KESIHATAN
Kacang Botor, Walau Namanya Tak Berapa Glamer Namun Banyak khasiatnya
Kacang Botor, Walau Namanya Tak Berapa Glamer Namun Banyak khasiatnya
Walau namanya tak berapa glamer khasiatnya cukup indah, biasanya dipanggil kacang botor. Kacang kelisa di sebelah utara. Kecipir di sebelah Indonesia.
Bayangkan 100g kacang botor melebihi jumlah protein soya. Lebih selamat. Tak ada isu dengan GMO bagai. Boleh kata masuk kategori organik.
Mungkin ada yang tertanya tanya sesuai tak untuk otak? Sangat sesuai. Dalam kacang botor ada manganese, B6, Thiamin dan riboflavin.
Untuk otak, thiamin macam kita hantar kereta untuk servis. Kerja dia buat maintenance fungsi otak. Kalau thiamin kurang boleh dapat simpton
psikiatri. Takut kalau dapat benda berkaitan simptom sakit mental ni. Contoh simptom dia ialah konfius, gangguan memori dan gangguan tidur. Pentingkan thiamin ni. Kalau makan kacang botor dah settle pasal thiamin ni. Lega satu bab.
Satu lagi yang power dalam kacang botor ialah riboflavin. Kalau makan benda ada msg yang sebabkan toksin meningkat, riboflavinlah penyelamat. Dia kurangkan kesan excitotoxicity pada otak. Baguskan kacang botor ni.
Satu lagi yang menarik ialah manganese. Dia macam fibre optik untuk internet. Macam 5G lah senang cerita. Kalau 5G bagi laju internet, manganese bagi laju aktiviti elektrik dalam otak. Bukan saja bagi laju tapi bagi jadi lebih efektif.
Khasiat vitamin C tinggi
Vitamin C dalam kacang botor juga tinggi. Bolehlah cantikkan kulit. Lega lah sikit kulit cekang dan tak de kedut. Paling bagus vitamin C bantu tingkatkan sistem imun.
Kacang botor ni nak tanam pun mudah. Harga pulamurah. Rebus sahaja lepas buat cicah cicah. Perrgghhh merecik bak hang. Rajin-rajinlah ambil kacang botor ini kalau pergi kedai makan, atau lagi Senang beli dan masak sendiri.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.