bulan demi bulan, perubahan kesihatan yang ketara semakin menonjol sehingga menimbulkan resah dan kerisauan.
“Oleh kerana haid yang terus tidak teratur, kami meneruskan rawatan dengan merujuk pakar sakit puan di Kelantan. Disebabkan kekangan masa dan urusan pengajian, temujanji saya terpaksa ditangguh 2 hingga 3 kali”, kata beliau lagi.
Ada ketulan di bahagian ovari
Pemeriksaan ultrasound dilakukan sekali lagi. Doktor pakar itu memberikan penjelasan yang cukup tenang dan berhati-hati kepada beliau.
Doktor: Ada ketulan ye di kilang telur awak, ovari. Nampak macam ada kat dua-dua belah tapi banyak di bahagian kanan. Nampak macam ketulan-ketulan kecil yang banyak. Awak takde rasa sakit ke kat bahagian abdomen, perut awak ni?
Saya: Ada doktor, kadang kuat jugak tapi saya rasa bearable, masih boleh tahan.
Doktor: Lama dah start rasa sakit?
Saya: Lebih kurang akhir tahun lepas atau awal tahun ni doktor.
Doktor: Awak ada ambil ubat putih atau kurus ke?
Saya: Tak pernah doktor. Saya tak makan benda-benda mcm tu.
Doktor: Dalam keluarga, ada yang kena kanser ke?
Saya: Ada doktor, mak cik saya.
Doktor: Belah mak atau ayah?
Saya: Belah mak.
Ketika itu juga, beliau terbayang wajah ibu saudaranya yang baru meninggal tahun lepas kerana bertarung hampir 8 hingga 9 tahun akibat kanser payu dara.
Khabar berita diterima dengan tangisan dari seorang ibu
Individu pertama yang diberi tahu tentang berita bahawa beliau disahkan menghidap kanser ovari setelah beberapa kali ujian darah dan CT scan dibuat adalah ummi beliau sendiri. Ibu mana yang tidak sedih dan risau melihat keadaannya seperti itu.
Ibu mertuanya yang turut mengetahui hal tersebut mengalir air mata sehingga menyebabkan air mata Ummu Syahidah yang sudah bergenang turut sama keluar.
Suami beliau pula resah dan risau, merujuk ke sana ke mari bertanyakan tentang keadaan dan kemungkinan yang akan berlaku kepada isterinya itu.
Sedangkan beliau sudah ikhlas dan menerima khabar ini sejak awal lagi.
“Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memilihku menjadi insan yang diuji”, itu suara hati yang beliau pegang sejak menerima berita tersebut.
Cyst merebak hingga ke buah pinggang
Doktor: Okay Puan Ummu, puan tahu ye tujuan pembedahan esok?
Saya: Ye saya, doktor.
Doktor: Okay, esok kita kan buat operation di panggil laporotomy dan kita akan belah bahagian abdomen awak secara vertical ye (sambil menunjukkan bahagian yang beliau maksudkan). Kita akan belah dari bawah pusat dan ke bawah, kira-kira 10 cm, dan kalau cyst tu besar, mungkin kita akan belah sikit dari ke atas pusat ye.
Saya: Ok doktor.
Doktor: Esok siapa penjaga yang akan ada masa operation ye?
Saya: Insya Allah mak ayah saya dan suami akan ada sekali.
Doktor: Ok baik puan. Sebab macam ni ye puan, cyst puan ni kami rasa dah merebak jauh dan bukan berada berdekatan ovari sahaja. Cyst tu dah hampir ke kawasan buah pinggang dan bahagian atas puan ye. Jadi kami tak pasti sama ada bahagian mana lagi yang terlibat sampailah kami bedah, buka, dan lihat sendiri. (Saya hanya mengangguk mengiyakan). Sebelum ni puan dimaklumkan bahawa ovari kanan puan akan dibuang bersama ye puan?
Saya: Ye doktor.
Doktor: Baik, jadi ye puan esok ada kemungkinan kita terpaksa untuk buang kedua-dua ovari dan kalau ianya dah merebak ke bahagian rahim, kami terpaksa untuk buang rahim puan sekali. Jadi, kami perlukan persetujuan dari suami puan esok, kalau perlu.
Beliau terjeda sebentar dari perbualan tersebut. Fikiran beliau tiba-tiba menjadi kosong mendengar segala kemungkinan yang bakal berlaku esok sewaktu hari pembedahan. Begitu besar ujian ini.
Apa yang terbaik mampu dilakukan saat itu adalah berwuduk, solat, dan menangis sepuasnya mengadu ketika sujud kepada Allah SWT.
“Saya terasa seolah-olah hamba yang sangat dhaif dan hina di hadapan Nya. Hamba yang sedang memahami takdir Nya dalam keadaan bertawakal dan bersyukur dengan segala nikmat selama ini”, luah beliau.
Pembedahan berjalan dengan lancar, ovari tidak dibuang
Allah Maha Mengetahui yang terbaik, pembedahan berjalan dengan lancar dan kedua-dua ovari beliau tidak dibuang tidak seperti teori awal yang diberitahu oleh doktor. Bahkan teori awal yang mengatakan cyst beliau hanya berupa ketulan kecil rupanya adalah satu kantung yang sangat besar bersaiz 30 cm x 30 cm dan dipenuhi cecair.
Keadaan beliau sekarang ini dalam keadaan baik dan dalam proses pemulihan. Pesan Ummu Syahirah kepada kaum hawa di luar sana, untuk lebih peka selepas ini tentang kesihatan diri agar ia mampu dibendung dari peringkat awal supaya tidak bertambah teruk.
Kesihatan adalah nadi dalam kehidupan. Wang tidak mampu memberikan seseorang itu sihat apabila dia sudah sakit. Tetapi dengan cara mencegah dari melarat, kita mampu untuk menyelamatkan diri dari sesuatu penyakit.
Sumber: Facebook Ummu Syahirah Derahman
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah