Connect with us

KESIHATAN

Bila masuk bulan Ramadan ramai antara kita yang mudah berasa letih dan lesu walaupun baru separuh hari berpuasa, tips penting untuk kekal cergas di bulan ramadan ini

Published

on

fewdfew

Bila masuk bulan Ramadan ramai antara kita yang mudah berasa letih dan lesu walaupun baru separuh hari berpuasa, tips penting untuk kekal cergas di bulan ramadan ini

Perkara ini selalu terjadi disebabkan beberapa faktor yang selalu kita pandang remeh seperti tak cukup rehat, pemilihan waktu untuk bersahur dan banyak lagi.

Kini anda tak perlu risau lagi sebab kami akan share 3 tips untuk kekal bertenaga ketika seharian berpuasa.

 

1. Manfaatkan Waktu Siang & Malam
fdbfdn

Walaupun berpuasa seharian, ia tak bermaksud anda boleh rileks dan banyak berehat tau,sebab lagi banyak berehat, lagi cepat anda akan rasa lesu.

Jadi, untuk elakkan diri rasa lemau sepanjang masa, anda perlulah penuhi hari anda dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti mengemas rumah, beribadat, melakukan aktiviti indoor bersama anak-anak dan banyak lagi.

 

2. Minum Air Secukupnya

gfawg

Haa, tips yang kedua ini paling ramai yang liat nak buat iaitu minum air yang secukupnya. Air yang cukup sangat penting untuk kita ketika berpuasa tau sebab ia dapat memberikan hidrasi yang diperlukan badan.

Tapi, macam mana nak minum air secukupnya waktu berpuasa? Haa, senang saja, anda hanya perlu minum air sebelum dan selepas sahur, selepas waktu azan maghrib, selepas makan, dan sebelum tidur. Haa, bila dah cukup air, barulah rasa bertenaga!

 

3. Pilihan Makanan Yang Seimbang Ketika Bersahur
sdvsb

Bersahur adalah amalan yang penting ketika berpuasa sebab ia dapat membantu menjadikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari. Jadi, pemilihan makanan yang betul pada waktu sahur perlu dititikberatkan.

Antara makanan yang anda perlu ambil ketika bersahur semestinya makanan yang tinggi dengan karbohidrat, sayur-sayuran, buah-buahan serta protein supaya anda boleh kekal bertenaga lebih lama.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.