Keluarga
Pahala Istighfar Seorang Anak, Seperti Mak Dan Ayah Yang Telah Meninggal Dunia
Pahala Istighfar Seorang Anak, Seperti Mak Dan Ayah Yang Telah Meninggal Dunia
seorang anak masih boleh meneruskan baktinya kepada kedua arwah ibu bapanya. Walaupun mak ayah telah meninggal dunia, Inilah perkongsian istimewa daripada pendakwah bebas, Da’i Hamidah atau nama penuhnya Hamidah Abdul Razak.
Dengan cara yang paling mudah iaitu melalui istighfar sebanyak-banyaknya. Lagi-lagi untuk anak-anak yang tidak punya apa-apa untuk disedekahkan bagi pihak ibu dan ayah mereka. Mudahkan laluan yang Allah berikan untuk seorang anak ini.
Untuk memahamkan lebih lanjut, hadamkan perkongsian Da’i Hamidah ini.
Duhai Anak Bacalah..
Bagaimana seorang anak ingin berbakti kepada ibu atau ayahnya yang telah meninggal dunia?
Di antaranya ialah dia menjadi hamba Allah Taala yang baik di atas muka bumi ini. Jika ada harta dia bersedekah dengan rezeki harta, jika dia ada ilmu maka dia bersedekah dengan rezeki ilmu. Dan jika dia tidak ada apa-apa maka perbanyakkanlah beristighfar kerana istighfar seorang anak amat membantu ibu bapanya yang telah kembali ke rahmatullah.
Seperti sabda Hadis Nabi SAW : “Sesungguhnya , Allah mengangkat darjat seorang hamba di syurga. Hamba Allah itu berkata , “ Wahai Allah, dari mana aku mendapat kemuliaan ini ? Allah menyatakan , Disebabkan oleh ISTIGHFAR anakmu untuk kamu .” ( HR Ahmad )
Bukan Saja Istighfar Sebanyaknya, Jadilah Anak Yang Baik
Kesimpulan jadilah anak yang baik dan perbanyakkanlah melakukan kebaikan kerana sesungguhnya kebaikan yang kita lakukan menjadi bukti yang kita terlalu menyayangi mereka. Bahkan ini juga bukti kita menyesali di atas salah silap yang kita pernah lakukan sebelum ini.
Dan kita ingin menebusnya dengan melakukan kebaikan demi kebaikan dengan harapan dosa kita tidak dibebankan ke atas mak ayah kita yang telah pergi buat selama-lamanya.
Anak soleh ialah yang tidak pernah lupa untuk mendoakan ibu bapanya !
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA5 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA5 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah